Mukhriz bagaikan mencabar lembaga disiplin UMNO?
May 30, 2008 by dewiarjuna
oleh : otai siber
Perjuangan Mukhriz sekarang adalah untuk menyingkir presiden parti dan tidak habis - habis cuba membakar perasaan ahli UMNO. Beliau bertambah lantang dan tidak nampak langsung takut kepada badan disipilin UMNO dan telah hilang hormat kepada kepimpinan parti, ini berlaku kerana selama ini badan disiplin UMNO tidak pernah bertindak akan perilaku yang telah ditunjukan oleh beliau. sila baca
Semalam Mukhriz menimbulkan satu saranan lagi agar diadakan satu bancian dikalangan ahli UMNO dan mengeluarkan satu borang kepada tiga juta ahli UMNO bagi mendapat jawapan tentang sokongan mereka kepada Perdana Menteri. Apa yang Mukhriz lakukan ini sebenarnya tidak masuk akal dan seolah-olah menghina Presiden Parti dan apa hak Mukhriz mahu bancian ini diadakan. Perkara seumpama ini tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO dan ianya juga tidak pernah berlaku ketika ayahnya dibenci oleh orang-orang Melayu satu ketika dahulu.
Sikap Mukhriz ini dikatakan begitu biadab dan melampaui batas dan ramai yang merasakan Mukhriz kini sudah besar kepala dan berharap UMNO dapat mengambil tindakan segera . Mukhriz yang dikatakan sebagai gila kuasa dan mencari populariti tersendiri dengan menyerang Perdana Menteri hampir setiap hari telah menunjukkan kebencian yang teramat sangat kepada Presiden Parti.
Mukhriz sepatutnya menumpukan kepada penyatuan parti dan membangunkan UMNO kembali dan bukan berpaksikan kepada kebencian peribadi keluarga beliau terhadap Perdana Menteri. Beliau seolah-olah tidak lagi menghormati perasaan ahli UMNO yang lain yang sama-sama cuba membangunkan UMNO kembali Sementara itu di Seremban semalam sebanayak 32 buah badan NGO telah menyerahkan memorundum kepada Perdana Menteri menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri - sila baca .
Jika setiausaha agung UMNO Tengku Adnan mahu mengambil tindakan kepada eeorang menteri dan dua ahli Parlimen UMNO akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana bertelingkah di dada akhbar sehingga mencemarkan imej UMNO di mata rakyat , beliau perlu juga menyemak semula bagaimana Mukhriz yang telah mencemarkan nama Presiden UMNO (Imej UMNO juga ) di muka akhbar cetak , elotronik , laman web dan di tempat-tempat terbuka. UMNO perlu melakukan segera sebelum ianya terlambat.



















Fungsi utama pembangkang adalah untuk menegur kerajaan dalam pentadbiran kerajaan itu sendiri. apa-apa yang dilakukan oleh kerajaan pasti akan ditegur oleh pembangkang kerana itu sememangnya fungsi pembangkang dalam sistem demokrasi. tiada siapa yang memimpin dengan kuasa mutlak.
Jadi, apabila sesuatu pemimpin kerajaan itu disokong sendiri oleh pembangkang, maka sistem demokrasi yang diamalkan sudah tidak relevan. kerajaan yang tidak boleh dikritik sememangnya suau kesalahan dalam sistem demokrasi. dengan ini, kerajaan sudah tidak relevan. seseorang atau sesuatu harus melakukan sesuatu. sekian
Punca utama kekalahan BN adalah masalah kepimpinan. Kalau percentage kekalahan disebabkan oleh masalah kepimpinan Dato Seri Abdullah 60% dan 40% lagi sebab-sebab lain; maka wajarlah Dato Mukriz meneruskan usahanya mendesak Presiden Parti berundur dan semua ahli UMNO kena bersetuju. Saya dapat merasakan ramai yang bersetuju dengan tindakan Dato Mukriz cuma segan menyatakan pendirian. Kelazimannya, mana-mana pemimpin negara didalam dunia ini jika sudah tidak berkeupayaan lagi wajib berundur. Inilah cara yang lebih terhormat.
Saya setuju dengan komen saudara Polo dan Zuldin.Memang orang Melayu lebih gemar memendam perasaan dan berbahasa berkias.Tuan punya badan kenalah baca signal yang diberi. Bercakap ttg 32 NGO yg dikatakan menyonokng Perdana Menteri tu kita ingin tau lah juga 32 NGO itu dikatakan mewakili 15,000 hingga 17,000 ahli.Takkan semua ahli NGO tu menyokong PM.Kalau 100% pun menyokong PM, apalah sgt jumlah 17,000 orang berbanding lebih 10 juta pengundi
itu baru sikit yg nak keluar tunjuk sokongan , yg silence majoriti dah mula keluar bersuara krn tak tahan ngan juak -juak dia tuh. Khabarnya sokongan terhadap KJ utk ketua pemuda kin i merisaukan mukhriz
Yang sibuk sangat suruh Paklah berundur ini, nak ganti dengan siapa pulak? Buat cerita Anwar Ibrahim nak masuk UMNOlah; Anwar kalau masuk UMNO pun bukan boleh jadi Presiden Disember ni kena tunggu pemilihan sekali lagi baru boleh bertanding.Nak ganti dengan Kuli ke, Muhyiddin ke? Takkan nak ketepikan Najib begitu sahaja. Biar lah Paklah selesaikan dan pulihkan UMNO dulu, tentu dia lebih tahu bila nak berhenti. Orang kita kalau dipaksa-paksa sangat dia takkan berhenti la. Suruh dia selesaikan masalah dulu kalau dia yang jadi penyebab timbulnya masalah. Ask him to clean up the mess first before we ask him out. Kemungkinan besar si Mukhris ni takut kalau lagi lama Paklah jadi PM dan Presiden UMNO lagi banyak kisah silam Mahathir akan terkeluar..takut legacy Mahathir akan terpadam dan menjadi mimpi buruk mereka sekeluarga. tenaga dan wang ringgit yang ada bukankah lebih baik digunakan untuk memperkukuhkan parti, bukannya merporak perandakan parti.
Bagi la pemimpin baru pula menerajui Umno… aku bukanya apa kesian jugak nagan kuli dah berzaman tak dapat menjawat jawatan PM…. Muhyiddin pun perasan jugak…
Kepada lomang panas, siapa yang sokong kj? Pemuda Perak? Pernah tak ko pegi ikut jelajah Mukhriz? Berapa ramai Pemuda Bahagian yang sokong dia, tapi tak masuk paper? Setakat pemuda Perak (bukan semua pun) yang sokong (duit) kj apa nak takut.
Aku ingat bila kj datang program kat johor dulu (2007), takde pulak pemuda sibuk2 nak sambut dia. Yang sambut dia pun sebab terpaksa. Sebab dapat arahan. Itu sebelum pru12. Kalau berani datang sekarang, tak tahu la aku apa nak jadi.
Lagipun mana si kj tu sekarang ni? Tak nampak muka pun. Yang ada masa ‘live’ parlimen. Tu pun agaknya rtm terpaksa zoom muka dia kononnya lantang la. Time dia kena bantai dalam parlimen tak tunjuk pula. Macam ni ke nak dijadikan ketua pemuda?
AKU SOKONG PAKLAH LETAK JAWATAN
Alaaaaa cakap je lebih …lembaga disiplin tak ada tut tut…kalau tak berani cakap je tak berani…
Datuk mukriz terus kan perjuangan sampai pak lah turun…
korang pula tak tahu , korang tunggu saja hari besar nanti m kita lihatlah siapa yg kecundang, pasti naib ketua akan mengikut haraki dan terus terpilih sebagai ketua pemuda UMNO.
KALAU HARAP JUAK JUAK KHAIRY SAJALA YANG SOKONG DIA.
BERAPA KERAT SANGAT KALAU NAK BANDING NGAN MUKHRIZ
JAUH SANGAT LA
ORANG LA NI DAH KENAI LA SAPA KHAIRY TU
PENYAMUN
PENYANGAK
LANUN
TARK REJA TAU TAU KAYA
APA KE HEYNYE WEI YOB
ADA OTAK LETAK KAT LUTUT
PIKIOR LA
kalau si botak tuh boleh menang , aku akan hadiahkan dia rambut palsu. 2 tau , satu tuk dia satu lagi hang tahu lah tuk siapa