Top

Anwar dibebaskan dengan ikat jamin

July 17, 2008 by Pendeta 

Anwar telah diikat jamin dan telah pulang ke rumahnya di Bukit Segambut pada jam 9.45 pagi tadi setelah ditahan semalaman di Ibu Pejabat polis Kuala Lumpur. Beliau dijangkakan akan memanggil sidang akhbar pada jam 2 .00 petang ini, Anwar yang enggan melakukan sampel DNA nampaknya akan menggunakan media untuk menghakimi kes tuduhan liwat beliau yang mana bercanggah dengan kata-kata beliau bahawa kerajaan menggunakan media yang menghakimi kes liwat beliau yang lalu.

Beliau diminta untuk hadir ke IPK dalam tempoh sebulan lagi, pada 18 hb Ogos. Sebelum ini peguam Anwar telah bercakap kepada 50 orang wartawan bahawa Anwar akan dibebaskan pada jam 1 tengahari. Wan Azizah dan anaknya kelihatan tiba pada jam 9.30 pagi memasuki perkarangan bangunan IPK Kuala Lumpur. Sebaik sahaja keluar dari IPK Kuala Lumpur, Anwar manyatakan bahawa dia mengalami sakit pinggang kerana berbaring di atas simen dan memerlukan rawatan segera.

Anwar yang dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk disoal-siasat atas tuduhan yang dibuat oleh pembantu khas beliau atas tuduhan meliwat.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

6 Responses to “Anwar dibebaskan dengan ikat jamin”

  1. PKR De Factoed on July 18th, 2008 2:52 am

    Kesimpulannya:

    1. Keselamatan Anwar terjamin kalau berada dalam kawalan pihak berkuasa.

    2. Tidak ada konspirasi dalam isu liwat. Kalau ada pasti tak perlu di buat ujian DNA. Cukup dengan gambar.

    3. Dakwaan pembangkang bahawa pasukan polis tidak bertindak secara profesional adalah tidak betul. Kalau polis tidak profesional takkan Anwar dapat balik ke rumah selepas 24 jam di soal siasat.

    4. Anwar mengadu mendapat berbagai masalah kesihatan setiap kali tidur atas lantai dibilik lokap. Perlukah disediakan lokap VVIP?

  2. effandy_dia on July 19th, 2008 4:44 pm

    kepada org2 kuat KPMU.. naper takder langsung ek ttg komen pasal debat hari tue?? dlm tv beria kata menang besar la.. mcm2.. aku nk gak tgk korang punye pandangan ttg debat tue.. jgn senyap jer..

  3. secretagentman on July 22nd, 2008 4:28 pm

    Gua rasa macam kerajaan nak berubah je ….. Apa nak jadi dengan UMNO sekarang ni….

  4. hellboy on July 22nd, 2008 5:35 pm

    Org kuat KPMU sebenarnya tau,Dato seri Anwar tu bagus.Tapi mereka memilih untuk menafikannya dan memilih utk mempertahankan pemimpin half past 6 Barisan Nasional.
    Selain hujah ttg liwat,mereka hilang modal atau pun bankrupt idea utk menyerang dato seri anwar.Sebab org kuat KPMU kebanyakkannya bodo2 belaka

  5. effandy_dia on July 22nd, 2008 9:37 pm

    betul.. diaorg cuba jatuhkan DSAI.. sbb klu DSAI menang parlimen kali nie UMNO akn terus terbenam utk selamanye.. segalanye akn berbongkar..

  6. Bron on July 23rd, 2008 12:47 am

    Cukuplah tu, jangan biarkan diri di buai oleh angan-angan kosong Pak Sodomi.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom