Anwar isu antarabangsa kata Rice
July 25, 2008 by Pendeta
KUALA LUMPUR: Dalam perkembangan yang kemungkinan menyinggung Malaysia sekali lagi, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice hari ini menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan meliwat, yang kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 10 tahun.”Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik,” kata Rice yang berada di Singapura untuk menghadiri persidangan keselamatan serantau sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN.
“Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini,” kata beliau hari ini. Beliau yang dipetik AP menambah, AS sentiasa bercakap mengenai hak asasi manusia dan politik tetapi dilakukan dalam semangat menghormati Malaysia. Dalam ulasannya itu Rice menolak pendirian tegas Malaysia bahawa kes Anwar adalah isu dalaman negara ini.
“Amerika Syarikat tidak menganggap ini sebagai hal ehwal dalaman apabila keadaan seperti ini muncul, tetapi kami akan terus bekerjasama dengan Malaysia,” katanya. Ia merupakan respons Rice yang pertama sejak Malaysia mengemukakn nota bantahan kepada AS awal bulan ini ekoran campur tangannya dalam isu terbaru Anwar ini. Pada 4 Julai lalu, Rais berkata, Kementerian Luar telah menghantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Menurut Rais, surat yang dikeluarkan oleh Wisma Putra itu telah dihantar kepada Rice. Surat tersebut dihantar bagi menyatakan rasa dukacita Kuala Lumpur berhubung kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tom Casey mengenai dakwaan liwat ke atas Anwar.
Kelmarin Anwar telah memberi taklimat kepada 38 orang duta asing berhubung dakwaannya bahawa kerajaan Malaysia mahu mengekang penglibatannya dalam politik. Semalam laporan Bernama yang memetik Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, AS bersetuju dengan pandangan Malaysia berkenaan kedaulatan undang-undang. “Sewaktu mesyuarat dengan Amerika Syarikat hari ini, Malaysia membangkitkan fakta bahawa kami mengiktiraf peranan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia dan kami menghargai apa yang diberikan dari segi bantuan, dan apa yang bermakna kepada kebebasan, persamaan, demokrasi dan sebagainya.
“Bagaimanapun kami menekankan kepada kedaulatan undang-undang - sistem di setiap negara yang perlu dihormati. Ini kami nyatakan dengan jelas kepada Setiausaha Negara Amerika (Dr Condoleeza) Rice dan beliau memberi maklum balas dengan berkata itu adalah hak setiap negara dan demokrasi mestilah dilihat dilaksanakan berdasarkan hak sesebuah negara,” katanya
















ceh, settle lah hal afghan dgn iraq dulu
ISU SEJAGAT: USAH BERSIFAT PERIBADI DAN PILIH BULU
Pendeta,
Tidak dinafikan ada isu bersifat antarabangsa. Contohnya jenayah rentas sempadan, sindiket penyeludupan manusia rentas sempadan, sindiket dadah antarabangsa dan sebagainya adalah masalah antarabangsa yang menuntut penglibatan dan komitmen semua negara.
Malangnya ada negara kuasa besar yang mahu mengklasifikasikan masalah antarabangsa mengikut kehendak dan kepentingan sendiri. Jika ini berlaku, kecenderungan manusia ialah membuat isu dalaman menjadi isu luar secara manipulasi dan sebagainya
Ironinya isu yang melibatkan hubungan dan kepentingan tertentu sering diberi perhatian atas alasan yang ‘palsu’, sementara isu yang tidak memberi keuntungan (walau pun wajar diselesaikan), di tolak untuk diselesaikan dengan memberikan seribu satu alasan.
Tetamu
Ada dua istilah pada perkataan tetamu di atas .
1. Tetamu yang di undang
2. Tetamu yang tidak di undang.
Apabila kita membuka ruang dan mengundang salah tetamu ini lah kesan yang perlu kita hadapi . Silapnya di mana? Kita semua tahu USA sentiasa mencari peluang untuk mencampuri urusan negara Islam . Mereka akan bertindak apabila keadaan sesuatu negara itu lemah . Di tambah pula ada yang menjemput mereka . Apa yang seharusnya kita buat ialah menguatkan mana yang lemah bukan merobohkan lagi kota yang ada .
Jika kita masih saling berbalah , saling melemahkan antara satu sama lain orang luar akan mengambil kesempatan dan bila kita sedar semua sudah terlambat.
Sama-sama kita renungkan untuk masa depan anak cucu kita ,
Dalam soal ini, Rice tampak lebih credible dari Rais. Kata2 Rice walaupun pahit untuk diterima oleh pemuja pemimpin agong malaysia (AB) ada banyak kebenarannya. Yang dikatakan ialah…kes jenayah yang “dicipta” dan “dijana” untuk tujuan politik tidak harus disokong oleh sesiapa dan dimana-mana pun. Manusia yang civilised perlu ada batas dan sempadan dalam pemikiran dan tindakan mereka berpolitik! Jangan pakai redah je…..
Yang pakai redah saja sejak PRU lalu ialah PKR dan BR. Mereka lupa sempadan antara pembangkang dan pemerintah. Mereka masih keliru antara peranan pemerintah dan pembangkang kerana terlalu lama mengamalkan budaya mencipta dan menjana isu.
Pelik si Condoleezza Rice mengatakan isu kes liwat Anwar ni isu Antarabangsa, sedangkan kerajaan nya tidak langsung menghiraukan puluhan nyawa yang terkorban di IRAQ hampir setiap hari, penghapusan ethnik di Habshah dan Sudan yang masih berterusan. Nak tanya dia sikitlah ‘ Did you know anything about Anwar that we Malaysian does’nt know’?
Agaknya si condomaniam rice ni keturunan raja Lut.