Islam hadhari: Mufti ulas Dr Hassan
May 31, 2008 by fazlee
Mufti Perlis mencadangkan kerajaan Selangor yang mengharamkan Islam hadhari supaya menilai perkara itu secara objektif dan menerima aktiviti dan dasarnya yang baik.
“Istilah Islam hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, pelaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diuar-uarkan,” kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.
“Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ (Islam hadhari) supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu.”
Melalui laman webnya ‘Minda Mufti’, beliau mengulas kenyataan exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali awal minggu ini, termasuk isu pengharaman arak dan hiburan.
Isnin lalu, kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
Berucap dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Dr Hassan berkata semua masjid dan surau diarah tidak lagi mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu.
“Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup,” katanya.
Mengulas cabaran Dr Hassan agar membuktikan calon-calon PAS, termasuk beliau sendiri, pernah berjanji untuk mengharamkan arak dan judi di Selangor, Dr Mohd Asri mengulas:
“Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Saya seakan bermimpi. Suara siapakah yang saya dengar sejak dahulu yang begitu garang menghentam dan mengkritik kewujudan arak dan judi dalam negara ini.
“Aduhai politik dan kerusi terlalu cepat mengubah manusia. Tidak hairan jika ada tokoh yang menyebut: ‘Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik’.”
Jika terus berdepan isu pengharaman dua perbuatan maksiat itu, beliau mencadangkan exco kanan kerajaan Selangor itu menjawab:
“Alangkah baik jika disebut: ‘kita sedang berusaha, atau masih dalam proses, atau mengambil pendekatan yang tersusun, atau sedang meneliti’ atau seumpamanya.”
padu convention 241004 hassan aliDr Hassan, yang juga pesuruhjaya PAS, menafikan parti itu pernah berjanji menutup semua pusat hiburan termasuk kilang arak dalam pilihanraya umum lalu.
Bercakap ketika membuat penggulungan di akhir akhir DUN Selangor, beliau mencabar sebarang pihak agar mengemukakan bukti yang menunjukkan pemimpin PAS pernah membuat janji sedemikian.
“Jika ada yang mendakwa saya dan ahli PAS lain yang membuat janji ini, saya cabar mereka kemukakan, tunjukkan bukti daripada mana-mana sumber.
“Jika mereka ada bukti, sila tunjukkan kepada saya bahawa PAS ada membuat janji-janji ini kerana kita tidak pernah membuat janji sedemikian.”



















Tak mengapalah kalau Dr hassan Ali mahu menafikan kewujudan janji berkaitan isu judi dan arak. Kita terima ajalah yang beliau tidak membuat janji tersebut. Kesimpulannya ialah:
1. Ia satu trend yang baik. Kalau PAS boleh buat maka yang lain pun boleh buat juga. Cakaplah sampai keluar api mengenai isu apa sekali pun tetapi ia bukanlah satu ikrar dan janji daripada pihak yang bercakap yang dia akan mengikuti/mempraktikkan apa yang dicakapkan.
2. Walaupun banyak ceramah yang dibuat namun, jika si penceramah tidak membuat apa janji, anggap sajalah yang ia sekadar ceramah dan bukan automatik satu janji.
3. Ahli politik boleh bercakap sampai buih keluar dari mulut dalam usahanya mengkritik bagi menghentam kelemahan sesuatu akta misalannya, tetapi selagi dia tidak berjanji maka dia tidak semestinya akan memperbaiki akta berkenaan.
4. Sepanjang pengetahuan kita, PAS/PKR/DAP tidak pernah berjanji akan menerus projek-projek yang diilhamkan oleh UMNO/komponennya. Sebab itu kita tidak boleh menyalahkan BR kalau mereka mengambil pendekatan untuk tidak meneruskan projek yang dimulakan oleh BN.
5. PAS/PKR/DAP tidak pernah berjanji untuk menerima pakai DEB. Oleh itu kalau BR membuat keputusan drastik untuk tidak menghormati DEB, ia juga adalah betul dalam konteks mereka tidak pernah berjanji.
6. Walau pun BR lantang mengkritik lawan dengan menggunakan judi, maksiat, gejala sosial, arak dllnya tetpi selagi tidak ada janji bertulis maka ia tidak boleh dianggap sebagai mahu menyelesaikan masalah berkenaan.
7. Agama pada golongan tertentu boleh menjadi ‘alat’ untuk menjadikan umum memandang rendah terhadap keupayaan pihak lawan dalam menangani isu tertentu yang ada kaitan dengan agama. Selagi tiada janji yang ditampalkan dengan “setem duti” maka bukan bermakna golongan berkenaan ada membuat janji mahu menangani isu tersebut apabila mempunyai kuasa dan kesempatan.
8. Walau pun BR terutama PAS banyak memperkatakan mengenai sensitiviti
segolongan masyarakat terhadap khinzir tetapi itu tidak boleh ditafsirkan sebagai janji untuk membela sesiapa jua golongan yang sensitif terhadap najis khinzir. Dan pada masa sama bukan bermakna telah berjanji untuk tidak menghalang mereka yang tidak sensitif terhadap khinzir untuk menggandakan bilangannya.
9. Walau pun PAS mempunyai cita-cita besar untuk mengamalkan prinsip agama dalam semua peringkat pentadbiran, tetapi selagi janji yang dahulu itu yang telah dibatalkan tidak diperbaharui maka anggaplah PAS tiada janji untuk melaksanakannya.
!0. Cakap banya-banyak tetapi tidak berjanji mahu melakukannya adalah umpama bercakap kosong. Patutlah budaya tin kosong semerbak harum dalam kalangan PAS/PKR.
ustaz ke hasan ali ni, universiti islam mana yang di masuk, apa kelayakkannya sampai begitu berani mengharamkan islam hadhari, Babi yang 100 juta tu kenapa dia halalkan…. ini macam punya orangpun masih ada dalam dunia ni.
Islam hadari..pelik juga pak tam dengaq…mesjid kat kg2 tengok dok takuk lama gak..jemaah pun dok asyik orang tu gak..tak nampak perubahan apa pun..
nak kata pemuda , wanita , veteran sambut hadari sampai tak muat mesjid dak juga..kalau hari jumaat biasa la..sampai parking tak muat..semua tau kan..
tak nampak beza pun…tapi yang pak lah dok laung satu donia mesia hadari hadari rupa nya hanya slogan saja la no…
tu la len kali tok sah la nak promote islam hadari macam satu mazhab baru..orang umno pun tak paham sangat pasai hadari ni…
rukun hadari ada 10 perkara..pak tam pun tak larat nak hapai…apa lagi nak ikut..
yang dok ada ni pun tak terbawa gatai nak tambah tambah konon…
ikut hang la pak lah ..