Top

Menunggu realiti air percuma

June 1, 2008 by admin 

SEMUA pengguna di Selangor menantikan tanggal 1 Jun ini bagi menikmati 20 meter padu air percuma yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Sudah pasti semua ini dilakukan demi kebaikan serta kebajikan penduduk di Selangor Darul Ehsan. Akan tetapi terfikirkah kita semua mampukah perkara ini menjadi realiti atau sekadar janji-janji manis bagi menyedapkan hati kita semua.

Dalam titah ucapan Sultan Selangor, semasa merasmikan pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini, baginda telah menasihati agar kerajaan negeri berhati-hati dan berjimat cermat berbelanja untuk mentadbir serta mengurus negeri.

Ini seolah-olah satu isyarat tentang kedudukan kewangan negeri, sama ada bersedia dengan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu atau sememangnya kekurangan sumber pendapatan bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran.

Jika andaian di atas diambil kira, apakah kita akan menikmati keistimewaan mendapat air percuma mulai 1 Jun yang sepatutnya kita nikmati 1 April lalu?

Selain itu, jika kita teliti setiap berita yang berkaitan dengan pelaksanaan pemberian air secara percuma ini, ia seakan-akan tidak akan menjadi kenyataan. Ini kerana ia melibatkan beberapa pihak antaranya operator loji pembersihan air, operator perkhidmatan perbekalan air, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Dari segi kos pula, siapa yang akan menanggung beban atau menaja 20 meter padu percuma kepada rakyat Selangor? Sekiranya kerajaan negeri memberikan subsidi sudah pasti ia melibatkan wang jutaan ringgit dalam masa sebulan dan puluhan juta atau ratusan juta dalam jangka masa yang panjang.

Kita semua sedia maklum bahawa usaha merawat air bukanlah satu perkara yang mudah. Sumber air mentah yang boleh dirawat untuk kegunaan harian semakin berkurangan dan dijangka menjelang 2010 Lembah Kelang akan mengalami krisis kekurangan bekalan air. Apakah tindakan ini suatu yang rasional?

Dari aspek pelaksanaan pula, apakah mekanisme yang digunakan bagi membolehkan ia dilaksanakan secara adil dan saksama. Apakah pengguna yang masih menggunakan meter pukal juga turut menikmatinya? Apakah cukup dengan hanya 20 meter padu bagi mereka? Bagaimana pula bagi mereka yang tinggal di banglo atau rumah mewah yang menggunakan meter individu juga layak sedangkan mereka ini lebih dari mampu untuk membayar bagi 20 meter padu tersebut.

Oleh yang demikian, satu perbincangan meja bulat dengan semua pihak yang terlibat perlu segera dilakukan bagi menyelesaikan semua permasalahan ini. Di samping sesi taklimat kepada pengguna bagi menerangkan isu serta permasalahan yang berbangkit.

Seperkara lagi, cadangan kerajaan negeri bagi mengambil alih semula perkhidmatan perbekalan air juga harus diteliti dengan mendalam. Sejarah telah membuktikan sebelum ini pengurusan air yang dikendalikan sendiri oleh kerajaan negeri hanya merugikan semua pihak. Perbelanjaan yang besar, perkhidmatan yang tidak efisien serta kualiti air yang tidak memuaskan sentiasa menghantui pengguna.

Pengambil alihan ini juga sudah pasti melibatkan penggunaan sejumlah wang rakyat yang besar dan hasilnya belum pasti menguntungkan kerajaan negeri.

Persatuan Pengguna-penguna Prihatin Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya memohon jasa baik kerajaan negeri mengkaji dengan lebih teliti agar cadangan pemberian air percuma serta pengambilalihan pengurusan serta perkhidmatan perbekalan air tidak merugikan pengguna.

MOHAMAD ASRI SHAFII

Setiausaha Persatuan Pengguna-Pengguna Prihatin Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

22 Responses to “Menunggu realiti air percuma”

  1. Bron on June 3rd, 2008 7:19 pm

    APA KEBAIKANNYA KALAU CURAH GARAM KE LAUT?

    Memang tidak ada logiknya kalau semua orang (tanpa dihadkan kepada golongan tertentu) diberikan air percuma. Kalaulah ia sekadar air hujan yang turun daripada langit bolehlah diberikan saja kepada semua orang. Air paip lain. Ia perlu diproses atau dibeli daripada operator iaitu ia menggunakan wang kerajaan negeri.

    Persoalannya patutkah wang kerajaan negeri diberikan sabagai subsidi kepada semua golongan rakyat tanpa mengambil kira sama ada mereka terdiri daripada golongan yang memerlukannya atau tidak.

    Tidakkah cara pemberian subsidi air tanpa mengira pendapatan isi rumah merupakan pembaziran duit kerajaan negeri? Mungkin ada yang bertanya apa kewajarannya pendapat ini. Jawapannya adalah mudah. Ibarat memberi wang ehsan RM 20 daripada poket kerajaan negeri kepada setiap buah rumah. Apakah nilai wang tersebut kepada rumah-rumah ala astana dan orang asing yang menyewa rumah.

    Pembaziran atau tidak? Mengikut ajaran agama atau tersasar? Jawablah dengan ikhlas dan jujur.

  2. muslim on June 6th, 2008 6:56 pm

    Sebelum 1990 - RM 0.89

    Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
    01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
    20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
    01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02) biru - semasa Dr. Mahadhir
    31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
    01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
    01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
    01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

    05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
    31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10) merah - semasa Abdullah
    28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
    04/06/2008- RM 2.70(kenaikan RM 0.78) kenaikan terkini

    Diposting oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 07:22:00

    bandingkan harga dinegara lain.. pengeluar minyak jugak…

    UAE– RM1.19/liter
    Eygpt– RM1.03/liter
    Bahrain– RM0.87/liter
    Qatar– RM0.68/liter
    Kuwait– RM0.67/liter
    Saudi Arabia– RM0.38/liter
    Iran– RM0.35/liter
    Nigeria– RM0.32/liter
    Turkmenistan– RM0.25/liter
    Venezuela– RM0.16/liter

  3. Pak Lah on June 10th, 2008 9:13 pm

    Sebenarnya saya setuju kalau air percuma. sebab pada 2010 sebenarnya air bertambah sebab tu banyak banjir..

  4. Azmi on June 12th, 2008 4:25 pm

    sekarang air percuma sudah jadi realiti…..tahniah rakyat selangor bukan sahaja yang mengundi PR malahan mengundi BN kerana tak kira anda penyokong mana2 parti sekalipun anda tetap akan mendapat bekalan air percuma termasuk rumah khir toyo sendiri………..jangan bimbang,tak perlu tunjukkan kad keahlian ahli keadilan,pas atau dap untuk mendapatkan bekalan air percuma….tahniah saya ucapkan

  5. PKR De Factoed on June 13th, 2008 1:16 am

    Kesian depa yang kat kedah, perak dan kelantan no.

  6. simpleton20 on June 13th, 2008 10:35 am

    Tahniah Kerajaan Selangor… Air dah percuma…agak2 nya kalau dah memerintah Malaysia….Minyak pun bagi percuma… 20 liter sebulan pertama percuma….. didoakan Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia selepas ini….

  7. Paktam on June 13th, 2008 3:41 pm

    HAAA mana yang tak puas hati dengan ayaq percuma dan tak minat nak teguk ayaq free ni rasa nya elok la bagi balik duit kat kerajaan negeri selangor..
    maklum la kan… duit ma…nanti kerajaan selangor bangkrup susah jugak..

    eleeh ..kita tunggu tengok ada dak ahli ameno dan BN nak tolak dak ayaq free ni..

    mammpuiiih tak berbunyi dah lepas ni..

  8. Paktam on June 13th, 2008 3:43 pm

    YANG PALING LAWAK GILA..KHIR TOYO KATA AYAQ FREE HASIL DESAKKAN PEMBANGKANG ( BN LA NO )..

    ALA NGAKU JA LA KHIR TOYO …AYAQ FREE NI MANIFESTO BR ..BUKAN BN..
    LAMA NI JADI MB PUN TAK LEH PIKIAQ KA…

  9. PKR De Factoed on June 13th, 2008 4:37 pm

    PADA GOLONGAN TERTENTU AIR PERCUMA IBARAT PEMBAZIRAN

    Kalau beri air percuma kepada mereka yang mendiami kawasan setinggan, rumah flat dan rumah kos rendah adalah juga faedahnya. Kalau air percuma diberikan kepada mereka yang tinggal dalam rumah besar, apartment mewah, bangalo dan rumah yang didiami oleh orang asing apa faedahnya? Bukankah itu dikatakan tidak pandai menggunakan kuasa yang ada di tangan.

    Hentikanlah pemberian air percuma kepada golongan yang tidak layak. Usahakanlah. Elakkanlah pembaziran. Tahukan hukumnya kalau membazir?

    Bayangkanlah jumlah wang yang dapat dijimatkan kalau air percuma hanya diberikan kepada yang layak. Sudah tentu wang tersebut dapat diagihkan untuk memberi wang ehsan RM1000 untuk setiap pelajar yang memasuki IPT.

  10. Paktam on June 13th, 2008 6:05 pm

    Yang ni pak tam setuju..ingat na ..yang kaya kaya , dok rumah mewah2 pak tam rasa rate depa pun lain..tapi kalau ingat nak huloq bantu sedara sedara kita yang susah2 sangat2 di alukan..
    Pak tam tau ada orang kaya2 yang amat pemurah..pak tam penah jumpa.. sayu tengok gaya hidup orang ni..memang hebat..

  11. Azmi on June 14th, 2008 1:00 am

    orang kaya yang kamu maksudkan itu termasuklah bekas menteri besar khir toyo bukan….bermakna khir toyo tak perlulah dapat air percuma kan?

    biasalah…subsidi minyak sekalipun kepada semua sekarang ini…tak kira miskin,kaya,semua sama sahaja subsidi minyak kan?betul tak?

    so samalah dengan yang ini….

    oh elakkan pembaziran….tu yang kerajaan BN yang ternyata membazir duit rakyat dengan projek2 yang tidak memberi faedah kepada rakyat itu,tidak membazir….begitu?

  12. Bron on June 14th, 2008 1:36 am

    “orang kaya yang kamu maksudkan itu termasuklah bekas menteri besar khir toyo bukan….bermakna khir toyo tak perlulah dapat air percuma kan?”

    Apa kau ingat dia hairan dengan ‘air hujan’ yang bernialai RM 12. Dia mampu gunakan air mineral kalau awak berani potong bekalan untuk rumah beliau. Cubalah.

    “biasalah…subsidi minyak sekalipun kepada semua sekarang ini…tak kira miskin,kaya,semua sama sahaja subsidi minyak kan?betul tak?”

    Itulah tandanya kau tidak memandu kereta Merc, Potiac, BMW dan Jaguar. kalau kau pandu sudah tentu kau tahu bahawa semua kereta tersebut tidak dapat rebat petrol dan diesel.

    so samalah dengan yang ini….

    “oh elakkan pembaziran….tu yang kerajaan BN yang ternyata membazir duit rakyat dengan projek2 yang tidak memberi faedah kepada rakyat itu,tidak membazir….begitu?”

    Apabila ada pandangan yang mengatakan sesuatu perkara itu bersifat negatif, ulaslah sama ada betul atau tidak; bernas atau tidak. Janganlah mencedok perkara lain yang juga nampak negatif sebagai perbandingan dan sebagai mewajarkan perkara tidak baik yang awak sendiri lakukan. PAS ke atau PKR yang ajar macam itu?

  13. Paktam on June 14th, 2008 4:53 pm

    Alaaa bron kamu pulak yang lebih2 dari khir toyo..kami tau khir toyo kaya tapi jangan la over sangat sampai kata dia boleh guna ayaq mineral kalau ayaq kena potong..tak logik la…orang perlis sempadan siam makan ayaq mineral siam hari2 tak kecoh pun… ingat ayaq mineral tu besaq sangat ke…kalau khir nak pakai ayaq zam zam baru pak tam respek…he he..

    ewah bron hapai jenama keta import luaq negeri no.. hebat2.. ala pakai keta mahai 2 tapi nak guna sebulan sekali baik tak payah bekreta..awat bron bangga sangat ka.. mcm penah bawa keta jenama cam tu…ala tak heran pun..jgn2 jadi macai je tukang lap keta2 menteri dan ketua2 umno je…

    pasai membazir ni tok sah kira la..mcm2..jambatan bengkok tak jadi tapi pampasan kena bayaq juta2..duit pak lah ka tu…habaq mai ..yang ni tak membazir no..

  14. Bron on June 16th, 2008 1:49 am

    PAK TAM: “pasai membazir ni tok sah kira la..mcm2..jambatan bengkok tak jadi tapi pampasan kena bayaq juta2..duit pak lah ka tu…habaq mai ..yang ni tak membazir no.”

    BRON: SIKIT ATAU BANYAK IA TETAP PEMBAZIRAN. BAYANGKAN KALAU MANUSIA MAKAN LEBIH SEULAS NASI SEHARI SEKALI PUN IA TETAP DIIKTIRAF SEBAGAI MEMBAZIR. PAMPASAN KENA BAYAR ATAU TIDAK ITU URUSAN PERNIAGAAN. SESIAPA PUN YANG BERNIAGA AKAN MENUNTUT PAMPASAN DALAM KES YANG PAKJ TAM ULASKAN ITU. JANGANLAH HIPOKRIT.

  15. Paktam on June 16th, 2008 7:29 am

    tak logik la…pernigaan dan pampasanapa kaitan nya…punca ialah batal jmabtan bengkok..dulu masa pak lah bawah DR M angguk bukan main..semua jambatan ok bengkok di sebut lurus…bila dr m turun bukan main lagi …tu la pak lah ada penasihat di sekeliling semua nak merosak negara…

    Bron..manusia makan ada limit berapa ulas nasi sehari ?..takut juga pak tam nanti ter membazir pulak. tolong bagi tau pak tam na…mana tau kot bron ada amalan makan sehari tujuh biji nasi je kan kan kan …

    Apa la bron..nak banding bazir SEULAS NASI dengan pampasan …pirah..tanya najib ..sukhoi india beli berapa det…mesia beli berapa det..bandingkan ?

    Pak tam tak hipokrit..tak ada apa yang nak di sorok dan nak di lakonkan kan dalam hidup…cakap biar serupa bikin bron…

    kesiaaaan..

  16. Bron on June 16th, 2008 10:55 am

    Katakanlah pak Tam dapat kontrak BR untuk bina kandang BABI kat Sepang dan telah dimetrai secara formal. Tup-tup BR kalah (ada katak lompat) dan mereka yang telah mengalahkan BR mahu membatalkan kontrak yang Pak Tam dapatkan secara sah (bangunkan kandang BABI). Maka dalam situasi ini Pak Tam layak dapatkan pampasan kerana itu hak Pak Tam walau pun setakat projek kandang BABI. Harap Pak Tam lebih faham sekarang.

  17. Bron on June 21st, 2008 11:53 pm

    “bandingkan harga dinegara lain.. pengeluar minyak jugak…”

    UAE– RM1.19/liter — berdasarkan simpanan dan kadar pengeluaran pada kadar RM0.50/liter pun tak mengapa..
    Eygpt– RM1.03/liter — pelancong terlalu ramai mengatasi jumlah penduduk. unta sebahagian sistem pengangkutan yakni tak pakai petrol.
    Bahrain– RM0.87/liter — kereta tak banyak, unta masih ada
    Qatar– RM0.68/liter — penduduk tak ramai, kereta tak banyak.
    Kuwait– RM0.67/liter — penduduk tak ramai, air lebih mahal dari petrol, bahkan kalau ada sistem yang sesuai, rakyat sendiri boleh dapatkannya pada kadar FOC
    Saudi Arabia– RM0.38/liter — kapasiti yang ada dapat tampung satu dunia wow.
    Iran– RM0.35/liter — kenangkan kembali shah Iran, dapatlah di bayangkan betapa banyaknya simpanan minyak yang ada di situ.
    Nigeria– RM0.32/liter — Nigerian scam, black money adalah manifestasi taraf ekonomi.
    Turkmenistan– RM0.25/liter — lebih banyak unta daripada kereta?
    Venezuela– RM0.16/liter — wow jangan main lo, ibarat Saudi arabia di Amerika Selatan.

  18. Paktam on June 22nd, 2008 6:40 pm

    ELOK BRON NAIK UNTA JE ..MANA TAU PAK LAH BOLEH BAGI SIJIL GILA KAT BRON…ATAU CADANG KAN KAT PAK LAH DAN AHLI UMNO NAIK UNTA PI KERJA …BARU NAMPAK PERUBAHAN….UBAH GAYA HIDUP SARANAN BERBISA DARI PAKLAH..

  19. Paktam on June 22nd, 2008 6:43 pm

    BRON ULAS LA PASAI JAMBATAN BENGKOK YANG PAK LAH BATAL KAN TU . CUBA TANYA PAK LAH MASA DR M MASIH PM KENAPA DI SOKONG TERPACAK BINA JAMBATAN TU ?…BARU BEST SIKIT..PEROJEK BABI PAKTAM TAK MINAT SANGAT PASAI KHIR TOYO DAH BOOKING AWAI AWAI..

  20. Paktam on June 22nd, 2008 6:46 pm

    UNTUK MAKLUMAN BRON DAN KUNCU UMNO BN …

    PIHAK SYABASS BESETUJU UNTUK MULA BERI REBAT PERCUMA MULAI BIL AWAL JUN 2008…

    KENAPA ? TAK PERCAYA KA ?

  21. Bron on July 1st, 2008 7:20 pm

    BAYARAN REBAT PETROL BUKAN SAJA LEBIH BANYAK JUMLAHNYA (RM 625) MALAH LEBIH CEPAT DAN CEKAP PELAKSANAANNYA BERBANDING REBAT AIR HUJAN BERTAPIS DI SELANGOR — ITU PUN RM 12 RINGGIT AJA.

    KALAU TAK SILAP DUIT KUTIPAN DERMA 100 TAHUN PEMERINTAHAN BR YANG DIHANTAR MENGGUNAKAN COP RESMI MB SELANGOR DAH CUKUP UNTUK TAMPUNG SUBSIDI AIR!!!

    BOLEH PERCAYAKAH DALAM ZAMAN MODEN INI ADA ORANG BOLEH TERSILAP MASUK DUIT KERAJAAN KE DALAM AKAUN SENDIRI? KALAULAH BUKAN BR YANG MEMBUATNYA SUDAH TENTU PAS DAH JATUHKAN HUKUM.

  22. Paktam on July 3rd, 2008 6:39 am

    REBAT PETROL UNTUK 2 LITER SEHARI….APA JADAH NYA BRON..SEBULAN 66 LITER..SETAHUN BARU RM 625…CUBA KAMU KIRA BERAPA KAMU KENA TANGGUNG ..MCAM LA PAK LAH BAGI FREE…PIRAAAH..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom