Top

Cara orang dulu pertahankan UMNO

May 25, 2008 by admin 

Editor,

BAPA saya tinggal di Tanah Rancangan Felda. Walaupun hidupnya susah satu ketika dulu, dia sangat percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional atau Perikatan yang berteraskan UMNO, sudah berusaha memajukan rakyat jelata.
Dia yakin bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Allahyarham Tun Razak dan pemimpin-pemimpin lain telah berusaha memajukan bangsa khususnya orang Melayu ke tahap hidup yang lebih baik.

Usaha mendidik anak bangsa dipergiatkan dari semasa ke semasa, hingga mereka dapat sampai ke menara gading dan membina hidup yang gemilang. Slogan Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat sentiasa tertanam di sanubarinya.

Tidak terlintas di dalam pemikirannya bahawa dia akan mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO walaupun dia tidak hidup senang-lenang atau memiliki harta yang boleh dinikmati hingga tiga generasi seperti yang diceritakan sejak akhir-akhir ini.

Itulah gambaran hidup bapa saya seorang veteran UMNO yang berusia lebih 80 tahun. Itu juga adalah gambaran sebahagian besar orang-orang tua dalam UMNO di kampung-kampung di negeri Johor atau di negeri-negeri lain juga. Pergilah dan tanyalah kepada mereka, apakah mereka sanggup meninggalkan UMNO? Jawapannya tentulah tidak?

Hasutlah mereka, provoklah mereka dan taburlah apa jua fitnah terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dari dulu hingga hari ini. Mereka tidak akan termakan hasutan dan pujukan meninggalkan UMNO kerana kepercayaan dan keyakinan bahawa UMNO telah memerdekakan negara ini dan membangunkan hingga kehidupan mereka bertambah baik. Mereka percaya jika ada keburukan-keburukan yang berlaku, kesalahan harus diletakkan kepada individu yang melakukannya dan bukan kepada UMNO.

Meninggalkan UMNO bermakna memusnahkan sejarah yang telah terbina lebih 50 tahun! Amatlah sedih dan dukacita jika orang-orang Melayu termakan hasutan dan pujukan meninggalkan UMNO. Parti yang menjadi nadi bangsa Melayu.

Jangan kita abaikan kesetiaan dan pengabdian bangsa Melayu kepada UMNO. Pemimpin UMNO mana yang tidak pernah dikritik? Almarhum Tunku dan Allahyarham Tun Razak dikritik, malah Tun Mahatihir sendiri telah dikritik hebat selama lebih dua puluh tahun dengan pelbagai ejekan, tohmahan dan gelaran-gelaran buruk.

Antara yang terburuk ialah Mahafiraun, Diktator dan Mahazalim. Tetapi siapakah yang mempertahankannya? Tentulah ahli-ahli UMNO dan juak-juak UMNO yang mempertahankannya hingga berkuasa 22 tahun.

Tun Mahathir bukan berdiri sendiri melainkan disokong dan didukung oleh rakan-rakan dalam UMNO, Barisan Nasional, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin akar umbi sehingga kepada orang-orang kampung yang menyokongnya dari jauh dan dekat.

Hingga kini mereka masih berada dalam UMNO dengan taat, setia dan tabah. Mereka yakin perjuangan mereka benar. Tidak tergugat setianya kepada UMNO, walaupun Tun Mahathir sudah keluar daripada UMNO.

Itulah bapak-bapak kita yang berjuang dalam UMNO. Mereka puas melihat UMNO/BN memajukan negara. Mereka gembira apabila UMNO/BN menang dan berdukacita apabila UMNO/BN mengalami kemerosotan. Mereka puas melihat kejayaan anak-anak mereka yang melangkau dunia lebih jauh dari yang mereka sudah alami. Walaupun mereka tidak punya kereta besar dan harta untuk dinikmati hingga tiga generasi. Sokongannya kepada UMNO/BN cukup ikhlas.

Inilah pendirian rata-rata masyarakat tua yang berada di Johor atau di negeri-negeri lain khususnya di kampung-kampung. Mereka melihat UMNO sebagai ’satu pakej perjuangan bangsa’ , bukan melihat UMNO sebagai sesuatu yang terpisah-pisah atau serpihan. Pakej inilah yang membawa bangsa ke arah yang gemilang.

Oleh yang demikian, hargailah perjuangan orang-orang tua kita. Kalau ada seorang dua yang mahu keluar UMNO, bermuhasabah dan berfikirlah. Pandang dan lihatlah perjuangan veteran UMNO di kampung-kampung yang tidak kenal makna ‘keluar parti’ kerana mereka merasai duri-duri perjuangan dari dulu hingga kini.

Ingatlah slogan ‘UMNO dulu, kini dan selamanya.’ Jangan biarkan slogan tinggal slogan. Slogan bukan untuk ditampal pada kereta tetapi untuk ditampal di otak atau pemikiran agar perjuangan kita terus mekar, segar dan kekar.

Bagi generasi pemuda UMNO, kitalah pewaris kepimpinan bangsa. Kalau kita kerja ‘keluar masuk’ parti, sampai bila pun kita tidak dapat berkhidmat dengan sempurna. Kita seperti tiada pendirian dan ‘lalok politik’. Marilah kita kekalkan perjuangan UMNO di saat-saat parti memerlukan khidmat kita.

GUNAWAN MAHMOOD
Johor Bahru

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

2 Responses to “Cara orang dulu pertahankan UMNO”

  1. Zaleysmbs on May 30th, 2008 5:30 pm

    Assalamulaikum … kemas dan padat isi kandung pandangan gunawan, kawan setuju dengan pandangan awak bahawa selogan UMNO ‘UMNO dulu, kini dan selamanya’ , dan kawan setuju juga dengan ketaatan ayah dan bonda awak terhadap UMNO tu yang dinama kan “UMNO tootk” walau dimomok …walau di ancam dia akan tetap setia pada UMNO , bapak kawan pun sama juga, sejarah perjuangan UMNO dalam memertabatkan Bangsa memang tidak ada siapa boleh pertikaikan kejayaannya,Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan UMNO, kemajuan dan mercutanda kebanggan negara adalah hasil pemerintahan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO, kawan cukup bangga dan berbesar hati, konfik dalam UMNO memang sudah menjadi tradisi, saban tahun mendatang tentunya ada pertelingkahan dalam kepimpinan UMNO, sejarah telah membuktikannya,,,kemerosotan sokongan rakyat terhadap kerajaan di tunjangi oleh UMNO sudah sememangnya ada , tetapi dengan semangat ahli-ahli UMNO dan pemimpin UMNO untuk memulihkan kembali kekuatan dan keyakinan rakyat akhirnya membuahkan hasil … sehingga UMNO bertahan sehingga sekarang, PAK LAH hanya baru beberapa tahun menjadi Nahoda untuk mengemudi arah tuju UMNO saban hari di uji , kini ujian paling getir bila mana keyakinan rakyat sudah tidak ada untuk PAK LAH ..bukan pada UMNO… PAK LAH tidak dapat menghadapi onak dan ranjau menjadi Pemimpin no 1, PAK LAH gagal mengemudi bahtera UMNO kejalan yang selamat, kini kelihatan bahtera UMNO yang dikemudi oleh PAK LAH hampir menuju ke SEGI TIGA BERMUDA,,, dalam kekalutan ini lah ada pemimpin2 yang berpengalaman ingin memberi tunjuk ajar ..tetapi kerana sifat BONGKAK PAK LAH dia rela bahtera ini Tengelam dari menerima nasihat, ini bukan kerana ketaatan atau kesetianan ..ini kerana kita kena melihat apa arah tuju dan perjuangan asas UMNO, UMNO di tubuhkan untuk membela dan menjaga kedaulatan bangsa Melayu,,,kenapa melayu kini berpecah??? ada dua sebab… rakyat melihat perjuangan UMNO dibawah kepimpinan PAK LAH terlalu lemah dan mustahil untuk dengan kelemahan ini PAK LAH dapat mempertahan kan kedaulatan bangsa melayu,,,, kedua ??? PAK LAH dilihat oleh rakyat melebihkan keluarga dan keroni2 serta dasar luar negara nya terlalu lemah sehingga singapura mampu mengambil dan membolot tanah2 orang2 Melayu (spt iskandar malaysia) kini Pulau batu putih telah menjadi hak singapura, rata-rata orang melayu di johor cukup terkilan dan marah kerana setiap jummat solat hajat di lakukan untuk memhon kepada allah agar kedaulatan pulau batu putih menjadi hak kita,,, kini hanya tinggal kenangan.. siapa yang harus dipersalahkan ,,, Iskandar Malaysia yang di ilhamkan oleh PAK LAH bakal menjadi lagi satu lagi tempat yang akan menjadi tanah air singapura,,, walau pun bukan sekarang …tetapi cucu cicik kita akan menghadapinya… “bagi kawan isu pulau batu putih ini adalah satu pengajaran yang amat bermakna kepada kepimpinan negara khasnya PAK LAH jangan kita menang bersorak akhirnya kampung dan tanah air kita tergadai…. sekian wassallam…
    zaleysmbs
    http://www.mykmujohor,com

  2. admin on June 1st, 2008 2:44 am

    hangpa tanam kebencian kpd pak lah, kalau putih pun hangpa akan kata itam, kalau itam lagi lah apatah warna hangpa akan kata, hangpa dah sakit dan sukar lagi nak terima pandangan tanpa kewarasan. x salah kan hangpa sebab terlalu banyak mengikut dan mendegar kata-kata nagatif, taraf hang pa bawah sikit saja kpd pembangkang. berubat lah

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom