Top

Majlis Ku Li tidak mendapat sambutan - salahkan diri sendiri

June 27, 2008 by Pendeta 

Apabila majlis yang dianjurkan oleh Tengku Razaleigh baru-baru ini tidak mendapat sambutan ada yang menyalahkan bahawa adalah kerana tata etika UMNO yang menyebabkan majlis itu tidak mendapat sambutan. Ini hanyalah alasan kepada mereka yang kecewa kerana perjalanan Ku Li tidak akan jauh dan usaha Ku Li untuk mencabar Perdana Menteri akan terkulai dipertengahan jalan. Jika etika UMNO yang dipersalahakan apabila ianya di umumkan pada minggu ini yang menyebabkan majlis Ku Li tidak mendapat sambutan, mengapakah beberapa majlis Ku Li sebelum ini di Shah Alam dan juga di Melawati tidak juga mendapat sambutan?

Kesimpulannya mudah sahaja, Ku Li tidak diminati, Ku Li jangan perasan, Ku Li jangan sangka niat beliau menangguk di air yang keruh tidak dihidu. Ahli UMNO bukanlah sebodoh yang seperti Ku Li sangka. Ahli UMNO bukan gelojoh untuk terus menerima keghairahan Ku Li yang telah mengumumkan untuk menentang Presiden UMNO. Yang gelojoh ialah Ku Li dan bukannya ahli UMNO.

Mungkin ramai yang kini sedar , lagi banyak seseorang pemimpin UMNO itu cuba memburukkan presiden parti, bererti banyaklah mereka memburukkan parti. Ahli UMNO sebenarnya telah ditanam dengan budaya hormat dan menyanjung pemimpin. Mereka akan mendengar dan akan menilaikan semuanya dan akan membuat keputusan. Mereka yang cuba menjadi hero dengan sikap dan budaya kurang ajar kepada pemimpin tertinggi UMNO akan menjadi hero buat sekektika sahaja dan akhirnya akan dicop sebagai pengkhianat parti.

Ahli UMNO kini mulai bosan dengan pemimpin UMNO yang memburukkan pemimpin UMNO dan juga sekali gus melemahkan UMNO dari dalaman. Contohnya mereka-mereka ini yang terlalu mendesak dan cuba
mengeruhkan UMNO ketika UMNO dalam keadaan kritikal selepas pilihanraya dahulu kini mulai dipinggir dan kemungkinan akan tersingkir pada pemihan UMNO yang akan datang. Ketika mereka menari-nari dipentas menghina dan mengutuk kepimpinan UMNO. Ahli UMNO hanya menyaksikan dan ada sebahagian kecil yang tampil melatah, namun ada juga yang berdiam diri dan melihat namun kebanyakan mereka yang diam dan menilai. Inilah keputusan yang telah mereka berikan dan Ku Li bolehlah menutup buku dan jangan bazirkan duit . Buatlah persedian untuk menjadi pemerhati politik selepas ini.

Oleh:Yong

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom