Top

Azalina dituntut langgar Ketua Bahagian

July 23, 2008 by Pendeta 

Memang menarik pertandingan UMNO di Johor kali ini. Seramai 12 Ketua UMNO Bahagian di Johor dijangka dicabar pada persidangan perwakilan UMNO bahagian, Ogos ini. Menurutnya, turut terlibat dalam pertandingan jawatan nombor satu bahagian ialah Labis, Muar, Bakri, Sri Gading, Pontian, Tanjung Piai dan Kluang.

“Apa yang jelas penyandang Ketua UMNO Bahagian Pengerang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah akan dicabar oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said. “Berdasarkan Mesyuarat Agung Cawangan hujung minggu lalu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang telah melepasi kelayakan apabila mendapat 13 pencalonan daripada 33 cawangan UMNO dalam bahagian itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak memeranjatkan jika Azalina akan menentang Ketua Bahagian Pengerang kerana beliau sewajarnya melakukannya sekiranya ini adalah permintaan dari akar umbi kerana berdasarkan dari pengalaman yang dialami oleh Azalina di Pengerang pada penggal yang lalu menuntut beliau untuk melanggar Ketua Bahagian yang telah banyak memberikan masalah bukan sahaja kepada beliau tetapi kepada ramai ahli UMNO Pengerang yang haus dan memerlukan seseorang yang boleh bersaing dengan Ketua Bahagian yang dikatakan terlalu berkuasa.

Ketua Bahagian Pengerang juga pernah mahu membunuh kerjaya Azalina apabila tidak mencadangkan nama Azalina dalam senarai calon pilihanraya dahulu sedangkan Azalina adalah seorang Menteri Pusat dan juga seorang Ahli Parlimen yang telah berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan di parlimen berkenaan dengan baik. Ini adalah merupakan satu penghinaan kepada Azalina selaku menteri penuh apabila nama beliau tidak dicadangkan sebagai calon di Parlimen Pengerang.

Beliau juga yang sering dimaki dihamun dihadapan tetamu ketika Mesyuarat Bahagian dan beliau juga sering didesak untuk memenuhi semua permintaan Ketua Bahagian hanya kerana beliau adalah seorang menteri dan sentiasa akur kerana tidak mahu berlaku perselisihan faham dalam bahagian dan menelan segala maki hamun Ketua Bahagian. Ketua Bahagian juga merasakan dirinya terlalu berkuasa hanya kerana hubungan belia yang rapat dengan Menteri Besar Johor.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

One Response to “Azalina dituntut langgar Ketua Bahagian”

  1. singkang on July 23rd, 2008 10:05 pm

    huh langgar jangan tak langgar kalau tak langgar kena langgar pula , lebih baik langgar dari dilanggar. takut-takut kena langgar lari pula , mmg si cik gu harun tuh hebat di pengerang , siapa pun dia boleh maki hamun, skrg kena lah buku dengan ruas

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom