PAS akan pupus jika kekal dalam Pakatan Rakyat
June 27, 2008 by Pendeta
Tiada angin masakan pokok boleh bergoyang, namun pokok juga boleh bergoyang jika beruk yang goyangkan, meminjam kata-kata Khairy Jamaluddin. Ura-ura bahawa parti pakatan rakyat Selangor yang kini sedang dilanda masalah telah tersebar luas bukan sahaja di Selangor malahan di seluruh Malaysia. PAS yang banyak berkecil hati dengan PKR dan DAP kini telah meluas mengorak langkah untuk melakukan
sesuatau sebelum lebih banyak ahli PAS yang sudah mula hilang kepercayaan kepada Parti berkenaan.
Walaupun Naib Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menafikan ada membuat pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di London baru-baru ini, namun ada mata-mata yang menjadi saksi telah menghebahkan perkara ini dan ianya kini amat merungsingkan pemimpin pembangkang khususnya Anwar ibrahim yang sibuk untuk mencanangkan bahawa ada ahli parlimen BN akan melompat parti. Mungkinkah Anwar akan kempunan sebelum 16 Desember ini. Yang dikejar tidak
dapat yang dikendong berciciran. PAS kini hilang kredibiliti mereka dan tercemar imej Islam mereka semenjak menyertai Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan Selangor.
Di kawasan Ampang dan Gombak, ramai ahli mereka kini mengeluh dan menyesali apa yang telah dilakukan oleh pemimpin mereka dan ramai yang kini malu untuk mengakui bahawa mereka adalah ahli PAS. Pemimpin PAS juga dikatakan kini agak sukar diketemui dan sengaja melarikan diri dari bersua muka dengan ahli mereka kerana merasa malu dan takut akan dihujani dengan banyak persoalan.
Ada yang berkata bahawa mereka telah menjangka pakatan antara PKR, DAP dan PAS ini tidak akan kekal lama kerana ketiga -tiga parti ini mempunyai perbezaan perjuangan. PAS gagal untuk membawa pemerintahan secara Islam di Selangor seperti apa yang pernah mereka laungkan dahulu. Ada ahli berkata bahawa mereka lebih senang dengan pemerintahan BN dari pemerintahan PKR di Selangor kerana ianya lebih teruk dan jelas bahawa PKR hanyalah boneka kepada DAP di Selangor. Rasuah telah mula berleluasa dan PAS gagal untuk menunaikan manifesto mereka kepada rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihanraya yang lalu kerana dihalang oleh PKR.
Penyelewengan telah mula menular dikalangan pemimpin dan pegawai kerajaan PKR dan ahli PAS Selangor kini mengeluh kerana mereka juga kini dianggap bersubahat dengan mereka. Ada juga yang berkata bahawa PAS akan pupus pada pilihanraya akan datang jika sekiranya terus berada dalam Pakatan Rakyat.
Oleh Nazri Salih




















hehehe betul ke tu kata-kata kj? perumpamaan yang ada logiknya. tp kalau bukan beruk yang goyang pon kalau dah ada benda lain yang dok goyang, tergoyang-goyang jugak la pokok tu… ye tak?
Kalau percaya cakap umno ni rasa nya Pas dah lama hilang dari donia politik mesia…tengok2 lima negeri hilang …he he
BUKAN SETAKAT PAS MALAH BR AKAN PUPUS KALAU TERLALU HIPOKRIT
Pendeta, biar saya ulas artikel di atas.
Dalam ‘kuali’ politik negara, kepelbagaian dari segi fahaman dan ideologi, pada satu sudut adalah baik. Namun, pada sudut yang lain, sekiranya sesuatu isu yang sensitif di hati rakyat dibiarkan dimainkan berulang kali ia seumpama membiarkan api membakar dalam sekam. Tidak nampak apa bahayanya dari luar kecuali ternampak asap sebagai bukti pembakaran berlaku.
Bayangkanlah kalau ada pihak contohnya DAP gunakan pendekatan “undi MCA” samalah seperti memberi undi untuk orang Melayu; atau kalau PAS gunakan hujah “undi DAP” adalah sama seperti memberi undi untuk PAS — seolah-olah DAP akan menyokong semua ideologi PAS; atau kalau PKR membuat saranan “undi MIC” sama seperti bersekongkol menggelapkan masa depan HINDRAF, sekiranya itulah bentuk ‘umpan’ yang digunakan bagi memancing ikan (dibaca: undi), pancingannya amat mudah mengena. Ia tidak menghairankan.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa suara-suara pemutus dalam PRU 12 tidak banyak dipengaruhi oleh faktor teras seperti intelektualisme, integriti, kredibiliti dsbnya tetapi lebih kepada isu sektarian, sensitiviti dan semasa. Pola sebegini bersifat sementara dan bermusim.
Atas sebab itu suara-suara yang mengatakan PRU 12 telah melahirkan barisan alternatif yang mempunyai nilai seperti mana yang menjadi idaman khalayak global, adalah tidak benar sama sekali. Ia jauh panggang dari api. Pasca PRU 12 telah membuktikannya. “Lembu suci” BR telah mengeluarkan susu tercemar (meminjam ayat PKR De Factoed).
Nilai tersebut yang sepatutnya mewarnai cara khalayak berfikir tetapi sebaliknya tenggelam dalam lautan emosi yang membuat percaturan dan pengiraan.
Persoalannya adakah pola yang sama akan terus memenuhi kancah politik negara. Adakah ‘taktik kotor’ dan “matlamat yang menghalalkan cara” akan terus menjadi menu bergoreng utama? Atau tidak mungkinkah ‘emosi’ yang digoreng hangus akan akhirnya menimbulkan perasaan jemu, jelak dan bosan.
Bukankah ’santapan’ sebegini hanya sedap dikulum ketika masih panas dan suam tetapi apabila sudah menjadi sejuk ia tidak lagi diminati kerana tidak dapat menaikkan selera? Dan apabila sesuatu makanan tidak lagi diminati maka tidak mustahil ia tidak akan lagi dijual dan dalam masa yang sama tidak akan ada lagi tukang masak yang dapat bertahan.
Kalau itulah konotasinya tidak mustahil bukan saja bagi PAS malah BR akan turut pupus selari dengan peningkatan kesedaran terhadap nilai superfisial, nilai kulit dan hipokrasi yang tersembunyi di sebalik barisan BR yang longgar lagi rapuh!