Simpati kepada Kak Wan
June 30, 2008 by Pendeta
Ketika menonton siaran akhbar yang dibuat oleh Wan Azizah untuk mempertahankan suami beliau dari tuduhan liwat, penulis merasa kesian dan simpati kepada Kak Wan dengan nasib yang beliau hadapi.
Sebagai seorang isteri, Kak Wan adalah seorang isteri yang baik tetapi sebagai seorang muslimah yang bertudung, penulis rasakan Kak Wan tidak sepatutnya mempertahankan suami beliau keterlaluan kerana perkara dan tabie yang buruk ini tidak boleh dibiarkan kerana ianya akan menggalakan tabie buruk ini berluluasa jika ianya berterusan.
Mengapa perkara begini tidak pernah berlaku kepada pemimpin yang lain, mengapa liwat sering dikaitkan kepada Anwar Ibrahim, jika ada konspirasi menjatuhkan Anwar, mengapa liwat pula menjadi topik untuk dikaitkan kepada Anwar. Mengapa bukan rogol atau berzina, walaupun Anwar beruisa tetapi dia masih kacak untuk dikaitkan dengan skandal-skandal dengan wanita cantik dan artis-artris tempatan dan ini lebih relaven dan mudah dipercayai. Tetapi kenapa liwat sering menjadi bahan untuk menjatuhkan beliau kerana agak sukar untuk membuktikan manusia yang sekacak Anwar melakukan liwat. Kalau angin tidak bertiup masakan pokok akan bergoyang.
Jika dahulu Tun dikatakan sengaja mahu menjatuhkan Anwar dan membabitkan beliau dengan kes liwat, tetapi hari ini yang membuat laporan adalah pegawai khas beliau sendiri dan pegawai khas ini adalah pegawai yang dipercayai oleh Anwar untuk melakukan kerja-kerja khas. Jika dahulu yang diliwat adalah adik angkat dan driver, tetapi kali ini pegawai khas.
Benarkah Kak Wan langsung tidak tahu atau tidak pernah ternampak bayangan tabie suaminya ini atau Kak Wan terpaksa mempertahankan tabie buruk suaminya ini demi maruah keluarga. Jika benar Kak Wan sememangnya tahu akan tabie suaminya ini, bayangkan seorang wanita yang berimej dan beperkerti mulia hidup dalam dunia hipokrasi, seluruh keluarga hidup dalam hipokrasi.
Pihak polis sedang melakukan sisatan dan kita juga tidak boleh menuduh Anwar sebelum ada bukti dari pihak polis, berikan pihak polis kebebasan untuk menyiasat dan menentukan kesahihan laporan tersebut.
Yang menjadi persoalan sekarang, kenapa Wan Azizah bagaikan melatah dan cuba meracuni minda rakyat agar tidak mempercayai instutusi kehakiman, pihak polis dan seolah-olah tabie Anwar ini boleh diselamatkan dengan hanya berkata ianya untuk menjahanamkan kerjaya politik Anwar. Ini dua perkara yang berbeza, kenapa Anwar tidak berani menghadapi wartawan dan lari mencari perlindungan, tiba-tiba sahaja satu drama baru muncul dan yang kononnya beliau diancam untuk dibunuh. Beliau cukup bijak dan jelik lantas bersembunyi dikedutaan Turkey kerana mahu pihak antarabangsa mencampuri kemelut yang telah beliau sendiri lakukan.
Beliau takut ditangkap lagi, beliau takut menghadapi keyataan, beliau takut pihak polis mendedahkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Kesian dengan Kak Wan yang kini terpaksa menjadi penipu dan membuat fitnah yang kini melibatkan beberapa menteri dengan ada nya gambar yang dirakamkan dalam telefon bimbit mangsa, Kak Wan kini menuduh dan secara tak langsung menfitnah, Datuk Seri Azalina, Datuk Sharir Samad, Datuk Mustapha Mohamad dan juga seorang pegawai khas saudara Khairil Anas.
Apakah dengan gambar yang diambil oleh bekas pemimpin pelajar ini denga pemimpin yang mengunjungi dan mengadakan program dengan persatuan pelajar dikatakan bukti sebagai satu konspirasi. Tahukah Kak Wan tuduhan Kak Wan ini kini telah bertukar menjadi fitnah dan melibatkan orang-orang yang tidak ada kena mengena dengan isu liwat suami beliau. Apakah Kak Wan terpaksa melibatkan apa saja bagi menyelamatkan suami beliau.
Selaku bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Azalina, penulis ada bersama Datuk Seri ketika gambar ini dirakamkan dan penulis masih ingat gambar ini dirakamkan ketika Datuk Seri mengadakan majlis bertemu dengan pemimpin pelajar institusi tinggi di UNITEN. Ini adalah gambar yang lazim dilakukan oleh semua pelajar-pelajar ketika bertemu dengan menteri terutama sekali apabila menteri melawat mereka.
Kita tunggu dan lihat apakah kesudahan kes ini dan kita tunggu dan lihat betapa taksubnya penyokong Anwar mempertahankan pemimpin mereka, kalau kali pertama mungkin ada yang samar-samar untuk mempercayainya, kalau kedua mungkin ada yang sudah mulai meraguinya. First beaten, twice shy.
Dipetik dari www.tepakbersulam.com



















MANUSIA ITU SENDIRI TENTUKAN LALUAN HIDUPNYA
Pendeta,
Bagi mereka yang mempercayai bahawa laman ini hanya memuatkan kritikan keterlaluan terhadap Anwar (dan mereka yang sebulu dengannya) secara berterusan, dengan niat tidak lain tidak bukan untuk menjatuhkan beliau, adalah tidak benar sama sekali.
Bacalah komentar dibawah yang keluar dalam laman blog ini pada awal Mei 2008 dan buatlah kesimpulan sendiri.
TAJUK: Tindas, tertindas dan menindas
Apabila ada persepsi berlaku ‘penindasan’ terhadap Anwar, ia perkara yang telah LAMA berlalu. Memang ada logiknya untuk Anwar dan RPK menuntut keadilan sekiranya mereka betul yakin bahawa berlaku penindasan bersabit dengan dakwaan dan perbicaraan Anwar beberapa tahun yang lalu. RPK sepatutnya ikutlah cara dan saluran yang betul dan bukan menjadi ‘Hang Jebat’ yang menuntut keadilan bagi ‘Hang Tuah’.
Carilah keadilan tetapi kenapa perlu ada individu lain tertindas dalam usaha Anwar dan RPK mencari KEADILAN? Patutkah ‘matlamat halalkan semua cara’ RPK dan Anwar. Patut kah semuanya ibarat membujur lalu melintang patah. Apa kewajarannya? Apakah dengan menekan orang lain maka dengan sendirinya penindasan yang beliau rasakan telah berlaku ke atas dirinya seolah-olah dapat ditebus?
Memang betul penguasaan bahasa Inggeris RPK cemerlang setelah lebih sepuluh tahun (siang dan malam, 7 hari seminggu) belajar bahasa Inggeris menerusi kesilapan dan pembetulan , tetapi itu tidak bermakna semua pandangan beliau adalah ‘fatwa’ yang perlu dipatuhi oleh semua tetamu laman blog politik beliau.
Tidak dinafikan dendam yang membara sukar dipadamkan. Namun, adakalanya perasaan dendam tidak boleh dihapuskan dengan cara membalas dendam. Sekiranya apa yang dianjurkan oleh RPK dalam MToday – tertidas perlu menindas – mahu dijadikan rujukan, makanya satu hari nanti mereka berdua juga akan menerima label sebagai penindas.
Label melabel ini akan berterusan. Nantinya akan ada pula (dimasa depan) orang lain datang mencari RPK dan Anwar bagi menuntut hutang : “dulu kau tekan aku ya. Nah ini aku datang nak tuntut hutang! “ Apakah kesudahannya cerita rekaan dan arahan RPK dan Anwar ini? Adakah dalam bentuk trilogi atau drama bersiri macam siri Dallas gitu?
Dulu adalah ‘sejarah’. Sejarah ditinggalkan agar manusia dapat bergerak ke depan dalam membina peradaban baru dan lebih baik. Begitu juga dengan pengalaman pahit yang dialami. Ia mungkin ada sebab musababnya dan ada hikmahnya. Usahlah terlalu mengenangkan perkara yang sudah menjadi sejarah. Tak salah menoleh sedikit ke belakang tetapi banyakkanlah merenung ke depan.
Kalau tidak menumpukan arah depan semasa berjalan, kaki Anwar boleh terlanggar batu jalan dan menyebabkan beliau jatuh tersungkur dan lebih malang lagi kalau atas jalan tadi ada selonggok tahi khinzir. Semua pasti tahu apa yang berlaku seterusnyakan…
Terimalah hakikat bahawa pengalaman pahit yang menimpa diri Anwar telah lama berlalu. Tebing sungai sudah berubah setelah berlaku banyak kali air bah.
Nukilan hati: Penyokong KPMU
saya bersimpati dengan Kak Wan. concentratelah pada keluarga. berenti dari berpolitik. kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga kolam lohan….
Kak Wan ni terpaksa. Sayang suami punya pasal, demi anak-anak. Kesian dia.
Eh ye ke dulu sebenarnya ayahnanda Kak Wan ni mengamuk dan tak suka Kak Wan ni nak kahwin dengan Anwar?
HABIS NAK SURUH KAK WAN DUDUK RUMAH JE KE…
ROSMAH PULAK CAMNA. DOK RUMAH JE LA KAN JAGA NAJIB LEK LOK…ALTANTUYA PUN DAH LEBUR KAN …
CIAN ANAK RAZAK….
RAZAK BAGINDA LAGI KESIAN…TAK DAPAT LA NAK JUMPE BINI DAN ANAK DIA…
LAYANAN BR TERHADAP SAIFUL BUKTI KETUANAN RAKYAT HANYA RETORIK
Saudara Pendeta,
Memang semua menaruh simpati terhadap ketidaktentuan yang dilalui oleh Dr Wan Azizah susulan daripada dakwaan oleh En Saiful bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar. Tetapi, itu tidak bermakna semua harus melupakan isu pokok iaitu En saiful juga ‘wajib’ mendapat simpati kerana menjadi mendakwa menjadi mangsa liwat.
Kalaulah BR bersungguh-sungguh mencanangkan ketuanan rakyat, buktikan slogan tersebut benar-benar berada di hati dan bukan setakat lontaran mulut semata-mata. Janganlah kerana Anwar seorang pemimpin dan Saiful seorang rakyat biasa lalu dia dilayan dengan amalan “double standart” dan bukan berlandaskan ketuanan rakyat.
Pengamal Ketuanan Rakyat tidak sepatutnya menayangkan gambar pengadu dalam kes liwat kepada dunia. Ketuanan Rakyat tidak sepatutnya meletakkan pemimpin dalam rumah kebal dan lebih teruk lagi kebal di sisi undang-undang.
Tak tahulah apa nak jadi kalau BR dapat ’songlap’ kerajaan daripada pemegang yang sah dalam konteks demokrasi.
dalam semua aspek termasuklah memberikan keadilan kepada
simpati bercampur bangga jugak pada saiful. sendiri punya badan yang tahu dirinya dianiaya.
kepada bang Nuar, wa turut simpati kerana dari reformis menjadi liwatis bukannya perkara yang mudah.
wa jugak simpati pada wa sendiri kerana, wa tak sempat install CCTV pada kondominium untuk merakam aksi Pak Sheikh Al Liwatis.
gurau jer…..jangan mareee…
WANITA BUKAN LELAKI, WANITA TETAP WANITA
Ramai yang mengatakan besi waja adalah keras tetapi tak ramai yang sedar betapa ketabahan wanita lebih keras dari itu.
Wanita memiliki hati yang pejal tetapi bukan seperti batu. Ia lebih mirip kepada tembikar. Apabila jatuh ia mudah retak atau pun pecah berderai.
Wanita berkerjaya tidak ada masa untuk melayan perasaan . Sekali tersentuh emosinya mudah terguris. Bagi kes tertentu ia mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Wamita mudah memaafkan kesalahan tetapi apabila hatinya patah/remuk dan pintu kemaafan ditutup rapat, jangan berharap sangat yang dia akan menoleh ke belakang.
Adakah lelaki prihatin terhadap hati, emosi dan perasaan wanita?
klip tayang jubor…
http://www.youtube.com/watch?v=xJqh8izH8k4