Top

Polis ambil keterangan Karpal

May 31, 2008 by dewiarjuna 

PULAU PINANG 24 Mei - Polis hari ini mengambil keterangan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung laporan polis beliau terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa ada hakim melobi untuk mendapatkan jawatan.

Polis juga mengambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Karpal pada 26 April lalu terhadap seorang pelajar kolej berusia 19 tahun yang komennya di sebuah laman web menyatakan ‘Karpal halal dibunuh’.

Komen bertarikh 24 April pada laman web Pas Johor Bahru yang dihantar oleh pengirim yang menggelar dirinya ‘Alif’ itu mendakwa pemimpin DAP itu telah menghina Islam dan oleh itu ‘halal dibunuh’.

Kedua-dua keterangan itu diambil dan direkodkan oleh Pegawai Penyiasat dari Ibu Pejabat Daerah Polis Timur Laut, Asisten Supritendan A. Sidambaram di pejabat Karpal di Jalan Green Hall di sini kira-kira pukul 11 pagi.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau ingin memohon kepada Peguam Negara mempertimbangkan untuk menggugurkan dakwaan terhadap remaja tersebut kerana dia telah membuat permohonan maaf dan berdasarkan usianya yang masih muda serta masih belajar.

“Permohonan maaf remaja itu saya anggap ikhlas dan saya juga dengan sukarela akan menghadirkan diri ke mahkmah,” ujarnya.

. mengatakan telah menerima permohonan maaf remaja itu jika diminta berbuat demikian

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom