Anwar bukan seorang muslim yang baik?
June 30, 2008 by Pendeta
APAKAH kenyataan Ezam Mohd Nor sebelum ini bahawa Anwar Ibrahim bukan seorang Muslim yang baik maka ini adalah buktinya? Apakah laporan polis ini membuktikan nilai akhlak Anwar Ibrahim? Adakah layak orang seperti ini menjadi Perdana Menteri? Atau akan berulang konspirasitertinggi kali kedua buat menjatuhkan Anwar.
Anwar Ibrahim akan membuat kenyataan di Hotel Quality, Shah Alam pada jam 1.30 petang ini. Apakah bentuk dan penjelasan Anwar Ibrahim dalam laporan liwat yang dilakukan terhadapnya? Apakah ini sebab Ezam Mohd Nor meninggalkan Anwar? Anwar ada jawapannya. Saiful Bukhari ada jawapannya. Mungkin Ezam juga ada jawapannya.
Siapakah dalang dalam isu ini. Apakah ini perangkap buat Anwar Ibrahim. Pegawai yang hanya baru tiga bulan bekerja bersama Anwar sudah diliwat? Bagaimana pegawai-pegawai yang lain sebelum ini? Esok bakal menjawab segalanya sama ada Anwar akan ke penjara semula bagi mengulangi episod 10 tahun yang lalu. Adakah Wan Azizah bakal keseorangan lagi. Impian melihat Perdana Menteri yang baru akan
berkecai. Di mana Azmin dalam menyelamatkan bosnya ini. Apakah Azmin juga terlibat dalam menjatuhkan Anwar yang sudah mula tidak memberikan keuntungan harta dan pangkat politik kepadanya. Azmin harus tampil menjawab persoalan ini.
Dipetik dari www.malaysia-hariini .com



















mana ada baik ma…… yang kata dia baik dan menaikan martabat dia samapai ke tahap dengan ambiah adalah orangpas sahaja , sebab pemimpin mereka boleh adjust dosa2 si nuar ni.
Ehemm..Ezam tak kena ke sontot dengan anwar ni….
kalau masuk umno kes tersontot boleh clear punya…cakap ezam ni macam orang munafik…
mana sumpah keramat kau ezam…tunggu kau akan di makan sumpahan umno..masa MT mesyorat baru ni ramai yang tak beminat dgn ezam..tapi terpaksa akur dgn pak lah…
Masuk umno bersyarat rupa nya…tak ada harapan ler kau ezam nak jadi KP ke ..ketua cawangan pun lum tentu…nasib kau ler ezam…
EEEH lupa nak tanya tentang kotak kotak fail yang ezam simpan dulu…sonyap je jang ! laporan rasuah profail tinggi yang ezam serah kat pak lah dulu pun entah mana pi agak nya…pak lah pun dah lupa gak nya…z z z z z z
si Hadi Roy dengan sifat munafiknya, sehingga kini gagal membuka satu fail…….yang berlori-lori adalah satu FITNAH. banyak lagi FITNAH-FITNAH yang keluar dari mulut pemimpin yang bertopengkan agama ini…..
MATLAMAT MENGHALALKAN CARA!
Buat PAK TAM
Insaflah…dengan kata2 yang kurang elok tu…takbaik mengata org munafik..kelak berbalik kpd kita nanti…bertaubatlah…kesian anak isteri dan ibu ayah yang mengandungkan ente tu…sedarlah..
Apakah rasionalnya seorang Ezam untuk menghukum seorang yang lain sebagai seorang muslim yang baik atau tidak?
Itu dia belajar daripada bosnya yang dahulu tu — DSAI.
Lebih teruk lagi ialah apabila BR dan semua mesin propaganda mereka dikerahkan untuk “spin” Saiful.
Apa rasionalnya BR untuk menghukum Saiful dengan pelbagai label, jenama dan sebagainya sedangkan tidak seorang pun yang mempunyai bukti bahawa Saiful tidak bercakap benar.
Janganlah tukar-tukar hukum-hakam untuk disesuaikan dengan imej BR.
Ia sesuatu yang diketahui umum di mana nilai seseorang dari sudut agama bukanlah kriteria untuk menjadi calon PM dari kalangan BR.
Oleh itu, pastinya BR tidak akan membuang masa untuk membincangkan sama ada Anwar seorang muslim yang baik atau tidak.
Sebaliknya, ramai yang boleh dianggap lebih sudu dari kuah kalau mahu melihat faktor ini sebagai dapat melemahkan peluang Anwar untuk memimpin BR.
Malah PAS yang sendiri menerima prinsip liberalisasi dalam soal pemilihan calon PM dari kalangan BR. Cuma satu saja yang perlu ditanyakan kepada PAS.
Bagaimana kalau ‘S Sesedap Rasa’ atau ‘Lim dua dinasti’ layak menjadi calon kepemimpinan BR?
sAUDARA-SAUDARA SEKELIAN
Ape yang saya bimbangkan nanti,Negara yang bertuah dan berdaulat ini akan dicemari dengan peristiwa berdarah yang pernah berlaku 39 tahun dahulu dan pada masa itu,semua rakyat akan menjadi susah dan banyak nyawa akan terkorban disebabkan ketidak prihatinan rakyat yang yang terlalu taksub dengan pemimpin masing-masing dan tidak mahu menerima kebenaran yang ada serta tidak taat dan patuh kepada pemerintah yang ada sekarang.Saya hairan kenapa masih ada lagi rakyat yang tidak mahu bersyukur diatas apa yang telah dikurniakan oleh NYA kepada keamanan dan keharmonian yang sekian lama telah dikecapi oleh kita semua.
Janganlah sampai masa ALLAH menurunkan musibah kepada kita semua diatas ketidak syukuran kita dengan limpahan dan rahmat yang dikurniakan olehNYA yang telah berlaku dinegara-negara lain dengan bencana alam yang dahsyat,pemberontakan disana-sini dan sebagainya..
Marilah kita bersama-sama merenung dan menjadikan pengiktibaran kepada kita semua tanpa mengira kaum,bangsa dan agama diatas apa yang telah berlaku dinegara-negara tersebut.Mahukah kita melihat generasi kita,anak-anak cucu kita mengalaminay dan menanggung keadaan yang sedemikian disebabkan perbuatan kita pada hari ini?
Sedarlah dan halusilah….janganlah kita menyesal dikemudian hari.Bak kata pepatah ” sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna”