Hamid Othman tak tanding Ketua Bahagian Sik
July 24, 2008 by Pendeta
PUTRAJAYA 23 Julai - Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman hari ini mengumumkan tidak akan mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sik, Kedah yang disandang sejak 20 tahun lalu bagi memberi laluan kepada pemimpin muda dan lebih berwibawa.
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri itu berkata, beliau juga tidak akan memegang sebarang jawatan dalam parti kerana yakin barisan kepemimpinan bahagian yang ada sekarang sudah semakin kuat.
Bagaimanapun, beliau akan terus menyokong semua program parti selain memberi tumpuan kepada kerja-kerja keagamaan serta pembentukan pemikiran orang Islam.
”Saya hendak menyatakan hasrat untuk menarik diri dan tidak akan bertanding apa-apa jawatan dalam parti di Sik bagi pemilihan UMNO tahun ini.
”Pengumuman ini membolehkan semua ahli UMNO di Sik mempunyai pemikiran yang jelas menjelang mesyuarat cawangan yang bermula Jumaat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia difahamkan antara calon yang disebut-sebut akan bertanding sebagai Ketua Bahagian UMNO Sik ialah Ketua Pemuda Bahagian tersebut, Mohd. Tajuddin Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantik.
Selain itu, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Osman Desa yang sebelum ini tewas di Parlimen Sik dalam Pilihan Raya Umum ke-12, juga disebut-sebut akan bertanding jawatan tersebut.
Menurut Abdul Hamid, kepimpinan UMNO yang kuat di Sik amat diperlukan memandang kawasan tersebut adalah kubu kuat Pas sejak dulu.
”Ini kerana di situ banyak pondok dan institusi agama yang memudahkan Pas menyebarkan pengaruh politiknya,” katanya.
















Comments
Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.
Anda harus berdaftar untuk memberi komen.
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!
You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!