Top

Apa Tujuan Pertemuan Anwar Dengan 38 Diplomat??

July 24, 2008 by Pendeta 

Sekitar jam 11.30 pagi semalam bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, satu taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia telah diadakan. Taklimat sesi tertutup yang dihadiri 38 duta dan
wakil-wakil kedutaan asing, bertujuan untuk menerangkan keadaan politik semasa terutamanya berkaitan Pakatan Rakyat, tuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim serta berkongsi pandangan mengenai
kedudukan ekonomi negara.

Sambutan para diplomat sangat positif. Kami berharap dapat meningkatkan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan dua hala dengan para wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia. Apa yang pasti sesi pertemuan seperti ini merupakan satu forum yang sangat berguna bagi menyampaikan berita, pandangan dan idea berkaitan parti dan Pakatan Rakyat kepada komuniti diplomatik.

baca artikel asal di anwaribrahimblog.com

Ulasan

1. Kes liwat Anwar 1998; Ramai orang berkunjung ke rumah Anwar, solat hajat, baca yasin dan mendengar taklimat hampir setiap malam. Anwar turut mengadakan road show, sambutan di luar jangkaan. Orang ramai
turun ke jalan raya di sekitar ibu kota mengadakan demonstrasi secara mingguan. PAS menubuhkan GERAK untuk mengadakan road show ke seluruh negara, bela Anwar. sekurang-kurang 15 jenis buku politik ditulis
khusus sokong Anwar, Harakah meningkat 5 kali ganda daripada cetakan biasa. Majalah Tamadun mendapat sambutan hangat dan habis di pasaran.

Laman-laman web/blog tumbuh seperti cendawan lepas hujan (lebih 30 laman web/blog muncul) untuk sokong Anwar. Cikgu-cikgu dan para mahasiswa mencetak bahan-bahan internet untuk diedarkan kepada anak murid dan kawan-kawan .

2. Kes liwat Anwar 2008; sedikit sahaja berkunjung ke rumah Anwar, tiada solat hajat, baca yasin. Rumah Anwar sunyi. Anwar turut mengadakan road show, sambutan biasa sahaja, kecuali dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor seperti protes harga minyak tetapi penyokong memprotes penyanyi underground yang tunjuk bontot. Protes dalam protes. Tiada yang turun ke jalan raya di sekitar ibu kota mengadakan demonstrasi secara mingguan.Kecuali sambutan secara kecilan di IPK dan HKL, itupun di kalangan hard core Pemuda PKR. Laungan TAKBIR tak bersambut. Lebih ramai pihak media/wartawan daripada penyokong Anwar.PAS serah Anwar selesaikan sendiri isu liwat kerana isu itu bukan isu parti tetapi isu peribadi. Penulis buku politik tidak berminat menerbitkan buku mengenai topik ini kerana sudah jangka tidak akan laku di pasaran, Harakah dicetak seperti biasa dan tiada peningkatan drastik. Editorial tidak berminat fokus isu itu. Majalah Tamadun sudah tidak diterbitkan lagi. Akhbar tabloid Siasah, Suara Keadilan diterbitkan seperti biasa.

Tiada tanda-tanda, sambutan hangat masyarakat jika ditambah bilangan percetakan. Tiada web/blog baru
ditubuhkan semata-mata membela Anwar. Hanya bergantung kepada web dan blog yang sedia ada.

3. Mufti Perlis anggap isu itu Isu peribadi yang cuba dipolitikkan menjadi isu rakyat. Rakyat sudah bosan kerana isu ini masih berlarutan tanpa penyelesaian, jadi cara terbaik adalah bersumpah dengan nama Allah di kedua-dua belah pihak.

4. Ibrahim Ali anggap sikap berdolah dalik Anwar akan mengurangkan kepercayaan masyarakat kepadanya. Enggan bersumpah. Enggan ke IPK. Enggan beri DNA .

5. Anwar beritahu beliau kena tahan di pertengahan jalan oleh pihak pihak sedangkan beliau nak pergi ke IPK. Fakta sebenar, polis ‘cekup’ Anwar tengah jalan kerana Anwar nak balik ke rumahnya dan kunci pintu supaya polis datang ke rumahnya dan kepung rumahnya seperti 1998. Lagi pun polis bukan bodoh, kalau terpaksa kepung dan kopek pintu rumah Anwar, Anwar akan beritahu media antarabangsa, rumah saya kena kepung dan dikopek. Jadi lebih baik, cekup tengah jalan, sebelum Anwar sampai ke rumah dan kunci. Masa kena cekup, peguam Anwar ada bersama, kenapa dia tak halang. Sepatutnya, kalau benar Anwar nak bekerjasama dengan polis, beliau terus ke IPK dalam perjalanan dari BPR Putrajaya. Kenapa pula melencung ke rumahnya ? Kalau nak lapor keburukan orang lain, awal-awal lagi dah bertolak, kalau nak beri kenyataan kepada polis, kerana didakwa suspek, pelbagai alasan diberi termasuk bersembunyi di kedutaan Turki dan menyorok dalam bilik bacaan di rumahnya.

6. Anwar kata beliau kena telanjang semasa di HKL. Pengarah HKL pula kata, mereka tak suruh Anwar telanjang. Mana satu yang betul ni ? Anwar suka cakap berbelit-belit dan berpusing-pusing. Pantangnya hanya satu, pantang jumpa pentas India akan termenari dengan sendiri walaupun tidak disuruh. Sebab itu semua peguam peribadi beliau India, S. Nair, Sivarasa..

7. Bermakna, jika sambutan dalam negara semakin kurang kepada Anwar, beliau hanya mempunyai satu peluang sahaja iaitu melaporkan kepada kedutaan asing. Anwar beritahu kedutaan asing, sistem kehakiman
Malaysia, polis telah korup. Pihak hospital tidak profesional, suruh beliau telanjang dan pelbagai keburukan lagi yang menunjukkan Malaysiatidak demokrasi dan perlu dikenakan tekanan politik pihak negara luar
kepada Malaysia.

8. Semua ini membuktikan Anwar memang bergantung kepada kuasa asing khususnya Amerika Syarikat yang beliau telah dilantik sebagai Council on Foreign Relations (CFR) New York.

Sumber www.isuhot.com

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

9 Responses to “Apa Tujuan Pertemuan Anwar Dengan 38 Diplomat??”

  1. Bron on July 24th, 2008 3:44 pm

    Nobel terbaru akan keluar, Tungguuuu!!!

    TALKIN UNTUK ‘”DENAI KECIL MENUJU PURBAJAYA”

  2. singkang on July 24th, 2008 7:10 pm

    ADA YANG TERBARU AKAN KELUAR SUAMI KU SUAMI SEMUA LELAKI DAN PEREMPUAN.

  3. Bu Lan on July 25th, 2008 6:17 am

    Ko jangan cakap camtu, kesian Ajijah. Dah bertahun-tahun dia pertahankan Bang Nuar tapi bang Nuar tak serik-serik. Aku sebenarnya kesian dengan Kak Wan sama Nurul Izah, terpaksa menghadapi dugaan yang sama berulang kali, semoga mereka terus tabah. Aku harap kali ini Tuhan akan tunjukkan kebenaran. Bukan seperti kes tahun 1998 di mana ianya masih diragui.

    Tapi jika kes kali ini berjaya dibuktikan dengan penuh yakin, adakah penyokong hardcore Bang Nuar akan percaya? Mustahil rasanya…

  4. tehmanjalara on July 25th, 2008 8:44 am

    Orang-orang diMalaysia ni dah mula tak yakin dengan lakonan dia, sebab itu dia kena cari sokongan dan simpati dari luar. Dia juga sebok nakl minta pakar forensik luar terlibat sama dalam kes ini sedangkan dia tahu undang-undang di Malaysia ni tidak memungkinkan ini berlaku. Inilah salah satu putar belit beruang seko ni yang banyak orang rabun kat luar sana tak nampak.

  5. singkang on July 25th, 2008 1:41 pm

    mana nak yakin banyak sangat drama terbaru nak cover line…….. kali ni dia panik giler, tapi aku rasa dia berjaya untuk membawa negera asing untuk campur tangan dalam kes dia kali ini, dia berjaya bawa negara yang mana dia jadi agen US untuk defend dia kali ini, tapi kerajaan tidak akan tunduk dengan tindak tanduk dia , biarlah dia bertanduk sekali , undang-undang Malaysia tetap dilaksanakan,

  6. PKR_laknat on July 26th, 2008 12:57 am

    Jangan ingat semua diplomat tu buta hati macam korang umno bebal..Kalau dah sistem termasuk kehakiman, kesihatan, polis sume kene kontrol, perasaan x puas hati mesti timbul..Takkan nak dok diam kat rumah, tengok je apa orang buat..Cara DSAI tu adalah usaha dia untuk menyatakan yang di dianiaya..Dianiaya oleh kerajaan yang zalim..

  7. PKR_laknat on July 26th, 2008 12:59 am

    Baca melayu loya, tengok berita tv3 suku..Tak cuba2 ke korang jengah saluran berita alternatif yang lain..Kot2, baru sedar sikit…

  8. bluessmurf on July 28th, 2008 11:10 am

    bang Nuar dia suka telanjang. bukan ditelanjangi. itu adalah fakta. cuba rujuk ulasan yang diberi oleh doktor yang difitnah bang Nuar.

    dah lama laknat….wa tak perlu komen lebih lanjut……

  9. Bu Lan on July 29th, 2008 2:08 am

    Kita dah memang sedar pun. Berita/media alternatif bukan buleh buat orang sedar, makin mengantuk ada lah jugak. Alah, berita alternatif lain pun bukan boleh percaya sangat. Sudah terang lagi bersuluh kebanyakkan media ini dikuasai pembangkang, memang lah cerita tak habis2 menjilat budak sekor tu. Macam lah bang Nuar tak kontrol media korang.

    Dulu masa dia jadi TPM pun, habis dikontrolnya media kerajaan. Hari2 keluar muka dia, asyik2 muka tu jugak. Maklumlah nak cepat popular, lagi cepat boleh jadi PM!! Kalau nak tunggu Dr.M bersara, alamat berakar lah bulu j****. Memang gelojoh nak m*****. Masa tu jangan kata nak tengok pembangkang masuk TV, musuh dia dalam UMNO pun kena tapis.

    Korang masih nak suruh aku percaya kat media alternatif?? Lu pikirlah se…. ah.. tak payah pikir, lu teruskan berangan.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom