9MP mid-term review:’People-centric’ projects to cushion oil shocks
June 27, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
KUALA LUMPUR: An additional RM30 billion will be set aside for the rest of the Ninth Malaysia Plan period to cover the rising costs of existing projects.
Funds would also be channelled to “priority” areas such as regional corridor developments and food production.
The money, in addition to the original allocation of RM200 billion, will come from the recent fuel subsidy restructuring.
Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the government would undertake “people-centric” projects for the remaining period of the 9MP from 2008 to 2010 in light of rising oil prices and uncertainty caused by external factors.
Tabling the Mid-Term Review of the 9MP in Dewan Rakyat yesterday, he said the government was committed to easing the burden on the people.
People-centric projects provide basic amenities and directly benefit the people, such as water supply, electricity, health facilities, education, low-cost housing, poverty eradication and public safety.
The aim of the review is to implement strategies and programmes that will turn the country into a strong and united nation.
As such, he said, one of the main goals of the second phase of the 9MP was to protect Malaysians’ quality of life.
As part of efforts to eradicate poverty by 2010, a focus group has been set up to streamline, coordinate and assess programmes at state and district levels, said Abdullah, who is also the finance minister.
Programmes to increase earnings and provide social safety nets would be boosted.
Help will be extended in the form of aid to children, the aged, those with special needs, patients with chronic diseases and those with artificial limbs.
“These are additions to existing policies that make education and health services affordable or even free.”
Abdullah said the Mid-Term Review did not ignore the nation’s need to boost capacity and competitiveness.
Turning to basic infrastructure, particularly water and electricity, he said the use of technology such as solar-powered generators, wind turbines and rainwater harvesting would be intensified.
“In populated areas such as the Klang Valley, the quality of water supply and sewerage systems will be enhanced with the establishment of the National Water Services Commission,” he said
Meanwhile, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said RM13 billion of the allocation would be derived from the restructuring of the fuel subsidy.
“If we didn’t do this (restructuring of fuel subsidy), the country’s financial situation will be dire. With the global economic slowdown, we must have a reserve margin,” he said at Parliament’s lobby.
Najib added the money would also come in the form of external loans.
Increases in food and fuel prices also prompted the government to expand the social safety net, with an allocation to alleviate the burden of the low-income group.
“There is a need for additional funds for public facilities, especially in Sabah and Sarawak.”
He said the Mid-Term Review highlighted the government’s commitment to eradicating hardcore poverty.
By : V. Vasudevan, Eileen Ng, Joseph Sipalan, Irdiani Mohd Salleh, Ili Liyana Mokhtar, Annie Freeda Cruz, Audrey Dermawan, Sharanjit Singh and Marina Emmanuel
Source www.nst.com.my
Ezam accepted back in Umno
June 27, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
KUALA LUMPUR: The verdict is in: former Parti Keadilan Rakyat Youth chief Mohamad Ezam Mohd Nor is back in Umno.
His application, as well as those of two former senior PKR leaders were accepted at the Umno supreme council meeting at the party’s headquarters here last night.
The other two are former PKR Sabah liaison chief Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak and former Permatang Pauh division head Anuar Shaari, who was also the private secretary to de facto PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
However, all three cannot contest in the coming party elections in December.
Reporters received the news from Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor as he was leaving the room after the four-hour meeting.
Asked why Ezam’s application was processed so quickly despite his earlier criticisms of corruption, cronyism and nepotism in Umno, Tengku Adnan said it was because they received Ezam’s application early.
“There is no double standard in processing any application. He (Ezam) had submitted his application to the division first,” he said.
Ezam submitted his application to rejoin Umno on May 28 to party president and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Before leaving Umno in 1999, Ezam was the Petaling Jaya Selatan division chief and Selangor Umno Youth secretary.
Umno vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin said that since the council had lifted the suspension of former vice-president Tan Sri Isa Samad, he would be allowed to contest in party elections.
“The suspension has been lifted. If he (Isa) pays up his membership fee by Dec 31, he is eligible to be a member at branch level. Therefore, he has the right to contest.
“Based on the party constitution, he has to pay the fee,” said Muhyiddin, who is also Umno constitutional committee president.
He, however, said there was no specific discussion on whether Isa was eligible to contest or the status of his post prior to his suspension.
Isa had said he was deciding for which post to run.
By : Azura Abas and Nisha Sabanayagam
PM perjelas kenaikan minyak
KUALA LUMPUR 26 Jun - Kenaikan harga minyak merupakan satu fenomena global dan antara sebab utama kenaikan harga minyak yang melampau pada waktu ini adalah keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, serangan ke atas Iraq oleh Amerika Syarikat pada tahun 2003 telah melumpuhkan sebuah daripada negara pengeluar minyak utama dunia dan menimbulkan keadaan kacau-bilau di rantau Asia Barat yang masih belum reda.
Menurutnya, serangan ke atas Afghanistan sebelum itu turut membawa impak negatif kepada kestabilan harga minyak di pasaran dunia dan paling mutakhir, ancaman Israel menyerang Iran turut menyumbang kepada ketegangan geopolitik yang membawa kepada kenaikan harga minyak.
Selain itu, kata beliau, permintaan tinggi oleh negara tertentu seperti China dan India, di samping keengganan negara-negara Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) untuk menaikkan tahap pengeluaran minyak secara ketara juga merupakan antara penyebab utama kepada kenaikan harga minyak.
“Keadaan ini diburukkan lagi oleh kegiatan spekulator pasaran minyak di pusat kewangan antarabangsa seperti New York dan London, yang turut menyuntik ketidaktentuan dalam suasana harga minyak yang semakin meruncing,” katanya semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Abdullah berkata, di samping kenaikan harga minyak yang melampau, ekonomi negara turut dihimpit oleh keadaan pasaran kewangan sedunia yang masih belum pulih daripada krisis subprima.
Malah, katanya, ramai pakar ekonomi menjangkakan krisis itu mampu membawa kepada kemelesetan ekonomi sedunia, yang pastinya akan turut mengheret ekonomi Malaysia ke dalam suasana gawat.
Najib: Saya belum cadang tanding jawatan Presiden
June 27, 2008 by Pendeta · 2 Comments
KUALA LUMPUR 26 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, belum tiba masa untuk beliau mengumumkan mengenai perkara itu.
“Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya, ada masa lagi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.
Mengikut peraturan UMNO, calon jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan bahagian UMNO di seluruh negara.
- Bernama
Tambah RM30 bilion Bagi menampung peningkatan kos pelaksanaan projek RMK-9
June 27, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
KUALA LUMPUR 26 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tambahan peruntukan pembangunan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebanyak RM30 bilion daripada peruntukan asal RM200 bilion.
Berucap membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK-9 pada sidang Dewan Rakyat, beliau berkata, tambahan itu adalah bagi menampung peningkatan kos pelaksanaan projek-projek sedia ada berikutan kenaikan harga bahan binaan.
Menurutnya, peruntukan tambahan itu dapat digunakan untuk melaksanakan keutamaan-keutamaan baru seperti pembangunan wilayah koridor dan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk negara.
“Di samping itu, program penswastaan dan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) akan juga digunakan sebagai pelengkap kepada pelaburan awam bagi menyediakan perkhidmatan awam yang lebih berkualiti.
“Kerajaan akan mempertingkatkan disiplin fiskal dengan melaksanakan perolehan secara tender untuk memastikan value for money, di samping mengurangkan ketirisan dan pembaziran serta menggalakkan amalan terbaik dalam pelaksanaan projek,” katanya.
Perdana Menteri membentangkan RMK-9 pada 31 Mac 2006 yang menjadi wadah rancangan pembangunan lima tahun negara untuk tempoh 2006-2010. Rancangan tersebut menggariskan hala tuju pembangunan negara untuk tempoh lima tahun pertama dalam fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020.
Dalam ucapannya pagi ini, Perdana Menteri turut menekankan bahawa projek pembangunan RMK-9 dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan membangunkan ekonomi negara.
Beliau percaya negara berada pada landasan yang betul ke arah mencapai Wawasan 2020 melalui pelbagai usaha yang dilaksana dan digembleng bersama bagi memastikan kedudukan asas ekonomi negara terus kukuh serta berdaya saing.
Menurut beliau, Kajian Separuh Penggal RMK-9 amat penting bagi menjamin kesinambungan agenda pembangunan negara, apatah lagi dalam suasana ekonomi semasa yang mencabar.
Sekiranya tidak ditangani secara wajar, jelas Perdana Menteri, kenaikan mendadak harga minyak dan komoditi, serta kemelut dalam pasaran kewangan sedunia yang masih berlanjutan mampu menjejaskan usaha negara untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mapan.
“Oleh itu, salah satu objektif utama bagi fasa kedua dalam pelaksanaan RMK-9 adalah untuk memastikan agar mutu hidup rakyat tetap terpelihara. Program-program peningkatan pendapatan serta jaringan keselamatan sosial akan terus dilaksana dan diperkasa.
“Pada masa sama, kajian separuh penggal ini juga tidak melupakan keperluan untuk terus meningkatkan kapasiti dan daya saing negara.
“Pembinaan infrastruktur, pembangunan modal insan dan perkembangan sektor-sektor pertumbuhan baru akan terus dipacu, dengan mengambil kira keperluan jangka panjang pembangunan negara,” katanya.
Abdullah turut menekankan bahawa kualiti dan akses kepada sistem pendidikan negara akan terus ditingkatkan melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).
Selain itu, katanya, kadar kemiskinan keseluruhan dikurangkan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007, manakala kemiskinan tegar pula menyusut daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus pada tahun 2007, selain mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik, antara wilayah, dan antara bandar dan luar bandar.
“Dalam tempoh itu juga, hampir 68,000 orang usahawan baru dilatih,” tambahnya.
Abdullah berkata, kerajaan juga telah memastikan akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan, kemudahan perumahan, memperluas jaringan jalan raya ke kawasan luar bandar, menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik dan meningkatkan keselamatan jalan raya.
Katanya, keberkesanan sistem penyampaian sektor awam telah dapat ditingkatkan termasuklah menggantikan Sijil Layak Menduduki (CF) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan tempatan dengan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC), serta mengurangkan kos menjalankan perniagaan melalui Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah).
“Jelaslah bahawa pencapaian dalam tempoh masa pelaksanaan RMK-9 setakat ini bukan hanya terbatas kepada perancangan mahupun retorik semata-mata, tetapi terjelma dalam pencapaian yang hakiki,” tambahnya.
Kajian Separuh Penggal RMK-9 akan dibahas selama lapan hari oleh Ahli-ahli Parlimen pada sesi persidangan Dewan Rakyat bermula Isnin depan.
Oleh ZULKEFLI HAMZAH
SUmber dari www.utusan.com.my
Kecelaruan pemikiran pembangkang perlu diperbetul
June 26, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
saya amat setuju ulasan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan beberapa penganalisis di Utusan Malaysia 25 Jun, bahawa cadangan pembangkang supaya kerajaan membuka tender cari gali minyak di negara ini kepada syarikat asing sebagai langkah ke belakang yang tidak menghargai kepakaran anak bangsa dan kebolehan syarikat nasional negara ini.
Walau pun royalti yang diterima mungkin lebih besar tetapi apa maknanya jika kepakaran tempatan dipinggirkan.
Apakah pembangkang mahu syarikat-syarikat asing meraih keuntungan besar dari negara ini dan membawa pulang untuk memajukan negara mereka.
Sudah beratus-ratus tahun negara kita dijajah. Sepanjang penjajahan itu pelbagai hasil bumi negara kita telah dibawa pulang. Bermula dengan rempah dan lada hitam, kemudian bijih timah.
Malah bukan hasil bumi sahaja dibawa pulang, ratusan manuskrip Melayu yang tersohor menggambarkan tamadun bangsa Melayu telah mereka himpunkan di perpustakaan besar mereka.
Yang mereka tinggalkan hanya sisa-sisa sejarah yang terpaksa kita kumpulkan bagi mengukuhkan bukti bahawa kita adalah bangsa yang bertamadun dan memiliki sejarah yang besar.
Ini berlaku mungkin ketika itu sebahagian besar datuk dan nenek kita kurang peka terhadap khazanah bangsa atau kurang mengerti nilai-nilai ekonomi sesuatu hasil bumi.
Tetapi di zaman generasi yang bijak pandai dan berilmu ini, masih ada pemikiran-pemikiran jumud pembangkang yang tidak memperakui kepakaran anak bangsa. Hasil bumi yang tidak seberapa lagi ini hendak diberi kepada syarikat asing menguruskannya.
Mujurlah pembangkang tidak memerintah negara ini.
Minyak adalah sumber strategik dan siapa yang menguasai minyak, dia menguasai dunia. Itulah yang sering diperkatakan oleh tokoh politik dan ekonomi antara bangsa.
Kenyataan ini perlu dimengerti. Janganlah kita begitu mudah mengundang orang asing hanya kerana royalti yang diterima lebih tinggi berbanding syarikat nasional kita. Kita kena ingat ketika kerajaan mengajak pelabur-pelabur asing melabur di Iskandar Malaysia, parti-parti pembangkang mempersoalkannya kerana dibimbangi negara asing akan menguasai wilayah-wilayah pembangunan tersebut.
Tetapi kini pembangkang mengusulkan kerajaan membuka kerja cari minyak kepada syarikat asing. Kecelaruan pemikiran pembangkang perlu diperbetulkan. Cadangan-cadangan ‘kartun’ ini memang tidak masuk akal.
Bertahun-tahun kita telah melatih kepakaran anak-anak bangsa. Kita membina universiti dan melahirkan jurusan yang berkaitan cari gali minyak. Ribuan anak-anak muda mendapat kepakaran dan kelayakan bekerja sebagai jurutera dan bidang-bidang yang berkaitan. Mereka bekerja di dalam dan di luar negara. Seluruh pelosok dunia mereka rentasi. Kepakaran mereka dikagumi. Tiba-tiba pembangkang mengusulkan supaya membuka persaingan cari gali minyak di negara sendiri dengan syarikat asing. Pemikiran apakah ini?
Di dalam Dewan Rakyat yang mulia, berilah cadangan yang munasabah agar kejayaan yang sudah dibina jangan sekali-kali diruntuhkan.
Kenangkanlah anak-anak bangsa yang berkorban nyawa, pemikiran dan keringat memajukan syarikat nasional negara. Mereka telah mengangkat nama negara di persada dunia. Janganlah kita kembali ke zaman penjajah di mana kita tiada keyakinan diri dan mengharap orang asing untuk terus hidup.
DR. GUNAWAN MAHMOOD
Kuala Lumpur
Kerja tak masuk akal…berniat jahat
June 26, 2008 by Pendeta · 2 Comments
“Susah nak komen orang macam ini sebab kita ambil tindakan pun dia akan terus dengan kerja-kerja yang tak masuk akal ini. Dia ni macam lose cannon Dia nothing to lose cakap pakai hentam sahaja.
“Bagi saya memang benda ini memang berniat jahat,” demikian kata Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin ketika mengesahkan bahawa beliau telah memberikan keterangan kepada polis berhubung dengan akuan bersumpah pengendali laman web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin.
Dalam akuan bersumpah itu, Khairy didakwa menyimpan laporan risikan tentera berhubunng kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu.
“Saya telah beri keterangan satu jam semalam dan intipati keterangan saya adalah bahawa saya tidak pernah menerima apa-apa laporan risikan tentera atau pun apa-apa laporan yang lain daripada Perdana Menteri ataupun mana-mana pihak-pihak yang lain mengenai kes pembunuhan Altantuya.
“Bila isu dibangkitkan berkepentingan awam kita kena keluar kenyataan sama ada benar atau tidak tapi dalam kes ini memang berat apa yang dituduh saya melindung satu bukti dalam kes jenayah,” katanya kepada Agendadaily ketika ditemui di bangunan Parlimen hari Rabu.
Dalam akuan bersumpah tersebut, Raja Petra mendakwa sumber memberitahunya bahawa Perdana Menteri telah dimaklumkan melalui laporan risikan tentera bahawa isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya.
Ditanya kenapa beliau agak lambat untuk memberikan penjelasan berhubung isu tersebut, Khairy berkata, beliau perlu menunggu dahulu tindakan polis kerana Peguam Negara telah membuat laporan polis berhubung dengan kes berkenaan dan tahu akan dipanggil untuk memberikan keterangan.
Menjawab persoalan berhubung dengan isu Raja Petra yang bukan pertama kali membuat tuduhan sebegini, beliau menjelaskan, dalam kes ini mungkin akan ada tindakan yang Raja Petra tidak boleh lari keranaia membabitkan kes jenayah.
“Kalau kes ini kes sivil dia boleh isytihar bankrupt dan tak perlu bayar. Tapi ini kes jenayah. Kalau siasatan dapati dia beri bukti palsu dia tidak boleh lari
dari tindakan,” ujarnya.
Kepada soalan adakah pihak berkuasa takut untuk mengambil tindakan kepad Raja Petra berdasarkan suasana politik masa kini, Khairy berkata, ia bukan soal takut atau tidak sebaliknya adakah ia perlu dilayan.
Namun kali ini katanya, ia serius kerana ia melibatkan kes di mahkamah.
“Saya yakin kali ini aka nada tindakan,” tambah beliau. – 25/6/2008
SUmber www.agendadaily.com
Najib - dakwaan Raja Petra bermotif politik
June 26, 2008 by Pendeta · 19 Comments
Sedang kerajaan bergelut dengan krisis ekonomi, masih ada orang-orang yang sibuk dengan kemelut politik yang tidak habis-habis memburu kuasa dan publisiti. Read more
PAS benci UMNO kasihkan DAP
June 26, 2008 by Pendeta · 4 Comments
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Pas tidak akan sama sekali mengadakan perundingan dengan UMNO atas apa juga alasan bagi mengelak tercetusnya perpecahan dalam parti itu. Read more
Azizan: What Pakatan policies?
June 26, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
ALOR STAR: Kedah Pas is running the state government along instructions from the party leadership, Menteri Besar Azizan Abdul Razak said.
He said the state government had never agreed to carry out policies that were practised in other states under the Pakatan Rakyat rule.
“I am aware that there was supposed to be conformity among the opposition-run states as the matter was brought up by leaders of the opposition parties after the March 8 general election.
“However, there was no entity or secretariat formed to coordinate the matter and I’ve never been informed of one.
“So, for the past three months, we have been running the state based on the advice and instructions of our party leaders in Kuala Lumpur,” he said when asked if the state government was run based on a development blueprint meted out to all opposition-run states as agreed by the loose Pakatan Rakyat opposition coalition comprising Pas, the DAP and Parti Keadilan Rakyat.
Azizan said there was also no meeting on the proposed secretariat between him and his counterparts from Penang, Perak, Selangor and Kelantan.
“I don’t think there is a secretariat. Maybe, the matter was just a wish announced by certain quarters. We never knew how things would be, but once we took charge, we realised what really needed to be done,” he said.
On April 1, PKR president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, DAP adviser Lim Kit Siang and Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang met at the office of PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to discuss forming Pakatan Rakyat.
They also reached an understanding that all state governments under their control would conduct policies in accordance with those of Pakatan Rakyat.
A joint secretariat was also formed to develop and strengthen the structure and framework of Pakatan Rakyat.
Source www.nst.com.my



















