UMNO tidak fikir nak kacau dia…
June 30, 2008 by Pendeta
“UMNO tidak fikir nak kacau dia…tak ada…BN pun tak fikir nak menyusahkan dia,” itulah yang ditegaskan Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat pembantu khasnya. Sehubungan itu katanya, memandangkan laporan polis telah dibuat, pihak polis akan menyiasat perkara berkenaan dan terserah kepada pihak polis untuk menentukan tindakan selanjutnya.
Beliau menafikan kononnya laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhri Azlan itu adalah perancangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menganiaya Anwar bagi memastikan beliau tidak boleh bangkit semula dalam politik.
“UMNO tak fikir nak kacau dia macam ini, tidak ada. BN pun tak fikir nak menyusahkan dia, nak kacau dia atau nak timbulkan perkara yang macam ini…tidak ada niat seumpama ini, tak terlintas dalam fikiran saya langsung kot-kot nak buat khianat dia dan saya percaya kawan-kawan saya… Datuk Seri Najib Razak dan siapa pun tak berfikir begitu.
“Benda itu sudah berlaku dan orang yang berkenaan yang terbabit sudah buat laporan. Kita nak buat apa lagi, dia ada hak membuat laporan, kita tidak boleh tegah dia daripada buat laporan. Kita serah kepada polis, kita tidak ada sebarang rancangan untuk buat sesuatu kepada dia kerana dia kata dia dah pulih balik dalam politik,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya hari Ahad.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhri Azlan yang mendakwa diiwat oleh Anwar. Laporan polis berkenaan dibuat hari Sabtu.
Sambil menyatakan terkejut dengan laporan polis itu, Abdullah yag juga Presiden UMNO berkata, UMNO dan BN tidak terlibat dalam soal berkenaan apatah lagi hendak menggunakan isu berkenaan bagi menghalang kebangkitan semula Anwar di dalam politik tanah air.
Katanya, kerajaan tidak boleh menghalang individu terbabit dariapda membuat laporan polis kerana ia adalah hak individu berkenaan sebagai mana Anwar juga berhak untuk menafikan melakukan perbuatan tersebut.
“Kalau dah begitu pihak polislah kena ambil apa-apa tindakan yang wajar, laporan polis sudah dibuat dan polis yang akan membuat sisatan dan menentukan sama ada perkara itu betul atau tidak betul. Soal Datuk Seri Anwar apa yang dia nak kata, bukan sesuatu yang kita boleh tentukan. Dia tentulah buat penafian, lazimnya orang yang dituduh buat penafian tetapi kalau sudah ada bukti dan pihak polis akan siasat, siasatlah,” ujar beliau. – 29/6/2008
DIpetik dari www.agendadaily.com



















ADA BAIKNYA JUGA UNGKAPAN “JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG”
Pendeta,
Jika prinsip yang dipegang oleh Pak Lah — tidak gemar mengusik orang dan tidak suka jaga tepi kain orang — dijadikan contoh dan ikutan, ia bakal memantapkan lagi keharmonian dan perpaduan.
Ini tidak, semua yang telah dipersetujui secara bersama terus diungkit-ungkit oleh kumpulan tertentu dengan niat yang meragukan. Seolah-olah ada agenda untuk mempertikaikan kewajaran konsep berkenaan terus hidup subur walhal menerusinya negara terus mara ke tahap yang ada pada hari ini.
Ironinya, kenapa Ketuanan Melayu mahu terus diperdebatkan seolah-olah ia bakal mencemar semangat demokrasi dan keutuhan negara? Ketuanan Melayu seolah-olah menjadikan orang Melayu golongan yang paling berjaya dalam pelbagai sektor sedangkan ia tidak benar.
Apa rasionalnya menganggap Ketuanan Melayu sebagai “formula” ajaib yang mampu memberi kelebihan kepada orang Melayu sementara bukan melayu seolah-olah dipihak yang rugi.
Sedarlah, Ketuanan Melayu masih relevan dalam konteks masyarakat Malaysia, bukan kerana ia mampu memberi lonjakan otomatik kepada pencapaian orang melayu (atau menyekat kemaraan bukan Melayu), tetapi setidak-tidaknya ia adalah lambang setia kawan, toleransi dan pengiktirafan terhadap elemen-elemen yang menjurus kepada kemerdekaan negara, satu masa dahulu.
nak usik apa mamat tuh, memang dah dia tuh tak leh tenguk pungkok, tgk lah lambang parti dia , PKR …lambang pungkok gak….mana boleh lari dari pungkok. tanya kak wan , kak wan tahu lah…… sian kak wan. sian lagi nurul izzah, kalau oegawai baru 3 bulan dah kena, azmin dah naik kematu dhah, dia tak dapat ezam aja, azmin opun cun gak…jauhlah anak anda yg ramaja dari puak2 diorang ni,
SIBUK UMPAN KATAK SAMPAI TAK SEDAR SELUAR SENDIRI TERLONDEH
Pendeta,
Manusia sukar belajar daripada sejarah. Sejarah bukan peristiwa yang perlu ditinggalkan di belakang tanpa ada nilai yang perlu dijadikan iktibar. Itulah kesilapan manusia. Gagal memahami betapa sejarah hanyalah catatan peristiwa yang dikitar semula lagi dan lagi tetapi dalam kerangka yang berlainan.
Desakan demi desakan daripada BR untuk merealisasikan peralihan pucuk kepimpinan kerajaan Kota Melaka telah memberikan tekanan kepada Anwar.
Keterujaan yang bercampur baur dengan tekanan membuatkan beliau gagal melihat perancangan untuk memindahkan kerajaan Kota Melaka secara komprehensif.
Kini beliau perlu membayar dengan harga yang agak mahal atas kecuaian yang beliau lakukan — terlalu sibuk nak pindah kerajaan Kota Melaka sampai terlupa seluar sendiri terlondeh.
berdetum berdetam siNuar kutuk Pak Lah sebelum PRU2008 sehinggalah waktu kini. Pak Lah nampak steady jer. Walaupun beliau kekadang dah naik meluat dengan si Nuar, dia tak ambik pot dengan Nuar.
bila sebelah tangan tidak bertepuk, siNuar kacau lagi Pak Lah.
Pak Lah kata dia tak buat apa pun. Tak mau jaga tepi kain orang. Biag polis buat siasatan.
mai tang Nuar, habih pusing 360 darjah lempag taik pada orang. dia kata macam-macam. DESPERADO Nuar nih. orang yang desperadolah yang bisa mencipta 1001 cara untuk mengembalikan kepopularan dirinya.
1998 kes liwat.
2008 pun liwat juga…
pi mai pi mai tang tu…..
UMNO tidak fikir nak kacau dia……masaalahnya dia ni yg dok kacau UMNO….inilah akibat melepaskan anjing tersepit…..woof….woof…..ngap…ngap
YOU KNOW SEKARANG SEMUA SALAHKAN ANWAR… ATAU SALAHKAN NAJIB… DENGAN MACAM2 KONSPIRASI..
MACAM TERLALU MUDAH SAHAJA…
MUNGKINKAH ADA ORANG YG KITA TAK JANGKA…
CONTOHNYA PENAJA SAIFUL YANG MEMBOLEHKAN SAIFUL DUDUK DI KONDOMINIUM MEWAH…
Zali,
Usah bersangka buruk.
Mana tahu kalau-kalau itu pemberian bos dia kerana menjadi pembantu yang cemerlang.
Tak baik buat spekulasi.
kalau pembantu khas pkr dapat kondomaniam, ntah apa pulak yang telah dimiliki oleh naib presideng PKR………………….pasti service yang diberi……tak dapat kita gambarkan………..
kuis sikit…