Tanya Tun-Siapa yang pecah belahkan Melayu?
June 27, 2008 by Pendeta
Penulis ada membaca dua tulisan , satu ditulis oleh Tun Mahahthir dan satu ditulis di Malaysiakini dan penulis amat tertarik untuk dikongsikan dengan pembaca , satu tulisan itu telahpun disiarkan dihalaman KMPU dalam ruangan cakap-cakap politik , Mahathir the father of hipocrisy dan satu lagi penulis cut and paste di bawah. Penulis tidak lah mahu mengulas panjang-panjang dan hanya mahu pembaca yang menilaikan sendiri.
Dengan segala yang dilakukan oleh Tun kini menempatkan beliau sebagai Perdana Menteri yang paling popular dan yang terbaik kerana semua Perdana Menteri dahulu dikatakan tidak baik termasuklah usaha untuk memburukkan Pak Lah dan secara tersendiri beliau akan kelihatan sebagai Perdana Menteri yang terbaik dan bersih selama 22 tahun. Tiada rasuah , tiada kronisma tiada dosa.
Persolan kedua : Siapakah sebenarnya yang memecahbelahkan UMNO dan orang Melayu? SENDIRI MAHU INGAT LAH???????? SIAPAKAH PUNCA SEGALA YANG BERLAKU SEKARANG…………
1. Ramai orang Melayu yang kesal kerana di waktu yang genting ini, di waktu mana berbagai-bagai masalah melanda orang Melayu di negara tercinta ini, mereka berpecah dan bersengketa sesama sendiri.
2. Umum tahu perpecahan melemahkan, sebaliknya perpaduan memberi kekuatan. Berhadapan dengan aneka jenis masalah dan tekanan, orang Melayu amat perlu kepada perpaduan sekarang.
3. Pada tahun 1946, di waktu orang Melayu diancam kehilangan tanahair mereka, orang Melayu bersatu padu dan menentang British. Walaupun mereka lemah, miskin, tidak bersenjata, tetapi demikianlah kekuatan
hasil perpaduan mereka sehingga British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka dan Malayan Union digugurkan.
4. Walaupun sebahagian daripada orang Melayu kemudian berpisah daripada UMNO untuk menubuh parti PAS tetapi majoriti orang Melayu terus bersatu padu dalam UMNO.
5. Tiga kali lagi parti serpihan UMNO ditubuh dan mencabar UMNO, tetapi perpaduan majoriti orang Melayu dalam UMNO dapat dikekalkan.
6. Tetapi Pilihanraya Umum 2008 menunjuk bahawa perpaduan dalam UMNO sudah luntur. Ramai ahli telah sokong parti lawan atau mengecualikan diri dengan tidak mengundi atau merosakan undi mereka.
7. Seruan kepada perpaduan sahaja tidak akan mengembalikan mereka ini. Sebabnya ialah perpaduan dengan sendirinya tidak akan membawa kebahagiaan. Perpaduan hanya akan membawa nikmat jika perjuangan yang diusahakan mempunyai matlamat yang dicita-citakan. Perpaduan kerana perpaduan tetapi perjuangan diselewengkan tidak bermakna dan tidak membawa rahmat dan nikmat.
8. UMNO hari ini tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Ia berjuang untuk pengekalan kuasa dan kesejahteraan Presidennya. Perpaduan yang dituntut hanya untuk menyokong Presiden.
9. Ini baik jika Presiden dapat membawa parti dan negara kearah kejayaan dan kebaikan. Tetapi apa yang dilihat ialah keburukan dan kehinaan bagi parti dan negara.
10. Dibawah kepimpinan Presiden ini UMNO dan Barisan Nasional telah kalah teruk dalam Pilihanraya Umum 2008.
11. Perpaduan dalam UMNO sudah berkecai.
12. Parti-parti komponen Barisan Nasional juga kalah dengan teruk di Semenanjung.
13. UMNO tidak lagi dihormati di dalam atau di luar negeri.
14. Generasi muda Melayu sudah anggap UMNO tidak relevan.
15. Negara Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara contoh oleh negara-negara membangun lain.
16. Wilayah milik negara telah terlepas ke tangan negara kecil di selatan.
17. Singapura dilayan seolah-olah ia adalah kuasa besar sehingga pembangunan dalam wilayah Malaysia perlu mendapat kebenaran Singapura, sehingga keputusan Perdana Menteri untuk tidak bangunkan jambatan mengganti tambak Johor terpaksa dilapor dan dimaklum kepada bekas Perdana Menteri Singapura oleh Menteri Luar Malaysia.
18. Ekonomi negara kucar-kacir sehingga pelabur Malaysia pun tidak ingin melabur di Malaysia.
19. Harga minyak dan semua barang meningkat tanpa kawalan dan bermacam-macam lagi.
20. Haruskah orang Melayu bersepadu untuk menyokong semua ini?
21. Perpaduan adalah untuk kebaikan, bukan untuk kemudaratan.
22. Jika kita harus ada perpaduan, ianya hendaklah dengan tujuan memulih semula maruah dan kejayaan bangsa dan negara.
23. Tidak ada sebab yang kepimpinan yang ada sekarang harus diperkuatkan dengan perpaduan di belakangnya.
24. Sebaliknya perpaduan yang perlu diadakan ialah untuk menyingkir pemimpin yang telah bawa kecelakaan kepada parti dan negara.
25. Janganlah desak supaya diadakan perpaduan tanpa mengambil kira hasrat dan matlamat ia diadakan
oleh: Lomang Panas



















Qoute:-
“Dengan segala yang dilakukan oleh Tun kini menempatkan beliau sebagai Perdana menteri yang paling popular dan yang terbaik kerana semua Perdana Menteri dahulu dikatakan tidak baik …”
Komen Saya:-
Itu adalah tuduhan yang tidak berasas. Beliau tidak pernah menyatakan beliau yang terbaik. Hanya rakyat yang menyatakan begitu setelah merasakan kepimpinan beliau selama 2 tahun.
Beliau juga tidak pernah menyatakan perdana menteri dahulu tidak baik. Beliau hanya menyatakan kepimpinan dulu digantikan setelah mereka tidak memenuhi aspirasi orang melayu dalam UMNO. Alhamdulillah, kepimpinan dahulu sedar dan mereka mengundur diri.
Manakala, AAB sudah tidak dapat memenuhi aspirasi orang melayu. Maka, digesa agar digantikan dengan penggantinya namun beliau masih dalam denial.
Jikalau pihak KPMU tidak percaya… cubalah buat satu undi dalam internet yang terbuka kepada semua rakyat. Pastikan seorang hanya dapat satu undi. Tujuannya adalah menentukan samada rakyat masih memerlukan AAB.
Disember ini… Tun jangkakan AAB akan menang.. saya pun fikir yang sama… Ini atas sebab2 yang Tun telah jelaskan dalam penulisan terdahulu.
Apabila seorang bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad membuat komen tentang kenyataan terbuka Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan
belot dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memang nyatalah ungkapan itu boleh disifatkan satu komen ‘busuk hati’ (dengan maaf).
Hinggakan Tun M sanggup meramalkan dengan pengakuan Najib itu dijangka UMNO akan hanyut dan begitu optimis meneka bahawa UMNO akan lebih parah dalam waktu terdekat merupakan satu ramalan yang sedikit sebanyak berunsur sangat dengki dengan kepimpinan Pak Lah yangkelihatan pasangan paling ideal buat ketika ini.
SELALU NYA SIAPA YANG KELUAR UMNO AKAN MULA BERCAKAP BENAR WALAU PUN PAHIT…
KENAPA ? TAK CAYA KA CAKAP DR M ?
MASA DR M DALAM UMNO BUKAN MAIN LAGI HANGPA SEMUA TERMASUK PAKLAH KJ NAJIB CIUM TANGAN BUKAN MAIN…AWAT DAH LUPA KA ?
DASAR UMNO BN…JILAAT BILA ADA KEPENTINGAN..HINA BILA PANGKAT DAH TAK ADA…
WAHAI GANG UMNO YANG AMAT PERIHATIN ..KENAPA PAK LAH TAK BERANI BERSUA MUKA DENGAN DR M..AWAT SUSAH SANGAT KE ?
HISHAM KERIS MENYEPI TANPA BERITA …ADA SESUATU YANG TAK KENA KE ?
KE SEDANG BERKEJA KERAS UNTUK MENOBATKAN NAJIB SEBAGAI PERESIDEN….EHEEM SEPUPU DIA MAAAA.
Pak lah kepada rakyat : Najib tak bersalah.
Pak lah kepada Najib : I saved your ass. You will do as I Say. Rakyat tak suka tak ape.
salam,
Saya tak faham kenapa kepimpinan Paklah tidak mahu mengambil pandangan dari TDM. Malah lagi tak faham bila menteri-menteri bersikap amat kurang ajar kepada TDM.
Paklah, kena menerima hakikat bahawa diri beiau merupakan salah satu sebab orang UMNO mula tawar hati dengan UMNO. Kita bukan tak tahu banyak cawangan UMNO nak bersidangpun korum tak cukup-cukup….lagi mahu dabik dada aku yang terbaik……
Para pembodek, memang taksalah untuk membodek Paklah, tapi tolong gunakan fakta dan berpijak dibumi yang nyata.
Kata dah taknak sombong, tapi keadaan sebaiknya…..hai masih ke nak menganak tiri kami ahli UMNO sejati ni…..
Wahai Pemuda Umno,
Korang jgn sesekali cuba untuk kutuk Mahathir..paling kurang Mahathir dah byk selamatkan M’sia.
Korang apa buat?.nak jahanam kan M’sia adalah aku tengok..!
Aku nak korang semua jadi macam machine..! Org kata angguk, korang angguk..! Faham?…
Tanpa Mahathir, sapa Pak Lah tu?
Tony Blair beri jawatan kat Gordon Brown, dan dia tetap ckp tima kasih kat Tony Blair!. Ada ke Gordon Brown cuba nak tutup project Tony Blair?.. Tak kira laa sapa pun pandai ..Korang hanya tahu tikam belakang, orang kapir pun pandai tima kasih….
Org Islam (particularly Melayu) sentiasa memilih jalan memusnahkan diri.. White people, Indian, Mamak (Mahathir) , Cina, Jepun sentiasa mencari jalan mcm mana nak perbaiki diri!
Aku tahu laa ..Aku dah hidup lama dah kat overseas…Aku baru aje balik Msia.!
jgn disebabkan harta, duit dan pangkat korang, buat kan korang buta ! “Biarkanlah org, janji aku selamat” mungkin petua org UMNO sekarang ni.!
Terima Kasih.
Oysterman.
Tanya Tun-Siapa yang pecah belahkan Melayu?
Pendeta,
Saya sangat tertarik dengan artikel CORAT CORET yang ditulis dalam laman chedet.com — SEBUAH LAMAN BLOG TERPANAS MASA KINI. Saya juga tertarik untuk mengulas mengenai kandungannya. Tujuannya bukanlah “menentang arus” tetapi sekadar menggunakan hak bersuara yang diberikan kepada setiap individu.
1. “Ramai orang Melayu yang kesal kerana di waktu yang genting ini, di waktu mana berbagai-bagai masalah melanda orang Melayu di negara tercinta ini, mereka berpecah dan bersengketa sesama sendiri.
Masalah akan terus menyelubungi kehidupan manusia. Masalah perlu dihadapi, cuma caranya mungkin berbeza. Jalan paling mudah ialah lari daripada masalah tersebut. Namun, ia bukanlah pilihan yang tepat. Ia pilihan yang merugikan — gagal mengutip kemahiran dan pengalaman dalam menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan.
Berpecah dan bersengketa adalah isu yang berlainan. Ia ada sebab dan musababnya. Pihak yang terlibat mungkin enggan menilai secara adil dan benar. Bagaimana boleh kumpulan yang berpecah dapat disatukan kembali kalau semua yang terlibat mahu ‘menegakkan benang yang basah’, tiada toleransi, tidak mahu beralah, keras hati dan sengaja ditutup pintu hati.
2. “Umum tahu perpecahan melemahkan, sebaliknya perpaduan memberi kekuatan. Berhadapan dengan aneka jenis masalah dan tekanan, orang Melayu amat perlu kepada perpaduan sekarang.
Manusia mempunyai naluri untuk membentuk kelompok dan kumpulan. Paling tidak manusia seperti juga sekumpulan kerbau, boleh bersatu secara fizikal. Dengan cara ini, manusia akan lebih berupaya mendapat kelangsungan hidup. Lebih dari itu manusia adalah berbeza dengan sekumpulan kerbau. Manusia ada agenda. Untuk menjayakan agenda masing-masing, manusia perlukankan lebih daripada penyatuan fizikal. Dari sini terdapat keperluan untuk bersatu dari sudut jiwa, minda, mental, emosi dan spiritual.
3. “Pada tahun 1946, di waktu orang Melayu diancam kehilangan tanahair mereka, orang Melayu bersatu padu dan menentang British. Walaupun mereka lemah, miskin, tidak bersenjata, tetapi demikianlah kekuatan
hasil perpaduan mereka sehingga British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka dan Malayan Union digugurkan.
Ini adalah bukti bahawa ancaman fizikal tidak semestinya di atasi dengan kekuatan yang dibina menerusi penyatuan fizikal semata-mata. Perpaduan yang yang terbentuk di dalam hati dan sekiranya dipamerkan secara luaran, sudah cukup untuk dijadikan alat bagi menyampaikan mesej tertentu.
Walau apa pun pendekatannya, ia masih sesuatu yang aneh. Aneh kerana manusia sepatutnya tidak perlu bersengketa. Kalau ini dihayati sudah pasti tidak timbul seruan yang meminta manusia agar bersatu mengikut kelompok-kelompok artifisial — sedangkan semua manusia adalah bersaudara yakni keturunan Adam dan Hawa.
Tanya Tun-Siapa yang pecah belahkan Melayu?
Pendeta,
Saya sangat tertarik dengan artikel CORAT CORET yang ditulis dalam laman chedet.com — SEBUAH LAMAN BLOG TERPANAS MASA KINI. Saya juga tertarik untuk mengulas mengenai kandungannya. Tujuannya bukanlah “menentang arus” tetapi sekadar menggunakan hak bersuara yang diberikan kepada setiap individu.
4. “Walaupun sebahagian daripada orang Melayu kemudian berpisah daripada UMNO untuk menubuh parti PAS tetapi majoriti orang Melayu terus bersatu padu dalam UMNO.
Seperti yang di hujahkan di atas manusia tidak seperti kerbau yang membentuk kelompok berdasarkan ciri fizikal semata-mata. Manusia ada jasad dan roh. Di samping membentuk kelompok berdasarkan persamaan fizikal, manusia juga cenderong bergabung dalam kelompok yang ada persamaan dari segi spiritual.
Ada juga kalangan yang bersatu di bawah panji-panji kebendaan, kuasa, kasta dan sebagainya.
5.” Tiga kali lagi parti serpihan UMNO ditubuh dan mencabar UMNO, tetapi perpaduan majoriti orang Melayu dalam UMNO dapat dikekalkan.
Belajarlah untuk menerima hakikat bahawa tiada entiti yang kekal. Bayangkan, betapa banyak peradaban dan empayar yang gilang-gemilang yang telah pupus dan cerita mengenainya hanya boleh dibaca dalam catatan sejarah. Sesungguhnya hanya dengan penghayatan sejarah dapat menyedarkan manusia terhadap beberapa perkara yang akan terus berlaku secara berulang kali. Ia seolah-olah mengikut corak peredaran bumi — berpusing.
6. “Tetapi Pilihanraya Umum 2008 menunjuk bahawa perpaduan dalam UMNO sudah luntur. Ramai ahli telah sokong parti lawan atau mengecualikan diri dengan tidak mengundi atau merosakan undi mereka.
Nilaikan secara ikhlas sama ada aspek ini merupakan sebahagian daripada punca lenyapnya sesuatu peradaban? Apabila telah berasa selesa dan puas dengan peradaban yang ada, manusia mempunyai keinginan yang baru tetapi tanpa mereka sedar betapa sesuatu peradaban baru itu tidak boleh dibentuk dalam waktu semalaman. Akhirnya ‘yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran’.
7. “Seruan kepada perpaduan sahaja tidak akan mengembalikan mereka ini. Sebabnya ialah perpaduan dengan sendirinya tidak akan membawa kebahagiaan. Perpaduan hanya akan membawa nikmat jika perjuangan yang diusahakan mempunyai matlamat yang dicita-citakan. Perpaduan kerana perpaduan tetapi perjuangan diselewengkan tidak bermakna dan tidak membawa rahmat dan nikmat.
Sampai pada satu tahap akan timbul keadaan yang mana walau pun hanya ada dua pilihan tetapi ia sangat sukar ditentukan. Sama seperti mencari jawapan bagi persoalan antara siang dan malam — yang mana satu muncul dahulu? Menurut fahaman akal ia mungkin siang dan diikuti oleh malam. Betulkah? Bagaimana membuktikannya?
Justeru pilihan antara A. bersatu membawa kebahagiaan atau B. kebahagian membawa kepada penyatuan tidak semudah itu di tentukan. Ada yang memilih A dan ada yang B. Sedangkan kedua-duanya berkemungkinan betul.
PakLah semakin lupa tanggungjawab beliau kepada melayu…
PakLah semakin tamak mengaut keuntungan eluarga tanpa memikirkan setiap dosa menyalahgunakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada beliau..
Adakah kita juga mahu bersama-sama berdosa menyokong orang yang menzalimi orang lain tanpa berkata benar..
Pendeta..ingatlah setiap perbuatan dan setiap kejadian adalah HAK ALLAH..jalankan kewajipan dan amanah dengan penuh ikhlas dan jujur..Berkata baiklah kamu sesama manusia..Janganl gilakan pada harta dunia dan alpa kepada pembalasan akhirat..
Amanah adalah sesuatu yang berat..Even how worst TDM (as always been wrote by you and co..) I know he’s billion time more better then Flip-Flop PakLah..
Saya tak faham kenapa TDM berperangai seperti orang mengamuk kerana tidak puas hati tidak dapat sesuatu yang dihajati. Gelagatnya kini tidak langsung seperti semasa dia ditampuk pemerintahan. Menghentam AAB mungkin menampakkan dia seperti prihatin tetapi akhirnya ia membuka kekhilafan yang pernah dilakukannya semasa menjadi PM.
Assalamualaikum,di waktu-waktu sekarang banyak permasalahan yang berlaku dikalangan orang melayu,di pihak DSAAB tidak mahu mengundurkan diri walaupun pada pilihan raya yang lepas rakyat telah memberi signal,tapi bagi saya ada kebaikkannya juga kerana mungkin DSAAB ingin memperbetulkan apa yang tidak betul dan tidak mahu orang melayu hilang arah jika pemimpin nombor satu negara letak jawatan….saya harap PakLAh memikirkan jalan terbaik di dalam kelembapan ekonomi negara sekarang dan perpaduan rakyat sekarang terutama orang melayu….
Saya juga tidak pernah menyalahkan TDM kerana bagi saya beliau adalah pemimpin agung kerana telah membawa malaysia kepada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara yang membangun dengan pesat,bagi saya ,saya begitu hairan dengan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang yang semacam menafikan kejayaan yang telah dibawa oleh TDM janganlah kita menghentam TDM kerana bagi saya ,apa yang beliau lakukan banyak kebenarannya,sebagai contoh TDM tidak mahu apa yang beliau lakukan selama 22 tahun memerintah hancur begitu sahaja…. ekonomi,pembangunan,dan perpaduan yang kukuh… sebagai seorang yang telah membina Malaysia tentu sekali beliau tidak mahu perkara yang buruk berlaku terhadap Malaysia. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO ambillar sedikit nasihat yang dilontarkan oleh TDM bagi saya niat beliau adalah ikhlas untuk melihat UMNO dan orang melayu terus maju…. di kala umur beliau yang akan menjangkau 90 tahun apalar lagi yang beliau inginkan ,beliau tiada sebarang agenda….. beliau hanya ingin Melihat Malaysia ini makmur dan terus maju….. janganlar kita sebagai ahli UMNO lupa akan jasa-jasa beliau…. ‘orang berbudi kita berbahasa’ janganlar melontar kata-kata yang kurang sopan terhadap beliau….. dalam adat melayupun jika melontar kata-kata kurang sopan terhadap yang lebih tuapun dah dikira’kurang ajar’ inikan pula seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada kita.
Seharusnya pemimpin-pemimpin UMNO sekarang merujuk beliau ,pergi berjumpa beliau ,cuba menyelami hati dan perasaannya apa yang ingin beliau mahukan,apa yang tidak betul, kalau dipikirkan tentu jauh dilubuk hati TDM ada sesuatu yang ingin beliau lontarkan untuk perpaduan orang Melayu, kerana “beliau lebih dahulu merasa garam dari kita semua ” ini tidak saya lihat orang-orang UMNO sekarang lebih suka membalas dalam media massa… ‘membuka segala pekung didada’ bangsa lain yang melihat hanya bertepuk tangan kegembiraan…. FIKirkan lah wahai bangsa melayu…. kepada ahli dan pemimpin UMNO….. berfikirlah sebelum berkata,hormatilah pemimpin terdahulu, taat setialah kepada parti ,dan jangan membuka pekung didada….jika kita masih berpegang kapada prinsip ini kita akan dipandang mulia dan dihormati…. kita sebagai manusia bukanlar harus menyatakan aku buat ini buat itu untuk dihormati….. tetapi orang lain yang melihat kita akan menilai sejauh mana untuk kita dihormati dan disanjungi….. wasalam…
Saya percaya suatu perubahan yang mendadak akan berlaku dalam dunia politik negara pada masa yang singkat ini sekiranya Abdullah terus dengan cita-citanya. Perubahan tersebut sedang berlaku di bawah selimut, dan akhirnya BN akan hancur. Perubahan yang bukan disebabkan oleh pembangkang, sebaliknya daripada mereka yang selama ini terpendam, tidak bersuara tetapi bersemangat. Semangat mereka ini malah melebihi pembangkang dan lebih ikhlas. Mungkin Tun mengenali mereka-mereka ini. Sekiranya Tun dapat bekerjasama dengan mereka-mereka ini, Abdullah akan mengalah dengan sendirinya. Saya kurang pasti samada siapakah yang layak menjadi PM selain Tun, tetapi sekiranya UMNO masih bersikap seperti hari ini, maka tiada seorang pun yang layak. Mungkinkah PM yang akan datang bukan dari UMNO? Mungkinkah PM yang akan datang bukan Melayu? Saya percaya sekiranya ia menjadi kenyataan, ini akan menjadi mimpi ngeri kepada kaum Melayu, kerana minda Melayu belum cukup bersedia menghadapi kebenaran dan persaingan.
MAHATHIR…” stands for:
M = Must..
A = Always..
H = Hantam..
A = Abdullah..
T = Till..
H = He..
I = Is..
R = Removed.
Tanya Tun-Siapa yang pecah belahkan Melayu?
Pendeta,
Saya ada terbaca artikel CORAT CORET yang ditulis dalam laman chedet.com. Saya juga tertarik untuk mengulas dan di bawah ini adalah sebahagian daripadanya:
8. “UMNO hari ini tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Ia berjuang untuk pengekalan kuasa dan kesejahteraan Presidennya. Perpaduan yang dituntut hanya untuk menyokong Presiden.
Ini tidak ubah seperti ‘kacang yang lupakan kulit’. Kalau dulu pun ‘kacang lama’ ini mendapat faedah daripada sokongan yang tidak berbelah bahagi, kenapa sekarang mahu disekat. Kalaulah alasannya kerana ‘kacang baru’ tidak menggunakannya pada jalan yang betul, ia hanyalah persepsi. Lagi pun ‘kacang lama’ tidak boleh mendabik dada mengatakan yang dia tidak begitu. ‘Kacang lama’ tidak boleh membandingkan orang lain dengan dirinya. Ini kerana terdapat banyak pandangan negatif terhadap dirinya (‘kacang lama’) dalam konteks yang sama.
9. “Ini baik jika Presiden dapat membawa parti dan negara kearah kejayaan dan kebaikan. Tetapi apa yang dilihat ialah keburukan dan kehinaan bagi parti dan negara.
Persepsi tentang kejayaan mungkin berbeza menurut individu, kelompok dan prinsip kehidupan. Contohnya, keupayaan sebuah kuasa besar dalam menumbangkan regim kuku besi di sebuah negara lain boleh dianggap sebagai satu kejayaan tetapi ada juga melihatnya sebagai kegagalan — gagal menggunakan pendekatan alternatif yang lebih sederhana (contohnya berdiplomasi) ke atas tindakan yang bersifat ekstrem (iaitu berkonfrontasi).
Begitu juga dalam aspek kehinaan. Ada yang berasa hina kerana tidak beroleh kejayaan (seperti gagal dalam peperiksaan) kerana melihatnya dari sudut yang negatif saja. Tetapi, bagi yang melihatnya dari sudut yang positif, tidak perlu berasa hina. Ia mungkin satu permulaan untuk berusaha lebih gigih. Lagi pun gagal untuk kali ini tidak semestinya gagal pada lain-lain tempat dan waktu.
10. “Dibawah kepimpinan Presiden ini UMNO dan Barisan Nasional telah kalah teruk dalam Pilihanraya Umum 2008.
Adat pertandingan ada kalah dan menang. Ia perlu dipandang secara menyeluruh – secara positif dan negatif. Bukan saja meraih kemenangan sesuatu yang sukar tetapi mengekalkan kemenangan itu rupa-rupanya lebih sukar. Ambillah iktibar, tetapi janganlah dipadamkan rekod kejayaan 2004 semata-mata kerana pada 2008 kejayaan serupa tidak dapat dikekalkan. Dalam sukan pun sama katakanlah pada Olimpik 2004 seseorang ahli sukan itu berjaya memecahkan rekod Olimpik tetapi kalau pada 2008 dia kurang berjaya, janganlah dikritik berlebihan tanpa melihat kepada rekod 2004 apatah lagi kalau catatan berkenaan belum dapat dipecahkan.
11. “Perpaduan dalam UMNO sudah berkecai.
Kalau itu adalah apa yang sebenarnya berlaku, kajilah secara ilmiah apa sebab musababnya. Takkanlah rakyat biasa dan golongan marhaen mampu melakukannya. Satu ketika dahulu pun persepsi yang sama juga dirasai. Apa kesudahannya? Ingatkan kembali kenapa satu masa dahulu benda yang berkecai tidak semuanya berderai-derai sebaliknya sebahagiannya mampu bercantum semula? Kalau dulu perasaan optimis mampu membuahkan hasil kenapa sekarang tidak digunapakai lagi?
Kepada Bron…. cubalar ambil ikhtibar dan nasihat serta luahan yang dilontarkan oleh TDM untuk kita lebih berjaya dan bersatu…. sememangnya melayu ini memang suka memberi alasan walaupun jelas dan nyata itu kesalahan kita….. ambil kata-kata TDM itu sebagai satu cabaran untuk kita menguatkan barisan UMNO dan melayu kita ,bukan hanya pandai memberi alasan tapi hasilnya tetap sama…
Sebenarnya kepada sesiapa yang masih lagi buntu dan cetek akal fikirannya mungkin belum memahami siapa sebenarnya PakLah.Beliau merupakan seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang beriman dan adil kepada semua.Lihatlah apa yang telah beliau lakukan untuk rakyat tetapi malangnya semuanya itu masih belum difahami oleh mereka yang memiliki jiwa yang kotor dan tamak serta jahil dalam memilih mana yang baik dan mana yang buruk.
Mungkin ada yang masih jahil tentang agama dan tidak mahu bersyukur diatas limpah kurnia daripada ALLAH S.W.T kepada rakyat malaysia melahirkan seorang pemimpin yang berhati mulia seperti PakLAH dan masih tidak mahu menerima seorang pemimpin yang baik seperti PakLah dan mahu mengantikan dengan yang lebih baik daripadanya.Tapi yang lebih baik itu biasanya tidak selalunya datang sekiranya yang sediaada hambanya tidak mahu bersyukur .Jadi terpulanglah kepada rakyat.Nabi pernah berkata sekiranya kita didalam dilema dalam ingin menentukan sesuatu mohonlah kepada ALLAH petunjukNYA dan buatlah solat HAJAT dan Istikharah terlebih dahulu.
Jadi marilah sama-sama kita renung-renungkannya
Dalam surah Wal asri…Allah pernah bersumpah
“Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa berada didalam kerugian ..kecuali yang beriman dan beramal soleh,dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah kedapa kesabaran”
Kalau dihalusi surah ini,kita dapat simpulkan bahwa manusia yang berada didalam kerugian itu adalah mereka-mereka yang:-
1.Tidak Beriman
2.Tidak beramal soleh
3.Tidak menyatakan yang benar atau adil
4.Tidak sabar dalam tindak tanduknya..
So renung-renungkanlah wahai saudara2 segama ku..adakah kita tergolong dalam golongan yang rugi????
Alangkah ruginya kita sebagai hamba allah yang tidak mahu memikirkan dan menghalusi ayat2 yang tersirat itu….
Sesungguhnya pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memiliki 4 perkara tersebut..dan perhalusilah..adakah PakLAH mempunyai ciri2 tersebut…hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam..dan cuba pula kita perhalusi diri kita..adakah kita tergolong dikalangan org2 yang rugi…?dan siapakah golongan yang dikatakan sentiasa rugi itu,..
1.Mereka yang tidak beriman
2.Mereka yang tidak beramal soleh
3.Mereka yang sentiasa membuat fitnah dan tidak ada bukti dalam menceritakan sesuatu keburukan dan tidak adil dalam tindak tanduknya
4.Mereka yang tidak sabar dlm menempuh ujian dari ALLAH S.WT dalam kehidupan seharian..
So,
renung-renungkanlah…wahai rakyat MALAYSIA…
Semekom pakcik semua,
awat la hangpa ni bijak2 belaka …dulu masa Tun jadi PM bukan main puji lagi la ni bila dah takdak jawatan … bukan main kutuk lagi..baguih baguih …
nanti lepaih ni paklah pulak la hangpa kutuk …. dia pun tak lama dah …nasihat nasihat kan la kat dia semua ni tak boleh bawak mati… takut nanti tak diterima kubur….. naazubillah.
hangpa semua ni mesti ada belajar apa itu ciri orang munafik betoi…
salah satu suka cakap bohong, cakap tak serupa bikin … bukan nak kata sapa2 la .. tapi pikir sendiri la no semua yang ada kat sini pun pandai2 belaka..
wasallam
kepada en Bron…
Setuju2 mai kita sama2 menegakkan benang yang basah dan dah reput ni…hahahaha
Tun pun bukan bagus sangat , tapi Pak Lah lagi lagi dan lagi tak bagus …. you ada dapat apa2 project/pangkat ka yg beriya2 sangat ni defend paklah ni.
Hidup En Bron!!