Top

Presiden IPF MG Pandithan Meninggal Dunia Pagi Tadi

April 30, 2008 by admin 

p.jpgSalam Takziah buat keluarga Presiden Parti Progresif India , mendiang  MG Pandithan yang telah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi kerana sakit lukimia. Beliau yang berusia 68 tahun telah menghembuskan nafas tang terakhir pada jam 8.30 pagi tadi di samping isteri yang tersayang Jevashree Pandithan di Hospital Kuala Lumpur.

Mendiang adalah merupakan pemimpin vetran yang sangat popular di dalam MIC sebelum dipecat dan menubuhkan parti sendiri IPF dan mempunayi banyak pengikut akar umbi dari golongan pekerja dan rakyat bawahan.

Mendiang adalah merupakan seorang pemimpin yang berjiwa kental dan pernah menagdakan mogok lapar di samping sebuah keranda kerana telah berselisih faham dengan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu.

IPF adalah merupakan sebuah aprti India yang sentiasa menyokong BN walaupun IPF beberapa kali permohonan IPF untuk menyertai BN ditolak kerana MIC telah mewakili kaum India di dalam BN. Namun sewaktu pilihan raya di Ijok, Mendiang telah berbaik semula dan memeluk Datuk Seri Samy Vellu di atas pentas. Datuk Seri Samy Vellu dalam perucapan kepada keluarga mendiang telah berkata bahawa dia amat terperanjat dengan pemergian mendiang dan menayatakan bahawa Pandithan adalah pemimpin yang bagus dan mempunyai rakyat di hati beliau.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom