Anwar - adakah takut kerana salah ?
June 30, 2008 by Pendeta
INGATKAN berjiwa besar. Selama ini sanggup berdepan dengan segala cabaran sehingga terpenjara enam tahun namun akhirnya tunduk kepada ugutan apabila beliau melarikan diri untuk bersembunyi di suatu tempat yang kononnya dirahsiakan bagi mengelak sesuatu yang buruk terjadi kepada beliau berikutan laporan polis yang dibuat oleh seorang pembantu khas yang Anwar telah meliwatnya.
Sebagai seorang pejuang seperti yang didakwanya, sebagai orang yang berani menanggung risiko demi legasi perjuangan politik dalam Negara, tindakan Anwar Ibrahim ini tidak ubah seperti seorang yang telah bersalah sebelum dibuktikan di mahkamah dan lebih mendukacitakan lagi apabila Anwar dikatakan melalui isterinya menuduh polis bersubahat dalam dakwaan liwat kedua ini. Kenapa takut, bukankah mahkamah ada untuk menentukan sama ada Anwar ini bersalah atau tidak. Bukankah mahkamah di bawah pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang membebaskan beliau?
Sekiranya Anwar yakin beliau tidak bersalah, tidak akan ada undang-undang dalam dunia ini yang boleh mensabitkan beliau bersalah tetapi dengan menyembunyikan diri dengan memberi alasan nyawa terancam ataupun terdedah kepada percubaan untuk membunuh beliau, ianya merupakan satu alasan yang tidak masuk akal.
Laporan baru sahaja dibuat, polis dikatakan akan menyiasat dengan seadil-adilnya tetapi Anwar seakan putus hidayah dengan Allah S.W.T apabila membayangkan ketidakyakinannya kepada siasatan polis dan mahkamah. Ini seolah-olah bertentangan dengan prinsip serta keberanian beliau sebelum ini yang bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja rintangan kerana yakin beliau berada di jalan benar.
Tidak cukup dengan menyembunyikan diri, Anwar cuba mengalih perhatian ramai dengan menuding bahawa segala yang berlaku terhadap diri beliau adalah satu konspirasi terancang daripada pihak yang mahu membunuh karier politiknya tetapi Anwar mungkin terlupa bahawa sejak ke belakangan ini selepas bebas dari hukuman enam tahun penjara terus membentuk konspirasi dengan menuduh orang itu dan ini terlibat dalam penyelewengan, salah guna kuasa serta rasuah dan berbagai-bagai lagi.
Kita tidak terfikir Anwar tidak yakin kepada mahkamah kerana tuduhan liwat sebelum ini yang dibuat oleh Azizan telah dibuktikan oleh mahkamah bahawa Anwar tidak terlibat dan mahkamah secara tidak langsung telah berlaku adil kepada Anwar tetapi bila datang laporan kedua mendakwa beliau melakukan liwat, Anwar terus dengan angkuhnya mendakwa beliau tidak percaya kepada mahkamah dan polis.
Bukan sahaja Anwar, seluruh penyokong beliau harus berkeyakinan bahawa Anwar tidak bersalah dan bagi membuktikan bahawa Anwar maksum dari tuduhan liwat itu, beliau tidak harus menyembunyikan diri dan sewajarnya tampil membuktikan bahawa tuduhan ataupun dakwaan itu palsu dan direka-reka demi menjayakan kepentingan orang lain.
Anwar mempunyai pasukan peguam yang hebat-hebat dan peguam-peguam ini telah membuktikan kehebatan apabila Anwar didapati tidak bersalah dalam pertuduhan lewat 10 tahun lalu. Jadi kenapa Anwar harus bimbang dan kalau Anwar hanya membiarkan isterinya ataupun pimpinan PKR sahaja menjawab persoalan ini, wasangka rakyat bahawa Anwar memang melakukan perbuatan terkutuk ini akan tertanam dalam diri masing-masing.
Jangan salahkan orang lain. Jangan salahkan Najib ataupun Pak Lah, Khairy ataupun sesiapa dan sebagai seorang berilmu serta mempunyai kematangan berpolitik, menuduh orang lain bukan mencerminkan satu kehebatan seorang pemikir yang sedang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
Selama ini Anwar dengan lantang menuduh pemimpin-pemimpin Negara terlibat dalam skandal yang berbagai-bagai tetapi apabila ada satu tuduhan ataupun dakwaan terhadap beliau, Anwar seperti mula mencari alasan dan tidak bersedia untuk berdepan dengan polis bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kalau mahu dibandingkan dengan cara serta pendekatan Najib yang bersedia untuk disiasat dalam isu Altantunya sedangkan kalau terbukti bersalah, hukuman mati menanti Najib ataupun Rosmah.
Maknanya tuduhan yang melibatkan Najib dan Rosmah lebih serius kerana melibatkan Negara dan kes Anwar hanya melibatkan keperibadian beliau sahaja. Tetapi Najib lebih berjiwa besar kalau mahu dibandingkan dengan Anwar dan adakah dengan menyembunyikan diri boleh menyelesaikan masalah?
Dan kes yang didakwa Anwar terlibat ini hanyalah menyediakan peruntukan undang-undang penjara sahaja, itupun kalau dakwaan itu benar dan dibuktikan di mahkamah Anwar bersalah. Anwar perlu mengembalikan semula keberanian beliau 10 tahun lalu untuk menentang dakwaan ini serta membuktikan bahawa dakwaan itu ada niat jahat. Jika terus menyembunyikan diri, kita bimbang dan yakin rakyat akan percaya Anwar memang melakukannya.
DIpetik dari www.malayisa-harini.com



















SIKIT-SIKIT KUASA BESAR, AWAT SENDIRI TAK DAK TELOQ KE?
Saudara Pendeta,
Percayalah pengampu Anwar dah sampai pada tahap taksub dengan kepimpinan dia. Walau apa pun pandangan umum terhadap Anwar itu tidak penting bagi mereka. Mereka sudah menyiapkan minda mereka dengan gambaran yang indah-indah tentang beliau.
Entahlah dunia ni terbalik agaknya. Apalah akan berlaku kalau PM fantasi seperti yang di pamerkan oleh Anwar menguasai hidup kita. Kalaulah pemimpin takut berhadapan dengan masalah, bagaimana pula umum dapat bertahan kalau ada masalah?
Kalau pemimpin DeFactoe boleh membuat aduan kepada kuasa besar apabila mendapat pertuduhan salah laku seksual, bagaimana dengan golongan marhaen? Pada siapa nak mengadu?
Siapakah yang menjaga kepentingan rakyat? Kuasa besar ke?
bagikan sang tikus bertelur tiada …….bila melarikan diri
KES ALTANTUYA..
Rosmah ..saya tak bersalah…
Najib..saya tak terlibat…
Pak lah…saya tau najib tak bersalah..
Polis terus tak jadi siasat…
bang Nuar tau dia antara pengunjung tetap kondomaniam tuh. HARAM tak nak sentuh pasal tu sejak satu persatu press conference yang dibuatnya. bila ada wartawan temubual pakguard di kondomaniam tu……..baru nak ngaku!
macam ada udang disebalik batulah bang Nuar nih….
‘pandai makan, pandai simpan’……tapi dalam hal ni…….bang Nuar gagal.
kah kah kah….lepas tu nak harapkan totok-totok PKR jadi ‘backing vokal’ ha ha ha lagi skali….