Top

Mana Lebih Menyesatkan? Islam Hadhari Atau Amanat Hj Hadi

June 4, 2008 by admin 

Sdr Editor!

Setelah menyokong penuh pembinaan projek mega kandang babi di Selangor, wakil rakyat Pas menerusi exconya, Datuk Dr Hassan Ali dengan tegas mengharamkan sebarang program Islam Hadhari di negeri itu.

Betapa haramnya Islam Hadhari bagi Pas sehingga khutbah yang menyentuh atau ada hubungkait dengan Islam Hadhari sekalipun dilarang sama sekali.

Jijik sangatkah Islam Hadhari ini? Bahaya sangatkah Islam Hadhari ini? Sesat sangatkah Islam Hadhari ini? Penuh maksiatkah Islam Hadhari ini?

Bukankah Islam Hadhari ini salah satu pendekatan untuk memurnikan Islam dan telah diakui serta diterima pakai oleh negara-negara Islam lain.

Apakah pemimpin Pas khususnya Dr Hassan Ali benar-benar tidak faham atau- pun sengaja buat-buat tidak faham dengan konsep Islam Hadhari ini yang jelas pelaksanaannya langsung tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Mana lebih bahaya, haram dan menyesatkan jika dibandingkan dengan ajaran sesat, pusat hiburan haram, kilang arak atau penternakan babi secara besar-besaran.

Bukankah pemimpin Pas sebelum ini begitu lantang dalam ceramah-ceramah mereka mengutuk kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan tidak serius untuk membanteras pusat hiburan, kilang arak dan ajaran sesat.

Mengapa setelah rakyat memberi kepercayaan kepada mereka, pemimpin Pas ini tidak melakukan apa yang telah mereka laungkan selama ini. Jelas apa yang haram dan jijik sebelum mereka berkuasa menjadi halal lagi suci selepas mereka mendapat jawatan.

Rakyat juga sudah pasti mahu tahu berapa banyak umat Islam yang murtad, terpesong akidah dan berpecah belah selama empat tahun pelaksanaan Islam Hadhari ini.

Mana lebih menyesatkan Islam Hadhari atau Amanat Hj Hadi pada tahun 1981?

R.Sazali Tahir

Sumber: Pemuda UMNO Online

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

26 Responses to “Mana Lebih Menyesatkan? Islam Hadhari Atau Amanat Hj Hadi”

  1. Abdullah Badawi on June 5th, 2008 6:11 pm

    Tak tau lagi ke siapa yg paling menyesatkan. orang yg ajar org dgn amalan Islam hadhari tapi melakukan bertentangan dengan prinsip itu. Pengikut pun jadi tunggang-langgang campur aduk. susah nak nampak kebenaran

  2. Paktam on June 5th, 2008 10:43 pm

    TAHNIAH PAKLAH…
    SEJAK DUA MENJAK NI TIME LIMA WAKTU MESJID DI MALAYSIA PENUH DENGAN JAMAAH ,MENTERI ,EXCO2 , MT ,WANITA , PEMUDA ,PUTERI .PUTRA PENYOKONG KUAT ISLAM HADARI SAMPAI TAK MUAT…LEPAIH NI KENA BINA MESJID BESAQ BESAQ..

    MAJLIS ILMU JANGAN CAKAP LA…TAK CUKUP KITAB USTAZ NAK HURAI KERANA TERLALU RAMAI PENUNTUT MENADAH ILMU…

    DASYAT2….

    TAHNIAH…

  3. bluessmurf on June 6th, 2008 10:47 am

    Fatwa seleweng pecah belah ummah

    Sebagai contoh, antara ucapan yang paling bahaya ialah Amanat Tuan Guru Haji Ab. Hadi yang dipetik daripada ceramah beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Hukum yang boleh difahami daripadanya ialah mati syahid kerana lawan UMNO dan BN.
    Kesan buruk dari amanat itu telah mencatat ‘hari ini dalam sejarah ibadat umat Islam’ kerana menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam dan sembahyang dua Jumaat sekampung. Amalan ini masih berterusan sehingga sekarang di 39 buah kariah di Terengganu.
    Peristiwa orang Pas menunggu orang UMNO selesai sembahyang Jumaat baru mereka menunaikan Jumaat berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di masjid kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu. Saya mempunyai rakaman video peristiwa itu sebagai bukti.
    Peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985 juga ada kaitan dengan amanat tersebut. Dalam video yang saya rakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan rumi.
    Amanat Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Saya sendiri berada di dalam DUN itu ketika Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan iringan tangis kerana sedih dengan fatwa karut itu. Abdul Hadi bangun mencelah, “itu memang benar ucapan saya”.
    Peristiwa Memali adalah suatu tragedi yang sungguh menyayat hati. Wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis daripada menjalankan tugas. Golongan lemah ini kelihatan terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis. Penjenayah yang sebenar berlindung di dalam kawasan rumah pemimpin mereka, Ibrahim Libya.
    Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin Pas akan terus menyelewengkan fakta bahkan mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut di samping terus menegakkan hukum ciptaan mereka.
    Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut, Terengganu pada 29 Disember, 1985 mengulangi ketegasan hukum syahidnya itu (rakaman video ada pada saya).
    Katanya; Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syhuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid.
    Fatwa yang sama juga pernah dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buktinya ada dalam buku Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi karangan Omar Khalid, bekas aktivis Pas.
    Omar pada muka surat 26 dalam buku berkenaan menyebut: Saya telah mendengar sendiri daripada mulut ustaz Nik Abdul Aziz semasa dia mengajar di masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan, jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia maka kita dikira mati syahid.
    Bagaimanapun, nampaknya akhir-akhir ini pimpinan Pas cuba menafikan seboleh-bolehnya tentang tindakan mereka mengkafirkan orang UMNO. Berita Harian 3 Jun 1999 melaporkan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan pelampau-pelampau Pas di mana beliau menganggap merekalah yang mengkafirkan orang UMNO.
    Mingguan Malaysia 6 Jun 1999 pula melaporkan Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor dengan terang-terang menyalahkan UMNO mengenai isu mengkafirkan ahli UMNO ini. Pokoknya apabila sudah terkepung terpaksalah mencari pelindung. Belum lagi sampai ke akhirat sudah pun tidak sanggup bertanggungjawab. Apa pula halnya dengan ahli-ahli Pas yang sekian lama bermusuhan sesama saudara, bercerai-berai suami isteri dan sembahyang berlawanan selama ini? Sudahkah pemimpin Pas isytiharkan kepada ahli Pas bahawa orang UMNO tidak kafir dan parti mereka tidak boleh menjamin syurga dan neraka? Bagaimanakah pula kepada mereka yang telah mati?
    Bagaimanapun, penafian mengkafirkan ahli UMNO ini nampaknya tidak disampaikan kepada ahli-ahli Pas. Dengan itu tidak hairan jika mereka tetap terus berpegang kepada fatwa lama dan menganggap orang UMNO kafir. Buktinya sangat mudah. Jika penafian berkenaan sudah sampai kepada ahli Pas dan mereka menerimanya, sudah tentu pemulauan tidak akan berlaku dan sembahyang Jumaat dua sekampung akan berhenti. Itulah jawapan praktikal saya.
    Abdul Hadi juga cuba membuat penafian mengenai amanatnya dalam akhbar tabloid Eksklusif 21-27 Jun 1999 di mana beliau berkata: Malahan dalam ucapan saya itu tidak pernah saya mengatakan UMNO itu kafir, cuma saya menyatakan batasan antara iman dan kufur.
    Hairannya, jika Abdul Hadi tidak boleh faham apa yang diungkap oleh beliau, bagaimana boleh timbul hukum “mati kita adalah mati syahid” kalau orang yang kita tentang itu tidak kafir?
    Kalau dikatakan hukum itu tidak ditujukan kepada UMNO, ia juga tidak benar kerana beliau begitu jelas berkata: Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO ….
    Dengan itu saya berani menegaskan bahawa Amanat Haji Abdul Hadi mengandungi hukum yang bercanggah dengan Islam iaitu Lawan UMNO mati syahid. Saya yakin itulah juga kefahaman ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia ketika bersidang di Pekan, Pahang pada 19 Februari 1986.- OLEH: SAFEI DAUD
    * Datuk Safei Daut adalah pendakwah bebas.

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2000&dt=0505&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=ot_03.htm&arc=hive

  4. Aku Orang Melayu on June 6th, 2008 6:05 pm

    Pak Lah adalah contoh pemimpin Islam yang paling hebat dalam sejarah Malaysia. Tiada pemimpin lain di dunia buat masa ini yang dapat menandingi kehebatan kepimpinan cucu ulama ini; tidak Nik Aziz, apalagi Hj Hadi. Pak Lah merupakan manusia yang paling hadhari di negara ini.

    Sekian, terima kasih.

    Hidup Pak Lah.

  5. Paktam on June 6th, 2008 7:26 pm

    Memang hebat HADARI ni…pak tam sokong seratus peratus ..
    Sejak islam hadari di fatwa kan oleh Pak lah ..seluroh rak yat mesia hidup sangat aman dan tenteram , tak ada kes bunuh ,rogol ,rompak ,rasuah …budak hilang pun dah tak ada…semua cukup hadari…

    Tahniah Pak lah…

  6. aladdin on June 7th, 2008 12:56 pm

    pada hemat aku, orang yang letakkan HADHARI pada ISLAM adalah SESAT dan MENYESATKAN. Islam sudah cukup sempurna dan lengkap.

  7. Haus on June 8th, 2008 12:22 am

    aku rasa org arab pn pelik mane dtg “hadhari”…sedangkan negara arab merupakan wujubnya islam xder pun menokok tambah islam nape kena negara kita??Adakah malaysia ni lebih HEBATdari negeri arab yg lebih berpengatahuan lebih dalam islamnya?? jadi ko pikirla sendiri…

  8. Imran on June 8th, 2008 9:13 am

    Mestilah hadhari yang lebih pesat. Kandang babi tu dah ujud lama, sehinggakan Malaysia ditimpa bala diserang virus Nipah. Sebitu besar bala tersebut, sehinggakan Timbalan Menteri Malaysia, Paklah, terpaksa memegang sendiri tugasa menangani isu babi tersebut.

    Sekurang-kurang nya kerajaan sekarang lebih perihatin dengan menukarkan konsep peliharaan babi kepada konsep bersih dan maju. Nak tak ndak, babi tu makanan keperluan orang Cina.

  9. Imran on June 8th, 2008 9:17 am

    PINDAAN

    Mestilah hadhari yang lebih sesat.

    Pasal kandang babi, tak usahlah nak putar belit dengan fakta bodoh. Ternakan babi secara besar besaran tu dah lama ujud di zaman BN memerintah Selangor; sehinggkan Malaysia pernah ditimpa bala diserang virus Nipah. Sebegitu besar bala tersebut, sehinggakan terpaksalah Timbalan Menteri Malaysia pada masa itu, yakni Paklah, sendiri turun padang untuk menangani isu babi tersebut.

    Sekurang-kurang nya kerajaan baru Selangor sekarang lebih perihatin dengan menukarkan konsep peliharaan babi kepada konsep yang bersih dan maju. dimana diharapkan pencemaran alam sekitar dapat dkurangkan dan makanan keperluan tersebut dapar terus dibekalkan kepada orang Cina.

  10. Bron on June 10th, 2008 4:43 am

    Ya lah tu, mana yang menguntungkan PAS dan PKR dia kata projek BN ada gunanya (itu pun untuk memanda DAP) — contohnya projek khinzir inilah.

    Kalau projek BN tiada gunanya untuk PKR/PAS pertahankan seperti DEB dan Islam Hadhari (kerana menyakitkan hati DAP) lalu diberikan seribu alasan.

    Itu semua kerana pertimbangan politik… tetapi malangnya ramai rakyat tidak nampak permainan di sebalik tabir PKR/PAS/DAP. Kalau mereka tahu… adakah mereka akan memihak kepada ideologi peranakan PAS/PKR/DAP? Hanya masa yang dapat menentukannya.

  11. bluessmurf on June 11th, 2008 11:17 am

    sepintas lalu……..

    Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, tafsiran sempit terhadap konsep Islam Hadhari merupakan punca utama parti pembangkang menolak pelaksanaannya.

    “Kita tengok Pas hanya mentafsir konsepnya sahaja tanpa cuba memahami isi, pelaksanaan dan sama sekali tidak cuba menghayati apa itu Islam Hadhari. Hasilnya, mereka memberi kesimpulan yang tidak benar,” katanya.

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive

    p/s tafsir konsep jer dah melalut lebih ularmak PAS nih……..mr hadi-roi

  12. bluessmurf on June 11th, 2008 11:25 am

    Fatwa seleweng pecah belah ummah

    Sebagai contoh, antara ucapan yang paling bahaya ialah Amanat Tuan Guru Haji Ab. Hadi yang dipetik daripada ceramah beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Hukum yang boleh difahami daripadanya ialah mati syahid kerana lawan UMNO dan BN.
    Kesan buruk dari amanat itu telah mencatat ‘hari ini dalam sejarah ibadat umat Islam’ kerana menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam dan sembahyang dua Jumaat sekampung. Amalan ini masih berterusan sehingga sekarang di 39 buah kariah di Terengganu.

    Peristiwa orang Pas menunggu orang UMNO selesai sembahyang Jumaat baru mereka menunaikan Jumaat berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di masjid kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu. Saya mempunyai rakaman video peristiwa itu sebagai bukti.

    Peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985 juga ada kaitan dengan amanat tersebut. Dalam video yang saya rakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan rumi.

    Amanat Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Saya sendiri berada di dalam DUN itu ketika Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan iringan tangis kerana sedih dengan fatwa karut itu. Abdul Hadi bangun mencelah, “itu memang benar ucapan saya”.

    Peristiwa Memali adalah suatu tragedi yang sungguh menyayat hati. Wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis daripada menjalankan tugas. Golongan lemah ini kelihatan terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis. Penjenayah yang sebenar berlindung di dalam kawasan rumah pemimpin mereka, Ibrahim Libya.

    Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin Pas akan terus menyelewengkan fakta bahkan mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut di samping terus menegakkan hukum ciptaan mereka.

    Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut, Terengganu pada 29 Disember, 1985 mengulangi ketegasan hukum syahidnya itu (rakaman video ada pada saya).

    Katanya; Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syhuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid.

    Fatwa yang sama juga pernah dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buktinya ada dalam buku Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi karangan Omar Khalid, bekas aktivis Pas.

    Omar pada muka surat 26 dalam buku berkenaan menyebut: Saya telah mendengar sendiri daripada mulut ustaz Nik Abdul Aziz semasa dia mengajar di masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan, jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia maka kita dikira mati syahid.

    Bagaimanapun, nampaknya akhir-akhir ini pimpinan Pas cuba menafikan seboleh-bolehnya tentang tindakan mereka mengkafirkan orang UMNO. Berita Harian 3 Jun 1999 melaporkan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan pelampau-pelampau Pas di mana beliau menganggap merekalah yang mengkafirkan orang UMNO.

    Mingguan Malaysia 6 Jun 1999 pula melaporkan Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor dengan terang-terang menyalahkan UMNO mengenai isu mengkafirkan ahli UMNO ini. Pokoknya apabila sudah terkepung terpaksalah mencari pelindung. Belum lagi sampai ke akhirat sudah pun tidak sanggup bertanggungjawab. Apa pula halnya dengan ahli-ahli Pas yang sekian lama bermusuhan sesama saudara, bercerai-berai suami isteri dan sembahyang berlawanan selama ini? Sudahkah pemimpin Pas isytiharkan kepada ahli Pas bahawa orang UMNO tidak kafir dan parti mereka tidak boleh menjamin syurga dan neraka? Bagaimanakah pula kepada mereka yang telah mati?
    Bagaimanapun, penafian mengkafirkan ahli UMNO ini nampaknya tidak disampaikan kepada ahli-ahli Pas. Dengan itu tidak hairan jika mereka tetap terus berpegang kepada fatwa lama dan menganggap orang UMNO kafir. Buktinya sangat mudah. Jika penafian berkenaan sudah sampai kepada ahli Pas dan mereka menerimanya, sudah tentu pemulauan tidak akan berlaku dan sembahyang Jumaat dua sekampung akan berhenti. Itulah jawapan praktikal saya.

    Abdul Hadi juga cuba membuat penafian mengenai amanatnya dalam akhbar tabloid Eksklusif 21-27 Jun 1999 di mana beliau berkata: Malahan dalam ucapan saya itu tidak pernah saya mengatakan UMNO itu kafir, cuma saya menyatakan batasan antara iman dan kufur.

    Hairannya, jika Abdul Hadi tidak boleh faham apa yang diungkap oleh beliau, bagaimana boleh timbul hukum “mati kita adalah mati syahid” kalau orang yang kita tentang itu tidak kafir?

    Kalau dikatakan hukum itu tidak ditujukan kepada UMNO, ia juga tidak benar kerana beliau begitu jelas berkata: Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO ….

    Dengan itu saya berani menegaskan bahawa Amanat Haji Abdul Hadi mengandungi hukum yang bercanggah dengan Islam iaitu Lawan UMNO mati syahid. Saya yakin itulah juga kefahaman ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia ketika bersidang di Pekan, Pahang pada 19 Februari 1986.- OLEH: SAFEI DAUD
    * Datuk Safei Daut adalah pendakwah bebas.

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2000&dt=0505&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=ot_03.htm&arc=hive

  13. bluessmurf on June 11th, 2008 11:30 am

    Ulama Pas akan terus pertahan Amanat Haji Hadi
    Laporan YUSRI SAHAT, ZAID MOHD. NOOR dan ROSMAWATI MION

    ALOR STAR 6 Jun - Golongan ulama Pas akan terus mempertahankan Amanat Haji Hadi yang salah satu isi kandungannya mengkafirkan UMNO kerana ia dikatakan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

    Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, amanat tersebut bukan mengkafirkan ahli atau pemimpin UMNO, sebaliknya ditujukan kepada dasar yang diamalkan oleh parti memerintah itu.

    “Kita tidak mengkafirkan sesiapa pun dalam Amanat Haji Hadi tetapi dasar UMNO yang terus mempertahankan undang-undang jahiliah itu, kita tidak boleh terima,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan muktamar
    Dewan Ulama Pas di Markas Pas Jerai, di sini hari ini.
    Harun menegaskan, Pas akan menerima Amanat Haji Hadi selagi UMNO mengekalkan dasar dan perlembagaan yang dibentuk oleh Suruhanjaya Reid ketika negara mahu mencapai kemerdekaan sekitar tahun 1950-an.
    Jelasnya, amanat tersebut hanya akan dilupakan oleh Pas sekiranya UMNO mengubah dasarnya dan menerima undang-undang Islam yang berlandaskan al-Quran dan hadis dalam sistem pemerintahan negara ini.

    “Kita akan terus menentang UMNO jika parti itu tidak mengubah dasarnya yang mengguna pakai peraturan dan undang- undang yang didatangkan dari Barat,” tegasnya.

    Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Salehudin Ayub yang mempertikaikan kewibawaan barisan pemimpin baru parti itu yang dikatakan gagal membawa perubahan, tegasnya, tempoh setahun belum dapat menilai prestasi mereka.
    Katanya, barisan pemimpin yang baru dipilih itu perlu diberi masa yang lebih panjang untuk menentukan tahap pencapaian mereka dalam parti.

    “Kita kena beri mereka masa yang lebih panjang dan prestasi mereka mungkin akan dapat dinilai selepas tamatnya muktamar ini nanti,” jelasnya.
    Dalam pada itu, Harun tidak menafikan terdapat golongan ‘ulama jahat’ dalam Pas yang menjadikan parti itu sebagai medan untuk memenuhi kepentingan peribadi masing-masing.

    Golongan itu, jelasnya, hanya menggunakan imej sebagai ulama sedangkan mereka tidak pernah menjalankan tugas sebagai ulama sejati.
    http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

    p/s apabila PAS bergabung dalam Pakatan Rakyat yang jelas komponen itu yang lebih menjurus kepada perjuangan Malaysian Malaysia, negara Republik serta negara sosial, ternyata ucapan yang diluahkan oleh ularmak Harun Taib terkena pada batang hidung sendiri….

  14. Paktam on June 11th, 2008 11:50 pm

    Tahniah khalifah imam hadari dan kabinet nya telah melaksnakan potongan elaun eraian sebanyak 10%…demi untuk menjimat kan duit negara…hebat sungoh…elaun PM 18 k sebulan tak masuk gaji pokok dan komesyen…satu pengorbanan yang amat besar ..makna nya sebulan imam hadari terpaksa korban sebanyak rm1800…dasyat2…

    Mari la kita sama2 berkorban sebanyak 10% gaji bulanan kita ( kerana kita kakitangan cokia mana ada elaun keraian ) DENGAN GAJI BERSIH TOLAK HUTANG KERETA , RUMAH , PTPTN , DLL..BERBAKI SEBANYAK RM200..SAHUT LA CABARAN PENGORBANAN IMAM KITA.. SUMBANG KAN SEBAYAK 10% iaitu RM 20 sebulan tanda sokongan tak berbelah bagi pada IMAM HADARI yang kita kasihi…amin..

    ADA BERANI KA…ala 10% je..

  15. bluessmurf on June 12th, 2008 9:21 am

    Malah kinipun ada juga ustaz dan ulama Pas yang yang terus menerus melakukan jenayah akidah itu secara terang-terang dan secara berselindung. Bukti Pas mengkafirkan UMNO secara langsung ialah:-

    i) Tok Guru Pas terkenal dari Pasir Mas, Allahyarham Haji Omar mengkafirkan ahli UMNO pada tahun 1959. Tok Guru Haji Omar pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana perbuatan beliau itu.

    ii) Tok Wali Pak Cu Hassan dipercayai keramat mengeluarkan fatwa menghukum penyokong BN sebagai kafir pada tahun 1981. Tok Wali Pak Cu Hassan yang juga berasal dari Pasir Mas dalam fatwanya mendakwa orang-orang yang menyokong BN adalah akfir dan murtad dan tidak sah dijadikan imam sembahyang, tidak halal makan sembelihannya, tidak sah perkahwinannya dan tidak harus makan pusaka mereka.

    iii) Dewan Ulama Pas Kelantan telah mengeluarkan fatwa pada Ogos 1963 menghukumkan orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam sebagai kafir. Fatwa berkenaan berbunyi: “Orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram.” (Kertas Putih Kerajaan Malaysia, 8 November 1984)

    iv) Dewan Ulama Pas Kelantan dalam perjumpaan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan pada tahun 1978 selepas Pas keluar daripada Barisan Nasional (BN) menuduh orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Seorang ulama Selising, Tuan Guru Mohd. Abdul Majid yang merupakan ulama Dewan Ulama Pas Kelantan membantah hukum yang bercanggah dengan Islam itu. Beliau seterusnya mengambil tindakan keluar daripada Pas kerana tidak setuju dengan hukum yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas Kelantan itu. (Datuk Safei Daud, Fatwa Karut Mengelirukan, muka surat 3) v)
    Abdul Hadi Awang mengkafirkan orang UMNO semasa berceramah di Banggol Peradong, pada 7 April 1981 di mana beliau mendakwa menentang UMNO dan BN bukan kerana nama UMNO dan BN, tetapi UMNO dan BN mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

    Seterusnya beliau mendakwa berjuang menentang UMNO dan BN adalah jihad dan mati dalam perjuangan itu adalah mati syahid.

    Bukti Pas mengkafirkan UMNO secara tidak langsung ialah:-

    i) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Fadzil Noor, Datuk Haron Din dan lain-lain tokoh Pas terkenal mengecap UMNO dan kerajaan sebagai sekular dan kemudian mereka pula berkata sekular itu kafir.

    ii) Mereka juga kadang-kala membaca ayat-ayat al-Quran tertentu yang membincang tentang orang yang tidak beriman tetapi menipu Allah dengan mendakwa sebagai orang beriman untuk menggambar atau supaya orang awam yang naïf menganggap UMNO dan kerajaan sebagai kafir seperti yang dilakukan oleh Nik Aziz. Nik Aziz semasa memberi ceramah sering menyebut ayat 8-10 daripada surah al-Baqarah.

    Bagaimanapun, Nik Aziz semasa mengajar di masjid Pulau Melaka beberapa tahun lalu pernah berkata, menentang UMNO adalah mati syahid.
    Bekas Exco Pas Terengganu Ustaz Omar Khalid berkata: “Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Abdul Aziz semasa beliau mengajar di masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan: “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita di kira mati syahid. “Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwanya itu hanya orang dalaman semata-mata.” (Omar Khalid, Parti Islam Antara realiti dan Fantasi, muka surat 21). Ini bererti Nik Aziz tidak begitu berbeza dengan Abdul Hadi Awang.

    2. Contoh isu politik ialah berhubung konspirasi dalaman Pas untuk menjatuhkan Nik Aziz sebagai dakwa Mohd Sayuti Omar dalam buku Hikayat Tiga Abdul. Cerita ini turut didengari oleh penulis semasa berada di Kelantan bulan lalu.

    Nik Aziz pernah menasihat rakyat Kelantan termasuk perantau supaya tidak membuang masa menghantar surat layang kepada beliau berhubung dakwaan wujud tiga Abdul dan macam-macam untuk menjatuhkannya kerana tidak cukup bukti, lapor Harakah 14 Jan lalu.

    Bagaimanapun, perubahan yang dilaksanakan oleh Nik Aziz baru-baru ini adalah tepat seperti yang dibincang oleh Mohd Sayuti Omar dalam bukunya walaupun tidak sepenuhnya.

    Sebagai contoh dua orang daripada tiga Abdul, iaitu Datuk Wan Abdul Rahim kini hanya memegang jawatan Pilihanraya Pas Negeri dan Abdul Fatah Haron pula Cuma Ketua Biro Pembangunan Sosial dan Kebajikan. Jawatan mereka dulu diambil alih oleh konco-konco Nik Aziz.

    Pengganti datuk Wan Abdul Rahim sebagai Setiausaha Pas Kelantan yang baru ialah Wan Ismail Wan Jusoh, Adun Kawasan Melor. Dulu beliau merupakan bekas Setiausaha Akhbar Nik Aziz saja. Zulkefli Mamat, Adun Pulai Chondong pula menggantikan Abdul Fatah sebagai Ketua Penerangan Pas Negeri. Hanya Abdul ketiga, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Timbalan Menteri Besar masih kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri.

    Perlu diterangkan bahawa kerajaan pimpinan ulama di Kelantan sebenarnya tinggal nama saja. Ini kerana selain Nik Aziz, tidak beberapa orang anggota kerajaan Kelantan yang berpendidikan agama. Sebaliknya mereka berpendidikan sekular. Perkara sama berlaku di Terengganu.
    3. Contoh isu ekonomi ialah berhubung dakwaan Nik Aziz tidak pernah janji tingkatkan ekonomi Kelantan. Salah satu cogan kata Pas yang sangat indah ialah membangun bersama Islam. Tetapi macam manakah sebenarnya membangun bersama Islam ala Pas?

    Jika kita mencari jawapan di dalam alam nyata sudah tentu tidak wujud kerana tidak jelas Pas pernah melakukan sebarang pembangunan yang dibanggakan oleh rakyat Kelantan. Semua pembangunan bersama Islam ala Pas yang ada tidak lebih kosmetik saja.

