Jurang antara Mukhriz dengan Khairy untuk jawatan Ketua Pergerakan
May 30, 2008 by dewiarjuna
Bila tersebut dalam beberapa blog yang Mukhriz Mahathir dengan Khairy Jamaluddin sudah mula digambarkan dua jaguh akan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang ini, saya terpanggil untuk menyertai forum ini memberikan pandangan sama.
Mukhriz dikatakan telah memulakan perang saraf terhadap Khairy dengan hujahnya yang membawa maksud, beliau terlalu mahukan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda yang boleh membawa satu suara besar dalam UMNO yang setanding dengan barisan Naib Presiden UMNO.
Bila kita mahu mengadakan perang saraf, saya lebih baik beri amaran dulu supaya kita periksa saraf kita terlebih dahulu apakah ia berada dalam keadaan baik atau tidak. Kalau saraf kita sendiri kurang baik, perang saraf ini akan menjadi sampah sarap.
Kedua-duanya dari segi fizikal kelihatan sihat. Saraf masing-masing kenalah kita lihat jawapannya kepada tiap soalan diajukan. Orang yang menyoal selalunya tidak semestinya dari kalangan orang pandai, tetapi
penting untuk mereka yang menjawab supaya dari kalangan orang pandai.Dari soal jawablah kita boleh mengukur sama ada orang itu boleh dipertanggungjawabkan atau bolehkah dia memikul tanggungjawab.
Dalam soal ini, apabila seseorang yang menyatakan mahu menjadi sesuatu kenalah ada asasnya. Kalau mahu jadi doktor, kenalah belajar bidang kedoktoran. Kalau mahu jadi jurutera, kenalah belajar bidang
kejuruteraan. Tetapi kalau mahu jadi ketua dalam sesuatu organisasi, kenalah juga mahir dalam bidang yang diceburinya.
Untuk menjadi ketua pemuda misalnya, sepatutnya dia menjadi ahli
terlebih dahulu. Daripada menjadi ahli, dia akan dipilih menjadi exco. Dari
exco dipilih menjadi naib ketua. Dan dari naib ketualah patutnya
meningkat menjadi ketua. Dari segi adat, Khairy sudah mendapat mata paling
tinggi untuk melayakkan diri menjadi ketua pemuda.
Layak Mukhriz, tempat paling patut baginya ialah naib ketua. Tetapi semua ini tidak mudah berlaku apabila Mukhriz mahu pintas jalan. Dia mahu terus menjadi ketua pemuda. Mahu itu soal lain. Mampu juga soal
lain. Kalau tidak mendapat pencalonan yang cukup pun, payah juga untuk merealisasikan mimpi itu. Juga kalau mendapat pencalonan yang banyak, tidak menjamin sama sekali seseorang itu boleh selamat ketika bertanding kerana yang mengundi juga lebih berhak.
Kedua-dua jaguh yang saya sebutkan di atas tadi hanya masing-masing memegang tikit bertitlekan YB di tempat masing-masing. Muhkriz di Jerlun dan Khairy di Rembau. Tetapi pentas untuk mereka berdua adalah di peringkat nasional di parlimen, tempat pengubal dasar pada hakikatnya.
Untuk mencampuri urusan mereka ini ada yang berpendapat saya tidak layak kerana saya sudah bukan lagi setaraf usia dengan mereka. Malah lebih jauh tua dari mereka. Tetapi ingatlah bahawa untungnya orang tua
kerana dia pernah muda dan ruginya orang muda hanya kerana mereka belumpernah tua. Maka mencampuri urusan muda bukanlah halangan.
Dari pemerhatian saya, untuk memegang jawatan ketua pemuda ini harus mempunyai satu sifat berani yang luar biasa. Keberanian yang bertempat itu juga harus diiringi dengan kesabaran yang cukup tebal. Pastinya
juga kepintaran menjadi ukuran sama penting dalam proses menjalani aktiviti jentera yang hendak dipandu.
Perlu diingatkan bahawa jentera pemuda dalam parti bukan pemuda yang di peringkat budak-budak. Pemuda dalam parti adalah pemuda yang sudah akhirbaligh, dewasa, matang, berpendidikan, berpengalaman dan berwawasan. Kita tidak boleh menafikan pemuda hari ini sudah begitu ramai yang mempunyai berlatarbelakangkan dari kalangan bijak pandai, berpelajaran tinggi dan juga pengalaman yang agak jauh bezanya jika dibandingkan dengan zaman pemuda sepuluh tahun sebelum ini.
Maka tidak syaklah untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pada ketika ini bukan sebarang orang boleh ditempatkan mengikut selera individu atau sesuatu kumpulan sahaja. Mereka harus dipilih dari yang sudah
terpilih dan dibanci sehalus-halusnya sebelum membuat keputusan meletakkan seseorang di sesuatu mercu walaupun hanya di hujung dahan UMNO sahaja.
Dengan ampun, walaupun saya sudah patut mengambil kira peringkat lebih atas, tetapi pemuda tetap menjadi perhatian saya. Malah Putera UMNO juga saya teliti pergerakannya. Walaupun saya tidak minat bola, tetapi kalau bola itu menjadi teras aktiviti pemuda, saya berikan perhatian teliti bagaimana bola itu dikelolakan, siapa yang mengelolakannya dan siapa yang dipilih untuk menganggotai pasukan bola itu.
Kalau pemuda bermain motor berkuasa besar, saya yang tidak minat dengan kenderaan dua tayar itu, kecuali basikal, saya tumpukan juga seolah-olah saya minat sangat dengan motor berkuasa besar untuk saya mengukur ke mana arah pemuda dengan aktiviti motor berkuasa besar mereka itu.
Malah mereka yang minat cerut besar pun saya perhatikan bagaimana mereka menghabiskan gulungan tembakau tebal itu serta di mana mereka menggayakan cerut itu supaya saya dapat menilai bagaimana orang itu menjadikan cerut besar itu sebagai sumber ilhamnya menjadikan cita-citanya sebesar cerut yang dipegang dan disedut hampasnya. Saya pun tidak minat dengan cerut besar. Tapi kagum dengan orang yang mampu menghisap cerut besar yang tidak mampu bergantung di bibir seperti sebatang rokok yang
ringan.
Semua ini menonjolkan karisma masing-masing. Ini termasuklah penampilan seseorang yang mahu diberi title ketua dalam satu pergerakan yang menentukan arah mana pemuda generasi baru kita yang bakal menggantikan tempat pemimpin hari ini dalam meneruskan kesinambungan perjuangan bangsa untuk berdepan dengan cabaran yang pasti lebih hebat dalam abad-abad akan datang.
Dengan ampun maaf sekali lagi, saya rasa amat malu dengan penampilan Mukhriz yang disebut-sebut mahu memimpin pemuda dari awal-awal lagi mendesak perdana menteri supaya meletak semua jawatan dalam parti dan sebagai perdana menteri. Adalah mustahil Mukhriz walaupun ayahndanya sedang
tidak berlaga angin dengan Pak Lah, tidak tahu bahawa dia berada di pentas yang sama dalam UMNO menjunjung tikit ahli parlimen yang mana Pak Lah adalah ketua agungnya.
Ukurannya dalam sebuah syarikat, seorang kerani rendah menulis surat kepada pengerusi eksekutifnya supaya letak jawatan lagaknya. Memang ramai terkejut dengan tindakannya yang melanggar adat, tidak sopan dan sekali gus mengendos dirinya seorang yang cukup biadap.
Ada orang sampai terkata bahawa tindakan Mukhriz itu macam dia itu anak lelaki (a/l) kepada Karpal Singh atau anak kepada Lim Kit Siang pula rupanya. Kalau dia benar-benar anak kepada Karpal Singh atau anak Lim Kit Siang, memang layaklah dia berbuat demikian. Tetapi dia anak Mahathir yang seluruh rakyat Malaysia sanjungi sebelum ini yang telah membawa nama Malaysia ke mercu dunia.
Walaupun baru sekarang rakyat tahu terutama masyarakat Melayu sedikit demi sedikit bahawa Mahathir telah memberikan banyak implikasi buruk terhadap rakyat Malaysia keseluruhannya daripada kesan perjanjian konsesi tol, pegangan equiti pengswastaan yang longgar dan banyak lagi yang menyusahkan kerajaan pimpinan Pak Lah yang cuba sedaya upaya terpaksa berkorban maruah, berkorban member subsidi dan sebagainya bagi mengekalkan kestabilan negara. Hinggakan institusi kehakiman juga telah
menjejaskan nama baik negara akibat daripada sikap vito Mahathir semasa memerintah negara.
Kerana itulah Mahathir kalau boleh mahu terus menjadi perdana menteri supaya tindakan beliau yang sudah di peringkat bergelar Maha Firaun berkuku besi dapat dilindungi. Tetapi beliau sendiri sedar, masanya sudah sampai untuk beliau berundur diri kerana sudah semakin ramai mendentang dan mendesak beliau letak jawatan. Keadaannya sudah terlalu kritikal barulah dia dengan berat hati serahkan kepada Pak Lah. Mujurlah begitu.
Sekarang ini anaknya yang masih mentah, masih tidak kenal baik buruk dan tidak tahu memilih tempat dan tidak langsung tahu berbudi bahasa dengan ketuanya mahu jadi ketua pemuda yang bertaraf mini prime minister itu! Hilang akalkah pemuda yang mencalonkan dia untuk jawatan itu? Untuk naib ketua pun tak layak. Malahan untuk duduk dalam exco pemuda pun tidak ada class. Layaknya duduk di luar pintu UMNO sahaja.
Biarpun pahit mana sekalipun tindakan ketua pemuda sekarang ini, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bersama barisan exconya patut sudah bertindak menggantung Mukhriz dari exco pemuda walaupun tidak mencadangkan supaya dia dipecat dari UMNO sama sekali. Dia boleh jadi ahli, tetapi tidak boleh pegang jawatan. Dia boleh pegang jawatan, tetapi jawatannya tidak harus bernama atau berkuasa. Dia betul-betul belum layak. Kalau dia nak berhenti, tak payah beri notis pun tak mengapa. Berhenti serta merta lagi bagus kerana dia tidak perlu bayar gaji sebulan macam orang makan gaji. Ini pertubuhan sukarela, dan suka duduk beradap, dan pergi pun orang lain rela.
Ini tidak bermakna Khairy pula boleh menang jawatan ketua pemuda dengan mudah kerana ada lagi yang tidak ukur baju masing-masing untuk merebut jawatan yang sama. Ini termasuklah Mohd Khir Toyo yang sekarang memegang ID password Khir Penyapu. Yang lain-lain yang dah terlepas cakapnak jadi ketua pemuda tu, lupakanlah kerana beberapa orang yang disebut,tidak berkarisma atau sudah hilang raut wajah sebagai seorang pemuda.Ini termasuklah yang sudah kelihatan tua. Biarkan yang muda-muda
bertanding. Yang tua tunggu jadi penasihat apabila diminta. Jangan pandai-pandai beri nasihat, nanti anda dicap sebagai orang tak sihat pula.
Bagaimanapun dalam pada itu, sudah ramai pemuda bahagian yang sudah mengwar-warkan pendirian mereka memberi pencalonan kepada Khairy kecualidari Jerlun mungkin. Maka potensi untuk Khairy melangkah ke satu mata tangga lagi dalam arena politik cukup cerah.
Walaupun ramai percaya persepsi lebih penting daripada realiti, pada realitinya penampilan Khairy sudah cukup meyakinkan. Kalau ada yang percaya ada yang lebih baik dari Khairy, kemukakan dan jadikan pertandingan jawatan ketua pemuda ini satu pertandingan yang sihat dan hendaknya menjadi model kepada pelapis selepas ini pula tidak berebut-rebut dengan cara menggila-gila hanya untuk memegang jawatan berjenama ketua.
Langkah turun naik dalam politik ini, percayalah sistem step by step adalah yang terbaik. Begitulah apabila orang mempertikaikan bila Pak Lah akan step down, dia akan step down, tetapi akan step down step by
step. Begitu jugalah dia naik dulu pun mengikut anak tangga step by step. Jangan guna sistem step on him to step up. Berhati-hati juga apabila menggunakan sistem follow my ayahnda’s footstep, tetapi belum cukup masak lagi.
Ingatlah bahawa pemimpin yang bagus dan berjaya akhirnya ialah pemimpin yang pernah dipimpin tetapi tidak semestinya memimpin cara bagaimana pemimpin yang memimpinnya. Jangan lupa juga bahawa menjadi pemimpin bukan satu perkara mudah. Malah orang celik yang memimpin orang buta ke mana-mana juga bergelar pemimpin dan itu pun bukan satu kerja senang. Kalau tak percaya, tanyalah mereka!



















Nak Tahu apa Jurang diantara Mukhriz dan Kery… huh Jauh bezanya, Mukhriz berjuang untuk membela nasib rakyat sedangkan Kery berjuang untuk kepentingan diri sendiri. Pikirla sendiri.
Mat Piang!!!!!!!!! mih aku beri tahu kau sikit. Satu persoalan sahaja yang aku nak beri tahu sama kau. Apa sumbang Mukhriz selama ini didalam Umno?
Jadi hero yang diterrawakan oleh rakyat ke? Atau membuat kenyataan seperti kebudak-budakan?
Kalau kau nak tahu lagi…. Mukhriz tu gila kuasa, mcm bapak dia jugak. Kekayaan tak penting bagi dia, yang penting ada pangkat. HAPRAK la lu Mukhriz….
Tiada jurang sebenarnya tapi salah satu sebab utama kekalahan teruk UMNO kat Kelantan adalah kerana Khairy. Itu saja. Sekian.
Bagi aku Mukhriz tidak layak untuk menerima jawatan Ketua Pemuda.
Mukhriz boleh lupakan sahaja angan-angan nak rebut kuasa tu kerana Mukhriz tidak harus dan tidak layak untuk memegang jawatan terbabit miskipun hanya untuk masuk bertanding sebagai calon.
Tindakan Mukhriz yang mengkritik dan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka supaya meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dianggap tidak beretika dan biadap kerana cuba meremehkan status Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Perh!!! Khairy berjuang untuk kepentingan sendiri, itu kata kau dan majoriti org yang tak sependapat dgn ko.
Sama seperti politik PKR menyerang keperibadian pesaing politik. Cammon la yang nak musnahkan carier politik org lain kerana agenda peribadi. Tak selamat dunia dan akhirat
Kalau khairy tak layak.. Mukhiz lagi tak layak.. Maybe kita patut cari colon lain lebih wibawa..
Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir tidak layak menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini kerana meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, kata anggota Exco Pemuda Umno Md Jais Sarday.
“Umno tidak perlukan ahli politik yang bersifat pembangkang terutama kepada pucuk pimpinan parti,” katanya.
Jais, yang juga Pengerusi Biro Latihan Pemuda Umno berkata bahawa pada masa ini semua anggota Umno perlu menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan parti dan bukannya bercakap mengenai jawatan.
Pembangkang Pakatan Rakyat Said………Kalau khairy tak layak.. Mukhiz lagi tak layak.. Maybe kita patut cari colon lain lebih wibawa..
===============================================================
Aku ada calon yang lebih wibawa >>>> Kita suruh sahaja Ezam jadi ketua pemuda. amacam ok tak???
The son is NOT following the father’s footsteps BUT the damage have been done as far as his UMNO career is concerned …. Mukhriz is Going nowhere is UMNO .. he might as wellresigned now ….
Mukhriz stays put but urges PM to go
May 20, 08 6:06pm
breaking news The Jerlun MP says that he would not be joining his father in resigning from the party to protest against Abdullah’s weak leadership.
Sorry kalau Ezam kena tunggu 15 tahun lagi. Sekarang masuk pun banyak mata2 yang akan melihat tindak-tanduk Ezam and the gang.
Jangan terkejut, 10-20 tahun lagi negeri Johor akan menjadi milik Singapura secara total. Pada ketika itu, kita hanya mampu melihat dan menangisi kedaulatan negara yang dirampas oleh Singapura.
Sekarang kita orang-orang UMNO hanya mendiamkan diri menyaksikan menantu Pak Lah (mendapatkan pendidkan awal di Singapura) mempengaruhi bapanya untuk menggadai kedaulatan negara kepada Singapura.
Menantu PM pasti tersenyum melihat Pulau Batu Puteh jatuh ketangan Singapura. Ini adalah langkah pertama. Sekarang ini sedikit demi sedikit tanah di Johor telah dibeli oleh Singapura.
Jika ini berterusan, Johor negeri kelahiran UMNO akan jatuh ketangan Singapura.
Fikirkanlah…. Pemimpin kita minta rakyat bertenang… Sedangkan rakyat terus berputih mata melihat kedaulatan negara tergadai…. Apakah Istana Johor juga terpaksa dipindahkan ke Melaka satu hari nanti?
Mukhriz Mahathir the youngest son of the Prime Minister of Malaysia, Mahathir Mohamad, is also a business man. Mukhriz Mahathir controls the listed Malaysian company Reliance Pacific, which operates a chain of two-star hotels around Malaysia, and is one of Malaysia’s biggest tour organizers. There are 22 active subsidiaries in Malaysia. One of them, Prime Heritage, has taken control of two adjacent hotels — 493 rooms in total — currently under construction in Sydney, Australia. It also owns Sydney’s Royal Gardens Hotel. Another Malaysian company, Opcom Cables — Southeast Asia’s largest producer of high speed fiber optic cable — is jointly owned by Mukhriz, Mokhzani and Sweden’s Ericsson Cables AB.
Searches made at the Registry of Companies at the end of 1994, show Mukhriz had interests in 67 companies.
It has been published that Mukriz Mahathir is director of Taff Hotel Sdn Bhd one of the two companies awarded the Tanjung Jara Beach Hotel Sdn Bhd privatisation project by the Malaysian Government.
Mukhriz beri laaa aku sedikit kekayaan kau tu… Aku ni hidup merempat, susah… kalau kau bagi aku sedikit kekayaan kau , aku percaya kau akan menang pada pimilihan Ketua Pemuda nanti.
Mengapa Datuk Hisham tak berani menghukum Mukhriz???
LUUUUUU Pikiiiiiiir la sendiriiiiiiiiiiii>>>
Woi nAbIL …. Buang masa jer baca komen kau ni!
Rakan seperjuangan semua!!!! aku ada berita Terkini..
Kabinet putuskan jalan pintas Bukit Mahkota Cheras ke lebuhraya Kajang dibuka sementara tunggu keputusan makamah.
Sahabat-sahabat Bukit Mahkota Cheras, jangan la gaduh-gaduh… tak baik mencederakan orang. skit tau.. kena pukul.. diharapkan banyak-banyak laaa bawak bersabar yer….
Tahniah kepada Pak Lah kerana memberikan keyakinan terhadap badan kehakiman.
Saya sebagai rakyat Malaysia bangsa Cina berasa bahawa tidak perlu TUN ‘berperang’ dengan Datuk Seri Abdullah kerana beliau tidak mungkin meletak jawatan dengan desakan TUN. Sekiranya beliau rela meletak jawatan, beliau sudah lama berbuat demikian dan tidak perlu menunggu sampai didesak TUN. Namun begitu, tindakan TUN yang seolah ‘berperang’ dengan Abdullah memang sudah mengakibatkan bangsa melayu dan UMNO menjadi gelakkan seluruh dunia.
Pada saya, perkara ini bukan sahaja tidak membuahkan hasil kepada negara, malah menjatuhkan imej negara. Tetapi saya ingin menegaskan bahawa saya tidak memihak kepada sesiapa kerana pada saya apa yang penting ialah rakyat dan negara. Pemimpin hanya wakil rakyat yang dipilih oleh ‘RAKYAT’ untuk menguruskan hal ehwal negara. Namun selepas Pilihanraya Umum yang lepas, banyak masa telah dibazirkan dalam meneliti dan menganalisa keputusan itu sehinnga kita telah lupa kepada isu isu yang lebih penting iaitu kenaikkan harga barang-barang dan perkambangan negara. Saya ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya jangan membuang masa dengan hal-hal politik kerana kemelesetan ekonomi mampu melumpuhkan sesebuah negara, kita harus berusaha untuk mempertingkatkan daya saing kita untuk menangani masalah kenaikkan harga. Kerajaan mempunyai batasan untuk mengawal kerana isu kenaikkan harga seperti petrol bukan sekadar masalah kita, trend ini telah melanda seluruh dunia. Kita harus menjadi rakyat yang bijak supaya tidak terpengaruh dengan isu-isu politik dan parti supaya memilih sesiapa yang mampu berusaha untuk rakyat dan negara. Sekiranya seseorang wakil yang dipilih rakyat tidak melaksanakan tugasnya dengan baik, kita juga harus mengambil tindakan untuk memilih orang lain sebagai pengganti tidak kira partinya atau bangsa, hanya orang yang berkemampuan.
Apa sakit kepala ke? Macam nak compare KJ dengan Mukhriz. Ini macam nak compare permata (KJ) dengan batu.
I rasa lebih baik KJ buat stail Obama-je. Ignore terus juak juak ni, fokus kepada musuh no 1 negara, hero yang memperkudakan sistem perhakiman, menjadikan negara muflis sementara kroni dan anak anak membeli belah di luar negara.
Come on KJ!!!
Sebelum ini semua orang semestinya tertanya-tanya samada menantu Pak Lah yang paling kontroversi mampu memainkan peranan beliau sebagai seorang ahli parlimen yang “perform” didalam dewan rakyat. Seluruh negara juga tertunggu-tunggu apakah keupayaan dan kecemerlangan beliau sebagai seorang Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam mendepani isu-isu bangsa mampu diulangi pada ketika mana beliau menjadi ahli dewan rakyat?
Khairy seperti yang kita tahu sering dikelilingi pelbagai konflik, fitnah, dan kontroversi. Beliau jugasering disasarkan oleh barisan pembangkang sebagai menantu yang mengawal bapa mertuanya. Beliau juga sering digambarkan didalam laman-laman blog sebagai seorang yang mempunyai masalah moral yang serius serta mempunyai perancangan yang cukup terancang untuk merampas kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Namun, individu kelulusan oxford ini akhirnya membuktikan bahawa beliau mampu menggertak dan menyerang tokoh-tokoh terkenal pembangkang dengan pelbagai persoalan dan isu. Pada hari isnin yang lalu sewaktu membahaskan titah paduka DYMM Yang Dipertuan Agung, Khairy telah banyak menimbulkan kemarahan, teriak tempik pembangkang. Anak muda ini juga mempertikaikan keutuhan sebuah pakatan yang disifatkan oleh beliau sebagai “PR Exercise” semata-mata.
Ada masa beliau juga mencabar kerelaan parti PAS yang diketahui ramai mendokong agendaislamisasi, yang akhirnya terpaksa tunduk kepada ego dan keras kepada DAP. Banyak perkara yang seharusnya dijadikan peluru ataupun “bullet” diterjemahkan oleh anak muda ini didalam perbahasan tersebut. Hakikatnya adalah cukup sukar untuk seseorang yang pertama kali berbahas didalam institusi terpenting negara mencerna dan membentangkan hujjah yang cukup bernas, padu dan mampu menggoncang manusia seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Mahfuz Omar dan banyak lagi.
Kita masih lagi tertunggu-tunggu beberapa individu lain yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh terbilang negara. Persoalannya adakah Mukhriz, Nurul Izzah, dan Gobind Singh Deo mampu memberi persembahan memberasangkan didalam sesi parlimen kali ini? Adakah mereka juga mampu membuktikan bahawa kehebatan ayahanda mereka sewaktu beraksi didalam Dewan Rakyat mampu diwarisi? Hakikatnya anak muda yang sering ditohmah, difitnah ini telah memberi gambaran awal bahawa beliau tidak harus dipandang eneteng ataupun sebagai “punching bag” didalam perbahasan Dewan Rakyat. Namun, apa yang perlu kita lihat adalah anak muda ini sudah bersedia dan beliau mampu menjadi salah seorang pembahas yang tersohor dikalangan ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional.
Jelas, Muhkriz tiada sumbangan apa-apa kepada parti, yang ada suara sumbang beliau yang tidak henti2 mendesak PM berundur…
inikah ciri-ciri pemimpin??
Anak Jati,
Kau tak usah la jadi seperti PKR, cukup la ada PKR parti yang suka memfitnah kepimpinan BN.
Kalau yer pun ko penyokong setia Mukriz, bersaing la politik secara sihat. Cuba menjatuhkan ahli Umno lain dengan membuat serangan peribadi dengan mengadakan fitnah yang mengarut hanya akan memberikan persepsi yang negatif kepada Mukriz.
Dalam Malaysia nih kalau ada pun pengkhiat negara yang sanggup macam tu tak lain tak bukan Brader Anuar Bin Ibrahim.
Disini, saya meletakkan 2 perkara yang bole didebatkan. 1) Adakah mmg dalam diri AAB untuk melihat UMNO hancur dan seterusnya satu parti melayu baru timbul dimana DSAI akan memerintah (dalam masa yg sama KJ akan merealisasikan cita2 untuk menjadi PM pada usia 4o tahun); 2) jika kekalutan ini berterusan dalam UMNO, DSAI akan menjadi wira dan dipanggil semula menjadi penyelamat dan seterusnya dilantik Presiden UMNO dan kemudiannya PM.
Kedua-dua teori ini ada kait rapatnya dengan cita-cita menantunya menjadi PM dalam usia 40 tahun. Ini kerana cita-cita KJ menjadi PM tidak akan menjdai kenyataan jika Najib menjadi PM. Jika Najib menjadi PM, sudah pasti hampir 15 tahun beliau menjadi PM dan seterusnya Hisham akan mengganti dan mungkin akan mengambil masa hingga 20 tahun menjadi PM. Tolak campur, cita-cita KJ menjadi PM akan terkubur. Ini mmg akan sebenarnya memusnahkan satu perancangan manusia gelojoh dalam politik ini untuk berjaya.
Oleh itu, untuk menjadi PM, hanya seorang manusia dapat membantu iaitu DSAI. Umur DSAI yang semakin lanjut, akan seungguhnya menghadkan tempoh beliau sebagai PM. Jika beliau menjadi PM, sudah pasti NAJIB dan HISHAM akan diketepikan dan KJ akan menjadi orang paling berpengaruh. Dalam masa 10-15 tahun, KJ akan berjaya.
Antara usaha-usaha yang dilakukan KJ untuk mengukuhkan kehadiran DSAI dalam UMNO ialah: 1) membawa masuk EZAM dn CEKGUBAD kemabali dalam UMNO (kalau boleh bawa masuk semua orang PKR berbangsa melayu kerana mereka semua adalah orang UMNO tapi bertaat setia kepada DSAI); 2)membiarkan AAB lemah dan dalam keadaan UMNO yang takut menjatuhkan AAB, UMNO akan lemah dan penyelamat yang palaing berani akan diterima masuk untuk bertanding menentang AAB pada Disember ini iaitu DSAI.
Sekiranya, kedua-dua perkara tersebut direalisasikan, UMNO akan kembali dipenuhi oleh pemimpin-peminpin durhaka ini yang akan menghancurkan segala pengaruh NAJIB dan HISHAM dan dalam masa yang sama semua level dalam UMNO akan dipelopori oleh orang2 KJ.
Teori ini seperti tidak munasabah cuma satu yang perlu kita fikirkan. DSAI hanya dilahirkan untuk menjadi PM. Even ada pemimpin yang lompat keluar BN, jumlah itu cukup tapi tiada kekuatan kuat orang melayu. Tanpa kekuatan pemimpin melayu, DSAI akan tidak berkuasa ditekan DAP dan PKR yang bukan berbangsa melayu. DSAI tidak ada masa untuk itu. Beliau sangat tamak dan untuk ketamakan kuasa, beliau perlu solid vote org melayu. Jalan yang ada hanyalah melalui pintu UMNO. yang bole membawa masuk beliau ke UMNO ialah KJ. Dan satu perkara penting yang perlu diingati, DSAI dipecat tidak sampai 10 tahun yang lepas dan kebanyakan pemimpin UMNO yang ada sekarang merupakan orang-orang beliau juga semasa menghancurkan Tun Ghafar Baba dahulu. Berwaspadala wahai rakan-rakan semua. Ini akan terjadi
Cikano,
Congrat, Nice Comment..
Pergh tak logik langsung Brader Anuar Bin Ibrahim nak masuk UMNO. Banyak bekas pemimpin Umno yang keluar Umno dan menentang UMNO. Tetapi tiada seorang pun yang seperti Brader Anuar Bin Ibrahim yang sanggup menggadaikan Instituisi Ketuanan Melayu dan Islam semata-mata hendak menjatuhkan UMNO. Isu seperti Rasuah dan Kebajikan Rakyat mungkin ahli umno boleh terima tetapi menggadaikan Agama, Bangsa Dan Negara tidak sama sekali.
Tak mungkin Pak Lah dan KJ mahupun seluruh ahli UMNo menerima makhluk sebegini ke dalam UMNO semula. Hentikan membuat spekulasi peringkat tertinggi UMNO pasti akan bangkit semula dalam PRU13
Pembangkang Pakatan Rakyat , Kau fahamila komen ini dengan mendalam.. aku malas nak cakap banyak.
Sekali lagi Malaysia kehilangan haknya ditangan orang asing. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kita tidak lagi mempunyai kuasa dalam tuntutan Pulau Batu Puteh kerana ianya sudah melibatkan campurtangan mahkamah antarabangsa.
Yang menyedihkan hari ini, pemimpin negara menggadaikan tanah di negeri Johor kepada Singapura yang baru sahaja merampas hak rakyat Malaysia dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Pembangkang Pakatan Rakyat , Sudah la… kau jangan nak main wayang kat sini. Ini semua konspirasi terancang oleh menantu PM.
Sebelum ini memang sudah ada beberapa kali pemimpin PKR yang menyertai UMNO. Hamdan Taha, Zahid Mat Arip, Ruslan Kasim, Hanafiah Man dan beberapa orang lagi telah menyertai semula UMNO sebelum pilihanraya umum 2004 dan sepanjang tempoh pemerintahan Abdullah Badawi dari 2004-2008.
Akan tetapi kemasukan mereka-mereka ini menyertai semula UMNO tidak mempunyai nilai “berita” dan tidak memberi apa-apa makna kepada UMNO.
Parti yang ditinggalkan mereka juga tidak menjadi lemah malahan menjadi semakin kuat selepas tiadanya orang-orang seperti Hamdan Taha, Zahid Mat Arip, Hanafiah Man dan beberapa orang lagi.
Dengan kemasukkan Ezam kedalam UMNO, kekuatan Pak Lah dan menantunya akan bertambah didalam UMNO. Seperti yang diketahui umum, Ezam adalah seorang yang komited dalam perjuangan untuk melawan rasuah. Beliau pernah ditahan ISA dan ditahan di Penjara Kajang oleh kerana mendedahkan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO.
Mukhriz tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Janganlah disebabkan emosi dan rasa tidak puas hati bapanya terhadap kepimpinan parti beliau bertindak menjadi panglima yang sama sekali tidak rasional dan bertindak diluar batasan pertimbangan.
Mukhriz perlu mempunyai sebab yang lebih kukuh untuk menawarkan diri.Beliau mungkin begitu popular dikalangan rakyat, tapi situasi mungkin tidak seperti yang disangkakan didalam UMNO. Nasihat saya, dugalah dulu dalamnya lautan sebelum memulakan langkah.
Muhkriz perlu mengikut Tun agar humbankan diri jauh2 dari UMNO kerana dua beranak ini bukan memperjuangkan UMNO tp memperjuangkan politik peribadi masing-masing…
Khehehehe……………
Penulis ni hidup dalam ilusi rupanya.
Dan memang sebahagian besar pembesar Umno ni masih berilusi lagi.
Tulisan dan pemikiran bercorak beginilah yang terdapat dalam portal Umno sebelum PRU 12. Memandang rendah pihak lawan. Akhirnya dipaksa makan muntah sendiri oleh rakyat.
Teruskan berilusi wahai penulis. Mudah2an kerja kami terus berjalan lancar di PRU 13 nanti.
Aku respect kepda Tun tetapi tidak kepada Mukriz. Pada zaman pentadbiran Tun memang terkenal dengan diktatorshipnya. Tetapi pada waktu itu tidak salah, kerana setiap keputusan beliau pasti membuahkan hasil kerana beliau boleh di kategorikan sebagai pemimpin yang genius. Tetapi itu dulu sekarang siap yang segenius Tun takdakan. Jadi pemimpin sekarang harus harus mengeluarkan keputusan secara kolektif. Aku rasa Pak Lah ada ciri2 itu beliau membuat keputusan atas perbincangan bersama2 meneteri yg lain. Jadi yang salahkan Pak Lah seorang bila berlaku sesuatu yang tidak memihak kepada kita seperti kes batu putih dan kekalahan dalam PRU12 yang lalu. Kalau Najib dan Muyiddin pun hasilnya tetap sama percaya la cakap aku. Yang penting sekarang hormati Pak Lah yang menjadi Presiden PM. Kalau Pak Lah tak mampu nak takbir negara tak payah tunggu aku atau sesiapun kat sini Najib, Muhyiddin, Hishamuddin dan semua pemimpin besar Umno sendiri akan jatuhkan Pak Lah. Kalau Najib, Muhyiddin dan Hishammudin atau semua pemimpin UMNO pun korang tak percaya aku tak tahu nak cakap baik kita tutup jer UMNO.
Pasal Ezam and the gang tu gimik politik laa nak jatuh kan jatuhkan reputasi PKR, tak payah nak buat cerita Pak Lah & KJ rekrut geng baru Najib and The Gang pun tak bodoh dibiar Pak Lah jadi PM seumur hidup dia pun nak jadi PM jugak..
Hahaha ader juak-juak PKR yang nak buar Onar di sini, baik korang pi selidik ada blog ahli2 pas yang fedup dengan PKR. Kalau gelombang baru itu membesar dalam PAS tak payah tunggu PRU13 dalam tempoh PRU12 korang kembali menjadi pembangkang. Aku tak tahu la sampai bila PAS sanggup tahan dengan PKR Liberal nih…
Haaaa tajuk perbincangan yang menarik, antara KJ dan Mukriz bagi kawan terlalu jauh perbezaan perwatakan dan idologi kepimpinan mereka, KJ ditakdirkan menjadi Menatu kesayangan PAK LAH dan Mukriz ditakdirkan menjadi anak mantan perdana menteri (TUN Dr.M), darah keturunan yang mengalir di tubuh mereka berdua jauh berbeza, justeru itu sifat kepimpinan yang diwarisi sememangnya ketara, KJ dilihat oleh masyarakat sekarang (selepas PRU12) sebagai penyebab kekalahan BN dan berlakunya kepincangan didalam UMNO, Mukriz pula kini dilihat oleh masyarakat sebagai seorang HERO yang mewakili suara rakyat terhadap kelemahan kepimpinan PAK LAH, makin hari makin tinggi sokongan terhadap mukriz, bagi kawan KJ adalah seorang pemimpin generasi muda yang terlalu “GENGSTER” dan “BIADAP”, sifat ini lah yang memyebabkan kami ahli-ahli pemuda UMNO johor akar umbi tidak menyokong kepimpinan beliau, Kekalah BN dalam PRU12 adalah satu “STOP POINT” bagi KJ untuk terus berkuasa dan mengidamkam empayer kekuasan beliau. Kawan dan ahli-ahli UMNO akar umbi johor dengan ini berikarkan memberi sokongan padu pada datuk mukriz untuk menerajuai kepimpinan pemuda UMNO Malaysia, untuk KJ sejarah telah terpahat di hati setiap ahli UMNO bahawa dikaulah “PEROSAK BANGSA”, kawan teringat masa Majlis Permaufakatan Melayu di Johor… rata-rata orang menyalahkah KJ dalam hal kedaulatan bangsa.. isu keris pastinya orang menyalahkan KJ,,, Datuk Hisham hanya di buat sebagai Kambing Hitam oleh KJ ..kenapa KJ tidak berani memohon maaf ..jika Datuk Hisham boleh kenapa KJ tak boleh…begitu lah KJ .. dia seriangkali bersuara lantang … akhirnya Datuk Hisham yang kena ..itu pemimpin yang kita kehendaki… berani bersuara tetapi takut menerima kesannya.. bagi kawan Datuk Mukriz adalah seorang anak melayu yang berani bersuara dan berani menerima kesannya… ini perkara ciri asas untuk menjadi pemimpin…jika hanya pandai berpidato ,pandai berucap dan pandai bertindak tetapi tidak berani menerima kesannya .. baik jangan jadi pemimpin…jauh disudut hati kawan amat berharap agar kemelut atau kepincangan didalam UMNO ini dapat di redakan agar kita kembali bersatu, ibarat kiambang bertaut walau apa yang pun yang menimpa …..sekian salam perjuang dari kawan Johor
untuk isu battle for youth of the year …pendapat aku adalah mukhriz tidak layak bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda ..dia tiada ciri2 untuk jawatan yang sememangnya jawatan eksekutif dalam parti dan kerajaan . jawatan itu adalah penyokong dan orang kuat kepada Presiden dan PM . ciri2 itu tidak ada pada mukriz .. mukriz sudah silap langkah dengan awal2 lagi melawan Pak Lah dan mengugut supaya meletak jawatan . ini kah pemimpin yang kita mahu kan , kalau beliau menjadi ketua pemuda la , jika ada 1 isu ,kalau tak sependapat dengan kabinet dan PM ,ia akan jd bahan ketawa oleh pembangkang .
skrg Ezam kembali ke UMNO ,ura2 ditawarkan ke Ketua Pemuda ada jg khabar2 angin .. KJ bagi aku calon pilihan untuk jawatan ini ,, gaya kepimpinan dan kepetahan beliau berdebat di Parlimen mengertak pembangkang menujukkan kehebatan lulusan Oxford ini sbg ayam sabung Umno .. walaupun di kelilingi kontroversi , ini adalah cabaran dan dugaan buatnya .
Kami pemuda Umno Kedah berikrar akan memberi sokongan padu pada Mukhriz.Mukhriz berjaya membawa suara akar umbi.Membawa suara kami anak anak kampung yang telah di pinggir oleh kepimpinan sekarang.Apa yang pemuda buat untuk kami.Tolong nyata dan jelaskan disini wahai juak juak Khairy.Sebagai Timbalan Ketua Pemuda,apa jasa dia pada kami golongan bawahan.Sekadar mencari publisiti murahan kami dah tak heran.Kami boleh menilai yang mana intan,yang mana kaca.
Dengarlah,
Kami sebenarnya mencari seorang pemimpin yang berani,yang boleh mendekati kami,mendengar dan menyuarakan suara suara kami yang tak ternilai ini.Apakah kepimpinan pemuda sedar akan keperluan kami anak anak kampung.Berapa ramai yang menganggur.Apakah alternatif yang Pemuda berikan.KOSONG!!!!
Lhatlah.
PRU12..
Kami didekati oleh pembangkang.
Menjiwai kami.
Memahami kami.
Lantas.
Ramai yang terpaut pada janji janji pembangkang yang pandai mengambil hati dan kesempatan yang Pemuda tinggalkan.
Justeru..
Kecundang lah UMNO di negeri
KEDAH DARUL AMAN.
Selamat Tinggal Untulk sekian kali nya untuk UMNO.
Jumpa lagi PRU13.Mukhriz di hati kami.Insyallah.
Aku sokong tun simple jer,yg kepala kapal n korang yg tk tau diuntung ni,otak tk bleh pakai.ceh!
Membaca komen-komen disini bolehlah dirumuskan bahawa masih ramai yang terbelenggu dengan konsep pewarisan kepimpinan parti Melayu UMNO ini. Apakah UMNO khususnya Pemuda UMNO begitu ketandusan pemimpim sehinggakan hanya melihat kepada dua individu sahaja untuk menjadi Ketua Pemuda? Apakah tiada lagi yang lain yang berkemungkinan lebih layak untuk memimpin Pemuda UMNO? Tiada ujud lagikah pemimpin seumpama Dato’ Haron Idris, Syed Jaafar Albar, Dan Tun Sardon Jubir untuk memimpin Pemuda UMNO?
Pemuda UMNO perlu diberi nafas baru. Pemuda UMNO perlu satu tranformasi, dan jika terus kekal seperti masa kini Pemuda UMNO akan menjadi tidak lagi relevan kepada generasi muda. Pemuda UMNO perlu lebih vokal memperjuangkan kehendak bangsa; bukannya terperangkap dengan retorik lama dan mudah teruja dengan gimik-gimik yang menjengkelkan. Pemuda UMNO perlu lebih berani memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Dimanakah suara Pemuda UMNO berhubung dengan pemberiaan biasiswa? Bukankah biasiswa kepada pelajar Melayu adalah suatu hak yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia? Mampukah Khairy sebagai Ketua Pemuda menyuarakan hal-hal sebegini terhadap kerajaan yang diterajui oleh bapa mertua beliau? Apakah nanti beliau akan dilihat bukan sahaja derhaka kepada Perdana Menteri tetapi juga derhaka terhadap bapa mertua? Apalah yang boleh diharapkan daripada Mukhris. Kalau beliau menjadi Ketua Pemuda, ia hanya lah sebagai boneka kepada bapanya, mantan PM. Mahathir akan menjadi Ketua Pemuda dibelakang tabir. Semua tahu bahawa Mukhris bukannya ada ciri-ciri kepimpinan. Yang ada hanya nama. Kalau namanya Mukhris bin Semaun, tiada siapa yang akan mengendahkan beliau. Biar dia menyalak sorang-sorang. Pastikan dia tidak terpilih sebagai ketua pemuda. Umur pun dah lanjut kalau nak extend jawatan Exco Pemuda, kalau nak bertanding MT pasti tak lepas punya. Biar dia jadi ahli biasa sahaja. Tanding Ketua Pemuda Kubang Pasu pun tak lepas, itupun lawan anak tokay kilang beras sahaja. Anak PM dan Ketua Bahagian sendiri pun tak boleh nak menang. Jadi AJK bahagian dah nak dekat satu penggal baru hadir mesyuarat dua kali. Menyalak saja kuat, substance tak ada. Contribution elek. Harap Mukhris belajar bersyukur dengan apa yang telah ada. Dah jadi MP. Dah kaya raya. Masa dah berubah. Keistimewaan anak PM sudah tiada lagi, cuma anak bekas… biasa lah kalau dah jadi bekas. kain lama kalau dah tak boleh nak dipakai, akan dijadikan kain buruk untuk mengelap. In this case air mata Mukhrisss…
apa cerita bh.merbok.kdh, buat malu orang kedah yang terus sokong UMNO sahaja. termakan janji pembangkang masa pilihanraya. itu menunjukkan bahawa anda sememangnya tidak setia pada parti. Memprotes terhadap parti masa pilihanraya adalah tindakan orang yang tiada akal dan singkat politik. kalau tak suka gunalah kuasa memilih semasa pemilihan parti, bukannya masa pilihanraya. marahkan parti sampai memenangkan parti lawan… that is just plain stupid. terima kasih kerana meninggalkan UMNO. UMNO tidak memerlukan ahli seperti anda.
Bagi aku mudah saja, aku tidak nampak apakah relevan nya Mukhriz menjadi ketua pemuda UMNO , krn aku hanya nampak dia berjuang untuk ayahnya saja. jika mUkhriz mahu jadi ketua pemuda , dia patut membentangkan visinya, kalau setakat visi mahu menawan kembali negeri yang telah ditawan oleh pembangkang itu visi bodoh, semua orang boleh ckp macam itu, cakap tak serupa bikin. Apakah seorang bakal ketua pemuda UMNO bersikap biadab kepada pemimpin UMNO khususnya kepada Presiden parti. Bagi aku biar lah KJ saja yg jadi ketua pemuda UMNO krn KJ sudah dilatih oleh Hishamuddin bagi menyambung perjuangan nya sebagai ketua pemuda UMNO.Apa yg kita dgr semua tentang KJ banyak tipu sebab perasaan dengki dan cemburu kpd KJ hanya kerana dia menantu Pak Lah. Tak Salah jika menantu Pak Lah menjadi Ketua Pemuda UMNO. Ramai juga anak menantyu yg berpoitik di negeri lain.
walaupun KJ hebat dihentam oleh Mukhriz aku dengar kedudukan sokongan KPU sekarang KJ mendahului Mukhriz 80/20 - KJ telah menghantar unit kempoennya dalam diam . Perak , N9 , Melaka < sabah , selangor , johor , perlis , penang , pahang , terengganu telah banyak KJ tawan. Kedah 60/40 . Itu yg buat Mukhriz sekarang pening lalat dan bertambah kurang ajar dan kurang asam kpd UMNO, Aku rasa Mukhriz dan Khir Toyo sudah buat kesilapabn besar kerana menyalak hari - hari. Pemdua bertambah bosan dan KJ pula mengambil pendekatan yg cool. inilah kelemahan kedua-dua calon ini. Perlu memperbaiki kesilapan.
Utk DSAI kembali ke UMNO tidak mungkin, teori mengatakan KJ mahu membawa DSAI masuk UMNO itu fitnah geng Mukhriz utk memburukkan KJ saja. Tak perlu kita percaya teori sebegini. Ezam sudah beri tahu kno dia nak masuk UMNO. Knpo nak pusing2 lagi.
Ezam dalam UMNO akan menjadi seperti org adil lain, akan tengelam pelan-pelan dan akan terkubur kerier politik nya.Cik Gu Bard nak masuk UMNO kita x perlu heran , budak ini nak cari kesenagan hidup dgn menggunakan blognya. Dia ni x akn pergi mana, x yah risaulah cik gui bard ini, anak ikan bilis saja, Boleh diratah nanti.
Itulah sebab dia akan bertanding dimana saja KJ bertanding sebab nak cari publisiti. Bdk ni giler glamour. apa-apa pun aku rasa nasibnya x lama . tapi kalau dia bijak main politik pasti dia akan berjaya juga mcm ibrahim ali ,
Kita tak perlu risau dgn dua org ni, mrk masuk parti ni bjukan keluar parti.
pada firasat saya…kedua2 KJ dan mukhris tidak berhak mengepalai pemuda UMNO..tetapi jika hanya dua ini yg ade..saya syorkan kita memilih KJ..less of two evils..mukhris terlampar korupt..dan sudah hidup senang lama..’perjuangan’ dia hanya utk mengekalkan gaya hisup mewah yg dia dapat melalui tiket anak PM yg dia sudah kehilangan..sedikit demi sedikit..lalu dibuatnye peel2 yg memalukan UMNO dan bangsa kita..malu saya!….tetapi sekarang memangdangkan ezam telah masuk ke UMNO saya rasa beliau lah yg paling layak, kerana perjuangan dia lebih ikhlas…
aku pilih KJ aku dah x nak kepimpinan mcm tun dulu. mana lagi nak tyumpah nya kuah kalau bukan ke nasi, kalau mukhriz pimpin pemuda, pemuda dalam 10 tahun akan berpecah 18 , mcm umno masa kepimpinan ayah nya, depa sekeluraga ini kaki kgaduh, sapa yg bijak aja depa ajak gaduh , cantas sana cantas sini, akhirnya umno pupus , pas tuh salahkan org
Pandangan yue lim:
“Kita harus menjadi rakyat yang bijak supaya tidak terpengaruh dengan isu-isu politik dan parti supaya memilih sesiapa yang mampu berusaha untuk rakyat dan negara. Sekiranya seseorang wakil yang dipilih rakyat tidak melaksanakan tugasnya dengan baik, kita juga harus mengambil tindakan untuk memilih orang lain sebagai pengganti tidak kira partinya atau bangsa, hanya orang yang berkemampuan.”
Ulasan:
Terima kasih yue lim kerana membuat rumusan seperti di atas. Untuk pengetahuan yue lim negara ini pernah satu ketika dulu diperintah oleh kuasa asing. Mereka telah menerap nilai-niai tertentu dalam kehidupan termasuk politik. Mereka jugalah yang telah menjadikan negara ini begitu majmuk. Itu tidak mengapa tetapi yang tidak eloknya ialah mereka (kuasa asing) telah tidak melihat kemajmukan dalam konteks kemasyarakatan tetapi sekadar mahu mendapat pulangan ekonomi seberapa banyak yang mungkin menerusi indutri perlombongan dan pertanian.
Impaknya ialah ketidak seragaman demografi dalam konteks taburan penduduk, aktiviti pertanian, perniagaan, pembangunan dan banyak lagi. Apabila rakyat mendapat hak dan kuasa mentadbir, semua kita berada dalam kelompok-kelompok berbeza dan mempunyai tahap pemikran dan pencapaian yang berbeza. Ini menjadikan kita dibebani dengan tugas berat bagi memperbetulkan ketidakseragaman yang wujud dalam masyarakat. Setiap golongan harus diberi peluang untuk meletakkan diri pada tahap minima agar dapat bersaing secara adil dan saksama dalam persekitaran terbuka.
Keperihatinan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dalam menyelesaikan aspek ini (ketidakseimbangan masyarakat) perlu diberi pengiktirafan dan penghargaan sewajarnya. Susulan usaha tersebut, masyarakat sedikit demi sedikit menjadi lebih seragam dari segi pendidikan, ekonomi, perumahan dan sebagainya. Namun, lebih banyak masa diperlukan untuk mencapai sasaran di mana setiap kelompok masyarakat mampu berdiri atas kaki masing-masing.
Selagi tidak ada keseragaman dan keseimbangan sudah pasti rakyat perlu bijak dalam membuat keputusan iaitu dengan memilih parti yang dapat
memperjuangkan isu-isu yang masih membelenggu masyarakat. Untuk pengetahuan awak (yue lim), rakyat adalah bijak kerana itu mereka telah memilih BN. Mereka tidak bodoh untuk termakan pancingan parti-parti lain yang membawa isu yang tidak relevan dengan kemajmukan permasalahan rakyat negara ini. Pilihan mereka ternyata berbaloi (masyarakat jauh lebih seragam) dan mereka sebenarnya mendapat pulangan baik hasil daripada pelaburan (mengundi BN) dalam setiap kali PRU.
Namun, apabila negara telah maju dan setiap kelompok rakyat mampu berada pada tahap minima untuk bersaing, senario politik boleh mungkin saja berubah mengikut zaman. Sebelum masa itu sampai, rakyat perlu terus bijak mentafsirkan bahawa status quo yang ada masih perlu dipanjangkan.
Shahidan akan dicabar dalam pemilihan Umno Bahagian tahun ini
Baru-baru ini Ameir Hassan, Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis yang baru dilantik telah menyeru secara terbuka agar bekas Menteri Besar Shahidan Kassim melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis dan Pengerusi BN Perlis.
Ianya bagi memberi laluan kepada Md Isa Sabu dilantik ke jawatan tersebut yang mana sesuai dengan kedudukannya sebagai MB Perlis. Perkara ini juga dapat mengatasi masalah perpecahan dalam Umno Perlis.
Manakala Shahidan telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak mahu melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan kerana katanya beliau adalah Ketua Umno Bahagian Arau yang dipilih oleh perwakilan parti.
Sebagai langkah untuk menyatu-padukan Umno Perlis, Presiden perlu bertindak segera untuk melucutkan jawatan Shahidan dalam Perhubungan Perlis dan diserahkannya kepada Md Isa. Pak Lah perlu sedar bahawa Shahidan adalah salah seorang perancang dalam Team Wawasan yang pernah memainkan peranan dalam Pemilihan Umno 1993 untuk memastikan Pak Lah kalah sebagai calon Naib Presiden.
Perkara ini tidak mustahil akan berulang lagi dalam Pemilihan parti Disember ini kerana Shahidan secara senyap-senyap menyokong calon-calon yang dipersetujui oleh Dr Mahathir Mohamad. Shahidan sendiri telahpun mula mengatur perancangan dan gerakan untuk bertanding kerusi Naib Presiden.
Di peringkat negeri, usaha ketua-ketua cawangan di Bahagian Arau mengatur pertemuan dengan Ameir untuk menyatakan hasrat mereka agar beliau bersetuju untuk bertanding bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Arau yang ketika ini disandang oleh Shahidan perlu dilihat sebagai tanda sokongan kepada Presiden parti di kala kedudukannya digugat di setiap negeri termasuk di Perlis.
Ameir yang juga merupakan seorang peguam dilihat calon yang paling layak untuk menggantikan Shahidan sebagai Ketua Bahagian Arau kerana beliau tidak pernah berada di mana-mana kem sebelum ini dan ini sebagai satu faktor penting untuk mengukur kesetiaannya kepada Pak Lah jika mahu dibandingkan dengan Shahidan yang pernah berada dalam banyak kem ketika pemilihan.
Shahidan sendiri pernah mengatakan kepada penyokong-penyokongnya bahawa baginya istilah kesetiaan tidak pernah wujud dalam kamus politiknya. Ini menggambarkan beliau boleh berpindah ke mana-mana kem dalam sekelip mata sahaja jika ianya mampu memperkukuhkan kedudukan karier politiknya.
Ammar Hassan
Bekas Ketua Pemuda Bahagian Arau
aku bukan org umno..saje2 je tgk web ni..tapi pada pendapat aku calon ketua pemuda umno takde yang layak la baik mukhriz atau khairi..khir toyo lagi la samdol,sepatutnya jadi wakil rakyat pon khir tak layak..
aku rasa mukhriz lagi la teruk dari khairi..daripada mukhriz baik khairi,tapi khairi pon tak elok..cakap banyak je lebih.korang carik la pemimpin yang ada faktor x..ada tu, cuba carik betul2..jangan pilih sbb nama dah glemer mcm khairi,tapi ramai yg org menyampah.., payah2 ezam pon boleh..
semoga bertambah kelam kelibut lah umno,
pergh ade ahli UMNo yang vote PR sebab sokong Mukriz.. Betul atau tidak, aku tak tahu. Mungkin penyokong PR yang terkenal dgn batu apinya cuba menyucuk jarumnya di sini. Kalau betul ada ahli UMno yang buat macam tu, korang memang memalukan TUN dan Mukriz itu sendiri. Bawak bertaubat kerana perbuatan korang telah menggadaikan agama dan bangsa di tangan PKR Liberal dan Munafik….
Yue Lim,
Study dulu sejarah penubuhan melayu, you will understand if there is fairness in your heart…
Yue Lim,
Study dulu sejarah penubuhan melaysia, you will understand if there is fairness in your heart…