Jangan biar rakyat tidak pedulikan undang-undang
July 9, 2008 by Pendeta
SAYA terpanggil untuk mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi yang menyatakan baru-baru ini bahawa negara berada dalam kancah fitnah yang tidak pernah disaksikannya sepanjang 30 tahun menjadi ahli politik.
Saya berpendapat, pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan kehakiman tidak seharusnya berada dalam keadaan lemah dan takut untuk bertindak tegas terhadap tindak-tanduk yang bersifat anarkis sama ada menerusi tulisan, ucapan, tunjuk perasaan dan sebagainya.
Yang terakhir sekali kita saksikan ialah apabila ada pemimpin politik yang belum didakwa di mahkamah telah membuat pembelaan diri menerusi media dan memainkan emosi rakyat.
Jika rakyat dibiarkan terus dalam keadaan tidak lagi mempedulikan undang-undang dan lebih dipengaruhi desakan emosi, ini adalah petanda negara berada di ambang kehancuran.
Justeru, apa juga langkah mesti diambil bagi mengembalikan sikap rasional rakyat supaya menghormati undang-undang negara.
Perdana Menteri pasti bersetuju bahawa apa yang berlaku sekarang adalah kesan daripada eksperimen dan percubaan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberikan kebebasan kepada rakyat atas nama demokrasi.
Di negara-negara lain termasuk Singapura sekalipun, tahap kebebasan seperti di Malaysia ini belum dinikmati lagi. Ia diakui sendiri oleh warga Singapura dalam satu seminar di Kuala Lumpur baru-baru ini.
SubjudisSekarang kita sudah boleh melihat pihak media sendiri sudah tidak mempedulikan faktor subjudis dalam menyiarkan laporan dan berita mereka. Umpamanya, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempertahankan diri terhadap aduan polis berhubung dakwaan kes liwat telah mengaitkan pula dengan satu kes lain yang sedang dibicarakan.
Jika negara ini mahu menunjukkan bahawa ia mengamalkan dasar keadilan, kebebasan dan demokrasi penuh maka sudah sampai masanya tertuduh kes jenayah juga diberikan kebebasan untuk bercakap pada sidang akhbar sebelum mereka dituduh di mahkamah.
Apa yang lebih dahsyat lagi ialah apabila akuan bersumpah telah disebarkan kepada orang ramai menerusi laman blog dengan menyifatkannya sebagai suatu kebenaran. Misalnya, akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam telah dijadikan oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang menerusi blognya sebagai suatu desakan supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja.
Akhir sekali sebagai rakyat yang sayangkan keamanan dan kesejahteraan negara ini, saya mahu melihat pihak polis dan perundangan serta kerajaan lebih tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
Saya bimbang, jika ini tidak berlaku, rakyat tidak lagi akan menghormati undang undang dan negara ini berada dalam tangan pengacau, pemberontak dan anarkis. Bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur.
ANAK MALAYSIA
Kuala Lumpur
Dipetik dari www.utusan.com.my



















Kepada Anak Malaysia,
APA YANG SAUDARA TULIS INI ADALH HASIL DARI KEPIMPINAN KERAJAAN YANG LEMAH..JADI TUKAR LA PEMIMPIN. PILIH LAH PEMIMPIN YANG KUAT, TEGAS, BIJAK, MEMPUNYAI DAYA JUANG YANG TINGGI..BARU LA NEGARA JADI KUAT DAN HEBAT!
Tulisan saudara tu menjurus kepada menyalahkan seseorang atau sebelah pihak sahaja..jangan bias!
Berilah contohnya. Setakat meletakkan ciri-cirinya — beriman, lemah lembut, berhemah, bijak, amanah, cekap, bla, bla, bla… — semua orang boleh buat.
Itu sudut teori. Yang diperlukan adalah aspek praktikal.
Hakikatnya rakyat telah secara praktikal membuat pilihan. Kenapa pula nak patah balik ke sudut teori? Melainkanlah kalau terpengaruh dengan politik bawaan RPK…
AKUAN BALA MELIBATKAN PEMBANGKANG — SATU DUNIA PUN SUKAR PERCAYA
Pendeta,
Dalam blog beliau, RPK sendiri mendedahkan betapa masa dua bulan telah diambil untuk menyediakan akuan bersumpah Bala. Sedangkan dalam laporan akhbar, peguam Bala menyebutnya sebagai satu bulan.
Dari situ sudah terpancar sesuatu yang tidak kena dengan akuan bersumpah Bala. Ialah kenapa ia perlu mengambil masa yang terlalu lama? Tidakkah itu membuktikan masa yang lama itu diperlukan untuk RPK dan pasukannya bagi merekacerita mengedit, mengubahsuai dan menokok tambah mana yang kurang?
Bukankah itu sudah cukup untuk awam membuat tanggapan bahawa akuan Bala hanyalah bermotifkan politik? Bukankah Bala tersenyum sinis semasa menghiburkan semua selebriti media dengan persembahan hasil rekaan beliau dan RPK? Kenapa? Ada barang bertukar tangan?
Sebab itu pada esoknya beliau kelihatan sugul setelah menyedari betapa beliau telah dipergunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu. Beliau mungkin menyesali keterlanjurannya dan atas sebab itulah beliau terpaksa menukar peguam bagi membetulkan kesilapan yang telah beliau buat — dan semua orang akan membuat perkara yang serupa.
RPK ni mang penipu besar , celik mata menipu sampai tidur , 1 dia cakap 3 kita tak leh caya. apalah nak jadi dgn mamat yang suka menipu ni. sumbat aja dalam ISA atau sumbat aja sebilik ngan anwar kat kolej sungai buluh, biar RPK pula yang buat aduan liwat