    Bagaimanapun, jika mendengar pandangan Nik Aziz Nik Mat, kita akan mengetahui bahawa beliau selalu menyebut dalam ceramah bahawa Pas tidak bercadang untuk membangun negara seperti yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Kerana pembangunan seperti itu dianggap tidak Islamik ataupun haram terutama pembangunan yang didakwa sebagai projek mega.
    Beliau mendakwa pembangunan seperti itu bukan Islam pun boleh melakukannya dan Firaun sudah lama melakukannya. Nik Aziz pandai menghukum pihak lain, tetapi beliau sendir tidak pernah menunjukkan apakah model pembangunan Islam ala Pas yang sah dari segi hukum Islam yang beliau faham?

    Dalam wawancara majalah Far Eastern Economic Review (FEER) pada 3 Ogos lalu Nik Aziz terus menyerah kalah dalam hal pembangunan. Beliau yang diwawancara wartawan FEER berkata: “Semasa saya berkempen dalam pilihan raya tahun 1990, saya tidak berjanji mahu tingkatkan ekonomi Kelantan dan membebaskannya daripada masalah kemiskinan.”

    Beberapa fakta dan maklumat yang disebut secara ringkas ini boleh dihurai panjang lebar semasa berceramah.

    “Sesiapa yang menyokong PAS akan mendapat pahala dan pasti akan masuk syurga”
    (ABD GHANI AHMAD- ADUN AYER HITAM. Ceramah PAS di PASTI Al-Habibah, Padang Serai. 21HB DIS 2003)

    “Perjuangan PAS adalah jihad dan mati dalam perjuangan ini adalah syahid, menjadi KAFIRLAH mereka yang mengatakan politik suku, agama suku”
    (MAZLAN OTHMAN- AJK DPP KEDAH. Ceramah PAS di Markas KPG Padang Janggus, Junjung, KULIM)

    “Sesiapa yang mengikut PAS adalah orang yang benar dan sebaliknya sesiapa yang mengikut UMNO akan dimasukkan ke dalam neraka”
    (YUSOF AWANG- AJK DPP KEDAH. Ceramah Politik di PASTI Sg Badak, Kulim. 3HB MAC 2003)

    “Memilih Islam adalah jalan yang terbaik. Oleh itu, hendaklah memilih dan menyokong PAS dan kita harus menentang orang yang menentang Islam iaitu KAFIR. Jika ada pemilihan dalam Pilihanraya Umum nanti, antara calon Islam dengan kafir, kita haruslah mengundi Islam. Jika mengundi selain daripada Islam, kita akan mendapat DOSA”
    (MUHAMAD TAULAN RASUL- ADUN BUKIT RAYA. Ceramah PAS di UPU Kpg Padang Durian, PENDANG. 30HB DIS 2003)

    “Menyokong PAS akan mendapat pahala kerana PAS berjuang berdasarkan Islam dan menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan. Oleh itu sesiapa yang mengundi BN/UMNO adalah bersubahat dalam menegakkan kemungkaran”
    (ABDUL WAHAB ABD RAHMAN- AJK PAS Kawasan JERLUN. Ceramah Politik di MARKAS PAS Kubang Rotan, Alor Setar. 16HB MAC 2003).

    “Sekiranya orang Islam tidak mengundi PAS apabila mereka mati kelak, mereka akan dipersoalkan di akhirat nanti”
    (ISMAIL KHAMIS- ADUN BUKIT LADA. Ceramah Politik di Markas PAS ALOR BINJAI, POKOK SENA. 9HB MEI 2003)

    p/s inilah contoh-contoh yang melibatkan beberapa pemimpin PAS yang ‘berselindung’ dengan topeng agama untuk merosakkan akidah serta perpaduan umat Islam di Malaysia. fikirkanlah!!!

  16. bluessmurf on June 12th, 2008 9:24 am

    Nik Aziz bela Shahnon — ”Islam tak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada tempatnya”

    KOTA BHARU 27 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempatnya.

    Sehubungan itu, beliau berkata, novel kontroversi SHIT, karya terbaru Profesor Datuk Shahnon Ahmad yang mengandungi perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam.

    Malah, kata pemimpin Pas itu, al-Quran sendiri iaitu dalam surah al- Lahab, Allah mencemuh Abu Lahab dan pasangannya.

    ”Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tetapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya,” jelas Nik Abdul Aziz.
    Menurut terjemahan al-Quran Departmen Agama Republik Indonesia yang juga diterima pakai oleh kerajaan Arab Saudi sebagai naskhah terjemahan rasmi bahasa Indonesia dan Malaysia, surah al-Lahab bermaksud:

    ”Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidak berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bernyala-nyala. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut.”

    Menteri Besar Kelantan memberi reaksi pertamanya itu ketika diminta mengulas mengenai novel kontroversi SHIT di sini, hari ini. Shahnon adalah ahli Pas yang mendapat status ahli seumur hidup.

    Novel Sasterawan Negara yang setebal 240 muka surat itu dikecam oleh pelbagai pihak kerana mengandungi perkataan-perkataan mencarut dan lucah. Tajuh SHIT terdapat di kulit novel itu dan @Pu**Mak@PM (Novel Politik Yang Busuk Lagi Membusukkan) di bahagian dalam. Ia menggunakan banyak perkataan lucah, maki hamun dan mencarut.

    Antara yang turut mengkritik penghasilan terbaru Shahnon ialah Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein dan penulis Kassim Ahmad.
    Beberapa hari lalu, Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor ketika mengulas isu itu menyifatkan novel SHIT merupakan ’sumbangan besar’ kepada rakyat.
    Alasannya melalui novel itu rakyat dapat gambaran perkembangan politik negara yang didakwanya amat buruk dan memerlukan perubahan segera.
    Mengulas lanjut mengenai SHIT, Nik Abdul Aziz tidak bersetuju jika ada orang yang takut membaca novel itu kerana takut berdosa.

    Dalam hal ini beliau berkata, apakah seseorang itu akan menghentikan bacaan al-Quran apabila tiba pada ayat-ayat yang mengandungi carutan atau cemuhan, seperti surah al-Lahab.

    Nik Abdul Aziz menarik perhatian, ada ketikanya manusia perlu mencarut tetapi perlu kena pada masa dan tempatnya.

    Mengenai SHIT, pemimpin Pas itu berpendapat, pembaca perlu membacanya untuk menilai sendiri kandungannya.

    ”Bagi Pas sendiri akan tetap mempertahankan karya Shahnon sekiranya beliau (Shahnon) merasakan karyanya itu bersesuaian dengan kehendak Islam yang membolehkan sikap carut itu,” katanya.

    Nik Abdul Aziz turut ditanya sama ada pendapat tersebut mencerminkan sikap Pas menghalalkan cara apabila dibandingkan dengan keputusan kerajaan Kelantan membekukan dikir barat di negeri itu kerana penyampaiannya yang lucah.

    Dalam konteks ini, beliau berkata:”Dikir barat lain kerana ia adalah satu hiburan. ”

    ”Dalam hiburan, dia nak guna perkataan mencarut itu tidak betul,” jelasnya lagi.
    Sementara itu, Nik Abdul Aziz turut menyatakan yang mencarut tidak berdosa ketika menyampaikan ceramah perdana Pas di Taman Sekamat, Kajang, Selangor, semalam.

    Pemimpin Pas itu berkata, al-Quran sendiri mengandungi bahasa ‘mencarut dan menyumpah’ dengan membuat misalan Allah menyumpah seranah Abu Lahab termasuk isterinya.

    Nik Abdul Aziz berkata, mencarut juga bertepatan dengan sifat naluri baik-buruk manusia yang dikurniakan oleh Allah ke atas mereka.

    ”Segala naluri yang ada pada manusia, tak ada satupun yang Allah Taala musnahkan.

    ”Apa yang ada ialah menyusun mengatur supaya dapat dipergunakan dengan baik. Islam beri peluang hidupkan naluri, tetapi di bawah kawalan tertentu,” katanya.

    p/s apabila seorang pemimpin PAS berfatwa utk ‘menghalalkan’ carutan……masyaallah!

  17. Bron on June 13th, 2008 9:30 pm

    NALURI BOLEH DIKAWAL DENGAN OTAK DAN PENGETAHUAN

    “Nik Abdul Aziz berkata, mencarut juga bertepatan dengan sifat naluri baik-buruk manusia yang dikurniakan oleh Allah ke atas mereka.”

    Memang betul tok nik, manusia ada naluri dan perasaan. Contohnya, apabila ternampak hantu manusia terus jadi takut dan tanpa berfikir (nalurinya) menyuruh dia lari! Bagi yang ekstrem perasaan takut tersebut berupaya menguasai perasaan manusia dan tanpa disedari, semua hantu, jin, puaka, penunggu dan syaitan dianggap sebagai mempunyai kuasa tertentu.

    Tetapi Tok Nik, manusia telah diberitahu supaya jangan takutkan makhluk lain melainkan Pencipta manusia itu sendiri. Maka itu perasaan takut meskipun naluri semula jadi tetapi, manusia tidak boleh gunakan alasan yang naluri ini bersifat semula untuk mewajarkan perasaan takut yang membawa kepada pemujaan dan sebagainya.

    Contoh ini lagi menarik. Ia adalah lucah tetapi tidak lebih buruk dari mencarut. kalau mahu bacalah.

    Ia berkenaan zakar. Katakanlah dalam tempat awam tiba-tiba lalu seorang wanita yang cantik rupawan, kulit kuning langsat, kalau dipegang bergetah, potongan mengiurkan, rambut ikal mayang, pipi pauh dilayang, alisnya lentik, matanya separuh sepet, dadanya kembang, pinggangnya ramping, ponggongnya pejal dan padat. Senang cerita dialah wanita (Jelita) paling cantik atas muka bumi ini.

    Apabila ternampak si Jelita tadi semua lelaki yang memandangnya naik berahi dan jatuh hati. Ini sudah pastikan. Apa seterusnya berlaku? Seperti biasa, naluri semula jadi akan menguasai otak lelaki yang sedang dalam berahi dan secara spontan zakar lelaki berdiri tegak macam tiang bendera.

    Jadi dalam tempat awam tadi, kalau manusia mengikut saja naluri baik-buruk (seperti pandangan Nik Aziz) tanpa ada kawalan dari dalam apa akan berlaku ya? Maka akan terpacaklah banyak tiang-tiang bendera dalam kawasan awam. Apabila seorang ‘Hawa’ lalu sudah tentu dia akan kehairanan dan mahu bertanya apa sudah berlaku?

    Tidakkah si ‘Hawa’ tadi akan ketawa berdekah-dekah apabila ada seorang Tok Guru (dalam yang ramai-ramai itu) memberitahu: ini adalah naluri semula jadi kami. Biarkanlah kami jadi begini kerana kami hanya mengikut arahan maluri tersebut.

    Kesimpulannya: Manusia diberikan naluri seperti binatang (takut, mengawan, dsbnya), tetapi manusia ada kelebihan ia itu mempunyai akal yang dapat menyekat naluri yang tidak wajar termasuklah mencarut.

  18. Paktam on June 14th, 2008 5:00 pm

    bron…tengok kutbah hang ni makin melalut..hang sapa jika nak banding dengan TGNA…pak tam cadang elok hang pi jumpa TGNA tengok dan dengaq dari tuan tuboh sendiri..kalau cerita carut2 ni DR M je yang pandai reka..hang tok sah lebih2 la.. buat pitnah je..
    tapi dah hang mazhab UMNO memang camtu..he he

  19. PKR De Factoed on June 16th, 2008 1:43 am

    Pak Tam,

    Pada saya ulasan Bron terus kepada petikan ayat yang keluar dari mulut TGNA, ia tidak menyimpang sedikit pun.

    Tang mana salahnya ulasan Bron terhadap isu naluri manusia? Tidak nampak pun ianya tidak bersandarkan fakta?

    Satu perkara lagi, dalam mengulas isu naluri manusia, TGNAlah yang nampak jauh ketinggalan dan bukannya Bron.

    Akhir sekali, kalaulah cerita carut2 adalah rekaan musuh politik TGNA, kenapa tidak disangkalkan? Kenapa TGNA mempertahankannya menerusi terutama ayat yang diulas oleh Bron?

  20. detgeneration on June 16th, 2008 1:24 pm

    aku ambil pendekatan mudah… lebih baik aku mengaku tak pandai daripada aku memandai-mandai sebab ni bab agama. aku hanya berpegang pada 5 rukun islam…

    TAPIIIIIIIIIII…..

    -DALAM HADHARI BENARKAN KE BILA BERGAMBAR BOLEH PEGANG-PENGANG LAKI POMPUAN MACAM MAJLIS MAKAN MALAM MONSUN CUP TU?

    -ISLAM KATA TUHAN MENCARUT? CUBA EXPLAIN SIKIT KAT AKU

  21. Bron on June 16th, 2008 3:30 pm

    Detgeneration benarkan saya mengulas lontaran pertanyaan awak.

    Berpegang tangan itu lebih kepada soal peribadi. Sama seperti merokok; mencuri pandang tubuh gadis yang mengiurkan, yang mana ketetapannya sudah ada tetapi manusia tetap manusia. Syaitan akan terus menghasut, memutar belitkan keadaan dan meracuni pemikiran manusia sampai bila-bila.

    Yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain ialah apabila telah melakukan sesuatu kesilapan, adakah dia ikhlas untuk menyedari kesilapan tersebut atau tidak; menyesali perbuatan berkenaan atau tidak; mohon keampunan atau tidak dan seterusnya berikrar untuk tidak mengulanginya lagi atau pun terus melakukannya.

    Timbang-timbanglah sendiri.

    Sama juga melanggar lampu hijau. Ketetapan sudah ada tetapi ada juga manusia yang melanggar peraturang berkenaan. Sama juga seperti seorang ahli PAS yang pergi ke hotel dan dalam masa sama ada seorang bukan muhrim juga berada di situ. Walau pun tidak boleh disabitkan kesalahan tetapi kenapa dia berada di situ dan pada masa itu sudah cukup menimbulkan keraguan.

    Timbang-timbangkanlah.

    Berbalik kepada isu pokok, peri hal mencarut itu Tok Guru yang kata, semua orang tahu. Tetapi yang lain aku tak dengar ada yang berkata sedemikian. Yang dibicarakan ialah perihal manusia — naluri manusia dan bukan berkaitan dengan nilai ketuhanan.

  22. Paktam on June 19th, 2008 1:45 am

    CELOTEH BRON MAKIN NAMPAK MERAPU HANYA GUNA AKAI TANPA RUJUKKAN HUKUM YANG SAH..BRON,,BAB HUKUM CERITA LA ELOK ELOK2.. BAGI ADA SANDARAN SIKIT..JANGAT MAIN TEBAS JE..KALAU NKA BODEK PAK LAH PUN PATUT 2 LA…
    BODO PUNYA CAKAP LA..BOLEH KA SUKA SUKI PEGANG N RABA PEREMPUAN MCM IMAM HADARI BUAT HARI TU..TAK KAN LUPA KUT…
    MUNKIN PAK LAH MASA TU TENGAH BUJANG KUT..LA NI JANE DAH ADA KURANG CIKIT GATAL TANGAN TU..

  23. bluessmurf on July 3rd, 2008 11:09 am

    Katakanlah dalam tempat awam tiba-tiba lalu seorang wanita yang cantik rupawan, kulit kuning langsat, kalau dipegang bergetah, potongan mengiurkan, rambut ikal mayang, pipi pauh dilayang, alisnya lentik, matanya separuh sepet, dadanya kembang, pinggangnya ramping, ponggongnya pejal dan padat. Senang cerita dialah wanita (Jelita) paling cantik atas muka bumi ini.

    p/s gadis jelita dah di’rembat’ oleh orang yang bertopengkan agama demi nafsu serakah yang terbuak-buak disebalik jubah kaler hijau….
    kalau dulu, karenah Al Arqam…..sekarang, PAS dan konco-konco ambik alih….alahai ostad…….jaga bini tua hangpa baik-baik…….kang kena gunting!

  24. bluessmurf on July 7th, 2008 11:10 am

    bersekedudukan dengan PKR dalam penganjuran konsert sempena meraihkan sokongan rakyat dalam PROTES adalah selari dengan ajaran agama Isle ala PAS…

    bila pulak nak jemput One Buck Short, Sil-Khannaz, Silent Death, ABC Dead, ACAB serta band-band yang lain?

  25. bluessmurf on July 7th, 2008 5:18 pm

    ORGANIZING CHAIRMAN : ORANG KUAT PAS…….’galak’ la tu…ha ha ha
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/7/nation/20080707164403&sec=nation

  26. effandy_dia on July 22nd, 2008 4:09 pm

    nie la akhir zaman.. blh mempersoalkan org ulama kite sendiri.. blh ambik senang ttg islam.. gelaran dia “ustaz” bkn PM.. korang pilih maner?? fikir la sikit.. ader sbb semua org ulama tolak islam hadhari..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom