Top

Point of order - Melaporkan untuk KPMU dari parlimen.

April 30, 2008 by admin 

parlimen2.jpg

Persidangan yang sepatutnya membincangkan perkara yang berkaitan ke arah kebaikan masyarakat hampir separuh masa pertama dicemari oleh laungan 'point of order' yang majoritinya daripada pihak pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

'Point of order' yang dibangkitkan menimbulkan kekecohan sehingga hampir meletuskan pergaduhan antara beberapa Ahli Parlimen yang begitu lantang bersuara seperti Ahli Parlimen Puchong(DAP), Pasir Mas(Pas), Batu Gajah(DAP), Marang(Pas) dan beberapa Parlimen lagi.

Yang Di Pertua langsung tidak diberi penghormatan apabila para perwakilan yang kurang sabar itu seolah-olah tidak menghiraukan arahan yang diperintahkan supaya menghormati dewan dan perwakilan yang lain.

Keadaan yang hampir tidak terkawal itu menyebabkan ada diantara perwakilan yang mengatakan 'booo' kerana tidak tahan dengan order yang dikemukakan yang mana keterlaluan untuk diambil serius dan kadangkala boleh dianggap sengaja mencari pasal dan melengahkan masa.

Kononnya mahu mempertahankan peraturan yang ditetapkan, akan tetapi yang dapat diperhatikan mereka yang mengemukakan 'point of order' itulah yang sebenarnya secara terang-terangan melanggar peraturan dan tidak menghormati Yang Di Pertua sidang Dewan Rakyat ini.

Hendak menegakkan benang yang basah, tidak menyedari diri sendiri yang tidak betul. Hendak menegur kesalahan orang,salah sendiri tidak mahu diakui. Inikah sikap pemimpin yang kita mahukan untuk membela masyarakat seluruhnya? Membangkang tanpa menghiraukan kebenaran dan hak yang ditetapkan, itulah resmi pembangkang.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom