Top
Kembalikan Kegemilangan Melayu!

Subscribe to Kelab Penyokong Maya UMNONews FeedSubscribe to Kelab Penyokong Maya UMNOKomen

Featured Banner
  • Home
  • Pautan
  • Berita Khas
  • Cakap-cakap Politik
  • Editorial
  • Eksklusif
  • Liputan Khas
  • Nasional & Semasa
  • Surat Pembaca
  • Terkini

Babak baru…lepas dakwaan liwat timbul pula ancaman bunuh

June 30, 2008 by Pendeta 

Ini lagi satu hal yang buat ramai terkejut dan tertanya-tanya.Kenapa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim lari untuk mendapat perlindungan di Kedutaan Turki di Jalan U Thant,Kuala Lumpur?

Sehingga awal petang para wartawan dan jurugambar yang ‘berkampong’ di Hotel Quality ,Shah Alam cuba merisik dikalangan para pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang di situ dimana Anwar berada namun semuanya memberi tanda tidak tahu..

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa hadir dalam sidang akhbar di situ menafikan soalan para wartawan bahawa betulkah Anwar ketika itu berusaha mendapat perlindungan politik dari sebuah kedutaan asing.

Beliau hanya sekadar berkata suaminya kini terpaksa “bersembunyi” setelah menerima ugutan bunuh seminggu lepas.

Ugutan bunuh?…Itulah berulangkali dinyatakan olehnya.

Namun lewat petang jawapan menjelma.Anwar mengeluarkan satu kenyataan pada jam 5.30 petang mengesahkan beliau berada ‘dalam perlindungan’ di Kedutaan Turki.

Katanya beliau dibawa ke kedutaan itu pada awal pagi Ahad kerana bimbang pada keselamatannya.

Beliau mendakwa sejak pilihanraya 8 Mac terdapat sumber-sumber yang layak dipercayai dari kalangan kerajaan dan risikan tentera menasihatkannya bahawa terdapat sesetengah pihak dalam pimpinan Barisan Nasional mengadakan rancangan untuk mengugat keselamatannya dan keluarganya.

Anwar mendakwa ini melibatkan kemungkinan cubaan membunuhnya untuk menyekat perubahan yang sedang berlaku di Malaysia.

Kenapa Anwar memilih Kedutaan Turki? Ikut ceritanya ini ada kaitan dengan hubungan rapat beliau dengan Perdana Menteri Turki Reccep Erdogan.

Mengikut peraturan diplomatic berada dalam kedutaan sesebuah negara adalah sama seperti berada di dalam lingkungan wilayah negara itu.

Makanya Anwar tidak boleh disentuh.

Ini juga dijangka akan menyulitkan pihak polis menyelesaikan siasatan.

Andaian yang berlegar ialah Anwar nak cuba jadikan kesnya ini satu isu antarabangsa.

Apa yang menjadi persoalan kenapa kali ini beliau mengambil langkah ‘ lari’ ketika timbul tuduhan liwat muncul dari pembantu khasnya?

Ada yang merasakan dakwaan cubaan bunuh dalam satu hal yang boleh direka oleh sesiapa saja.Siapa yang boleh buktikan ada rancangan seumpama itu?

Lagipun Malaysia tidak dikenali dengan budaya seumpama itu selama ini.

Anwar sendiri sejak sebelum dan sesudah pilihanraya kelihatan bebas ke sana ke mari.

Malah difahamkan kalangan pimpinan pembangkang sendiri bingung melihat tindakan Anwar kali ini.

Ini kerana sewaktu berdepan dengan tuduhan sama pada tahun 1997 Anwar sanggup menghadapinya secara terbuka.

“Boleh percaya ke ada cubaan nak bunuh Anwar…?” kata seorang dari mereka yang enggan nama disebut.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan berkata tindakan Anwar berselindung di Kedutaan Turki dengan mendakwa keselamatan beliau terancam adalah tidak masuk akal.

“Tindakan itu diambil semata-mata untuk mengalihkan tumpuan, sama seperti ketika beliau dituduh suatu masa dahulu,” katanya.

Katanya Anwar pernah membuat dakwaan kononnya beliau cuba dibunuh dengan racun arsenik, memerlukan pembedahan tulang belakang dan menghadapi masalah tengkuk.

Manakala Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dilaporkan oleh akhbar Utusan sebagai berkata ”Dia bukan pelarian politik. Mengapa dilindungi di sana. Kedutaan itu sendiri jelas telah mencabul perundangan negara.”

Kedutaan asing di negara ini dilarang ‘menyimpan’ dan melindungi individu yang didakwa melakukan kesalahan jenayah dengan alasan tuntutan suaka politik.

Menurut Rais, Anwar tidak perlu meminta perlindungan daripada mana-mana kedutaan dengan alasan ancaman keselamatan.

”Mengapa dia ke sana? Tiada siapa yang mengancam keselamatannya.

”Dia bebas ke mana-mana. Jangan dakwa diri diancam jika sebenarnya tiada apa-apa ugutan yang timbul,” ujarnya.-

29/6/2008

DIpetik dari www.agendadaily.com

Filed Under: Dari Web & Blog Lain
Tagged:

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

3 Responses to “Babak baru…lepas dakwaan liwat timbul pula ancaman bunuh”

  1. bluessmurf on July 1st, 2008 11:53 am

    siNuar perlu disapukan Mas Cotek untuk menbghilangkan ‘kegatalannya’. ha ha ha…

  2. Bron on July 3rd, 2008 4:14 am

    SEMUA MEDIUM DIKERAH BAGI MENAMPAL IMEJ ANWAR YANG LUKA

    Pendeta,

    Lari masuk bilik kebal ada juga nampak logiknya berbanding mencari perlindungan di sebalik penulisan para blogger yang bermati-matian menyangkal dan menepis semua pandangan bernas dan komentar terhadap isu liwat yang membabitkan Anwar.

    Blogger yang berkokok dalam reban sendiri taklah mengganggu sangat. Bagi yang ekstrem — contoh paling kritikal ialah blog Guru Maha Graha aka kaum Lot — dia bukan berkokok dalam reban sendiri tetapi di laman KPMU sehingga menyebabkan pencemaran bunyi.

    Tak tahulah apa yang hendak dibanggakan dengan DSAI ni. Cuma bertembung dengan kes sekecil ini, habis semua jentera BR dikerahkan menjadi perisai, tukang karut dan tidak ketinggalan juru tilik untuk mengesahkan beliau tidak ada di lokasi tertentu pada sekian waktu — dengar cerita dia dan S Serba Rasa pi main golf dengan RPK.

  3. bluessmurf on July 3rd, 2008 4:19 pm

    bang Nuar dah gelabah biawak dah……ramai yang dah sangsi…….tunggu episod lain, apa pulak idea bang Nuar? makin lama…..makin ‘kalot’…

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Artikel & Berita Terkini

Daftar untuk berita atau artikel terkini! 


Video Pilihan

Iklan

    Artikel Terkini

  • PKR mula main tektik kotor
  • Khairy yakin BN menang di Kuala Terengganu
  • MB Perak mengikuti jejak Hj. Hadi menzalimi kanak-kanak
  • PPP bantu jentera BN di Kuala Terengganu
  • UMNO Pahang hantar 2,000 ahli ke Kuala Terengganu
  • Bersedialah untuk merubah kerajaan negeri sekali lagi

Polls

  • Siapakah bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

    View Results

    Loading ... Loading ...
  • Siapakah bakal Ketua Wanita UMNO Malaysia

    View Results

    Loading ... Loading ...
  • Siapakah bakal Ketua Puteri UMNO Malaysia

    View Results

    Loading ... Loading ...
  • Polls Archive

English Section

alt text Pewaris seeks PAS’ help to stop pig-rearing project

KUALA LUMPUR: About 300 members of a non-governmental organisation, Majlis Permuafakatan... 

alt text 50 Indian leaders plan meeting to decide on their future in PKR

PETALING JAYA: Discontent is boiling over among the Indian members of Pakatan Rakyat... 

alt text No senate seat if Wan Farid loses

KUALA LUMPUR: As far as the senate goes, it is the end of the road for Senator Datuk... 

    Posting Terbaru @ Forum KPMU

    • PAKATAN ANTARA PARTI LAWAN TIDAK KEKAL
    • Re: Kolej TAJ, Perak
    • PIALA AFF
    • KELEDNAR SKETSA MEDIA FAM
    • Re: Khir Toyo tak layak tanding ketua Pemuda-Malaysiakini
  • RSS Berita Harian : Nasional

    • Dr Jism 'buang' kotoran
    • Pemuda lemas jatuh kolam di tapak binaan terbengkalai
    • 30 sekolah masih ditutup di Kelantan
    • Jumlah mangsa banjir meningkat
    • Tuntutan ganti rugi RM750,000 ditolak
    • 30 gagal bayar yuran ‘dihalau’ pengetua
    • 420,049 masuki Tahun Satu seluruh negara
    • Masalah buku teks kurang diatasi
    • Masalah buku teks kurang diatasi
    • Remaja serang, rampas pistol polis
  • Archives

    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    • April 2008
    • March 2008
  • UserOnline

    • 942 Users Online
  • Admin

    • Register
    • Log in
    • WordPress
    • XHTML

Copyright © 2008 Kelab Penyokong Maya UMNO · Log in

Revolution Magazine ThemeWordPress

Bottom