BUANG SIKAP CURIGA TERHADAP MUZAKARAH
July 23, 2008 by Pendeta
KETIKA usaha-usaha mengadakan muzakarah antara UMNO dan Pas berhubung pelbagai isu membabitkan orang Melayu dan Islam di negara ini semakin hampir menjadi kenyataan, jangan perselisihan pendapat membantutkannya.
Muzakarah antara kedua-dua parti Melayu itu sesuatu yang baik dan digalakkan oleh Islam.
Memang Pas pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1974 hingga 1978.
Kebimbangan pengalaman lalu mungkin berulang sepatutnya tidak menjadi halangan utama untuk kedua-dua pihak duduk berbincang.
Muzakarah ini adalah satu usaha demi kebaikan orang Melayu dan Islam serta negara pada amnya.
Kebimbangan bahawa muzakarah itu akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan ahli-ahli Pas dan keretakan hubungan dengan Pakatan Rakyat bergantung kepada matlamat politik masing-masing.
Dalam soal ini, semua pihak perlu realistik dan menerima perubahan semasa. Kita tidak perlu takut dalam memperjuangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Soal-soal politik walaupun penting, perlu diketepikan buat sementara waktu.
Kita juga tidak boleh terlampau berprasangka terhadap perkara-perkara yang baik. Elakkan tafsiran-tafsiran negatif mengenai niat baik ini.
Kita bimbang, jika banyak tafsiran, akan berlaku kekeliruan dan akhirnya menimbulkan fitnah.
Sehubungan itu, halangan-halangan untuk menuju ‘jalan yang lurus’ perlu dibuang jauh-jauh. Umat Melayu dan Islam di negara ini tidak mampu lagi untuk terus berpecah dan bermusuhan.
Dalam hal ini, yang penting ialah keikhlasan di hati pemimpin-pemimpin kedua-dua parti ini. Cakaplah apa sahaja mengenainya tetapi matlamat pertemuan perpaduan Melayu itu perlu menjadi keutamaan.
Satu titik penyelesaian masalah kerapuhan perpaduan yang menghantui bangsa Melayu ini perlu segera dicari.
Buang seketika pertimbangan-pertimbangan kepartian ketika membicarakan tentang perpaduan Melayu/Islam ini. Fokus harus kepada kepentingan bangsa dan agama, tidak yang lain.
Tidak ada lagi pihak lain yang boleh diletakkan harapan untuk perpaduan Melayu dan agama Islam ini kecuali UMNO, sebuah parti bertunjangkan Melayu dan Pas, yang penubuhannya bertujuan memperjuangkan Islam.
Kedua-dua perkara utama itu amat relevan dalam keadaan sekarang. Apabila Melayu semakin goyah, maka dengan sendirinya Islam akan turut menerima tempiasnya. Dengan perkataan lain, jika Melayu lemah, Islam tercabar.
Sehubungan itu, sekali lagi ditekankan bahawa, muzakarah yang dicadangkan itu perlu diteruskan demi kepentingan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga seluruh rakyat negara ini.
Lagipun, isu perpaduan Melayu bukan perkara baru, malah telah berlarutan sejak sekian lama. Ia perlu diselesaikan segera. Jangan nanti kita diketawakan kerana semangat ‘hangat-hangat tahi ayam.’
Sumber www.utusan.com.my
















Muzakarah ttg kepentingan Melayu dan Islam ye?My foot lah.Pangkat dan kuasa jer sebenarnya agenda utama antaranya tawarkan jawatan menteri besar selangor kepada PAS.My foot!
kite takyah degar si pendeta nie mengarut lagi.. semua kebenaran harakah daily dah bagitau.. baca jer kat harakah daily.. klu nk si pendeta buat cite merapu jer.. tue la pasal utusan kene boikot.. x adil langsung.. merapu jer lebih.. klu UMNO betul2 risaukan ISLAM patut die degar aper yg dato nik aziz ckp.. w’pun dah tua tapi ilmu dia dasyat.. begitu mendalam..
tak baik berburuk sangka sesama muslim.buruk sangka menyebabkan perpecahan.
Kalau kerja lick ass tu memanglah tugas orang bawahan BR. Sebab pemimpin PKR borek pengikut apa lagi berbintik-bintik lah macam ruam aid.
Bron,lu ni bankrup idea ler.Byk2 lah membaca sket.Jgn lah baca utusan mesia ajer
Eleh… UMNO time dah terumbang ambing macam sekarang baru lah nak muzakarah la….
Kalau time stabil dulu, maki PAS, fitnah PAS, umpat PAS, caci PAS, ISA PAS….
ishk…ishk….ishk….
hahahahaa….UMNO tngh desparate….
bron buat lawak weii!!hahahaa..
sape yg niat nak muzakarah tu kena la niat betul2 utk masa depan islam dan melayu.yg penting adalah keikhlasan dan tiada buruk sangka.PAS kalau nak muzakarah kena la ikhlas dan tak berburuk sangka dgn UMNO.kalau ada ragu2 baik tak payah muzakarah tapi jgn lekehkan niat UMNO nak muzakarah.UMNO pun kena betul2 ikhlas utk muzakarah.
Orang UMNO bila berkuasa lupa Melayu, bila tersepit cakap pasal ketuanan Melayu, Khir cakap ketuanan Melayu, YB Batu Pahat senaraihitamkan kontraktor Melayu kelas F kerana menyokong pembakang – hebat sungguh UMNO ini.
Isu Muzakarah - Apabila terhimpit dan hampir kehilangan kuasa,barulah mula mereka hendak mendekati kita. Namun WAJIB diingat apapun alasan mereka,niat mereka cuma satu iaitu KUASA.
Pandangan secretagentman,
“Isu Muzakarah - Apabila terhimpit dan hampir kehilangan kuasa,barulah mula mereka hendak mendekati kita. Namun WAJIB diingat apapun alasan mereka,niat mereka cuma satu iaitu KUASA”
Ulasan:
Semua parti politik ditubuhkan adalah untuk mendapat kuasa. Pas mahu kuasa, DAP mahu kuasa, PKR mahu kuasa.
Hipokritlah kalau ada yang masuk parti politik tak mahu kuasa. Dalam konteks negeri misalannya siapa yang paling lama pegang kuasa? Dalam konteks parti, pemimpin yang mana satu paling lama pegang kuasa? Pas? DAP? PKR? MCA? UMNO?
Yang menjadi persoalan ialah kuasa macam mana? Apa kualitinya?
Memadaikah setakat menjadi boneka? Memadaikah setakat menjadi pelengkap?
PKR de factoed ni pandai betul lah memutar belitkan jawapan.Org tanya lain,hang jawap lain.Lu sama je dgn pm flip flop lu
Kau ni kritik semua. Anti BR pun kau kutuk. Penulis yang mewakili PKR pun kau balun. Agaknya kau ni wakil DAP tak?
nie la UMNO.. busuk2kan pas.. last gi jumpa PAS gak.. buat aper jumpa org2 pas nie?? kan org2 PAS nie sesat.. takder pengetahuan.. bodoh.. sombong.. aper lagi??
MUZAKARAH LAHIRKAN SUASANA KONDUSIF UNTUK NEGARA BERGERAK MAJU KE DEPAN
Pendeta,
Apa salahnya kalau diadakan pertemuan bagi tujuan kebaikan. Tidak ada sebab pertemuan antara Pas dan UMNO bagi membincangkan isu agama rasmi negara boleh menimbulkan perasaan tidak senang di hati mana-mana pihak.
Usaha memperkukuhkan lagi kedudukan agama rasmi negara bukan saja memberi manfaat kepada penganut-penganut Islam khususnya malah bukan Islam amnya.
Sejarah telah membuktikan apabila agama ini berada pada kedudukan yang kukuh dan mantap ia memberi banyak manfaat kepada manusia sejagat. Menerusinya dunia menikmati suasana harmoni dan sejahtera yakni suasana yang kondusif untuk melaksanakan misi dan mengejar wawasan.
USAH KORBANKAN KEPENTINGAN AGAMA KERANA ANGAN-ANGAN SEORANG INSAN UNTUK PELUK GUNUNG.
Pendeta,
Pas adalah sebahagian dari BR sementara Umno tunggak kepada BN. Persamaan antara mereka ialah sudut perjuangan bagi memartabatkan dan mengukuhkan agama.
BR yang dikemudikan oleh DSAI berpotensi merubah landskap politik negara. Malangnya perubahan yang berupaya di bawa oleh BR tidak semestinya disenangi dan memberi impak positif kepada majoriti rakyat.
Semua sedia maklum senario sekarang banyak diwarnai oleh permainan politik DSAI. Banyak pihak di belakang tabir telah bekerja keras membantu Anwar menggapai ‘awan’. Terkini, kebanyakan mereka ini mula sedar — matlamat duniawi (cita-cita DSAI) bukanlah segala-galanya.
MUZAKARAH ADALAH TITIK TOLAK DALAM PENYATUAN UMMAH
Pendeta,
Bersatu bukanlah perkara karut marut. Ia telah diterima secara universal dan sejak sekian lama dulu. Sebab itulah kita dengar ada perkataan United States, UAE, United Nations dan sebagainya. Kenapa? Kerana manusia secara umumnya percaya hanya dengan bersatu maka SURVIVAL manusia atas muka bumi dapat dipertahankan.
Manusia perlukan kekuatan bagi menghadapi pelbagai ancaman – kebuluran, bencana alam dan lain-lain. Manusia sukar untuk hidup sempurna kalau berpecah-belah dan membawa diri masing-masing.
Ingatlah bahawa, konsep bekerjasama adalah faktor penting dalam menentukan jaya atau gagalnya pembinaan sebuah tamadun. Malah, manusia di zaman gua batu juga faham bahawa dengan bersatu mereka boleh mendapatkan lebih banyak bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan.
Hakikatnya manusia tidak dilahirkan dengan ciri fizikal, mental dan intelektual yang sama. Manusia bukan makhluk klon. Perbezaan dalaman dan luaran manusia bukanlah sebab untuk manusia menolak antara satu sama lain. Manusia perlu menerima perbezaan ini sebagai anugerah istimewa daripada Penciptanya.
Maka dengan itulah manusia ada keinginan untuk mengenali antara satu dengan yang lainnya. Sesungguhnya tiada spesis lain yang dapat menjalankan tanggung jawab memakmurkan bumi sedangkan inilah satu-satunya ruang yang sesuai didiami oleh manusia di seluruh alam cakerawala!
Hanya dengan bekerjasama manusia dapat meningkatkan keupayaan fizikal, mental dan intelektual. Manusia yang kuat mental, fizikal dan spiritualnya dapat mengatasi banyak cabaran. Kalau serangga seperti semut faham makna bersatu kenapa manusia harus buat-buat tidak faham?
Manusia rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Hati yang hitam akan sentiasa ada dalam kalangan manusia. Namun seperti juga dengan rambut yang boleh berubah warnanya, hati manusia bukanlah kekal sifatnya. Hati yang hitam mampu bertukar menjadi putih dan begitu juga sebaliknya.
Oleh itu tdak syak lagi sebagai manusia kita harus saling percaya mempercayai dan bukan saling curiga-mencurigai niat yang terkandung di dalam hati manusia lain. Semoga dengan itu manusia dapat terus bergerak maju ke hadapan.