Top

Krisis Makanan - Orang Selangor ada banyak Babi -Pas boleh pinda hukum

April 16, 2008 by admin 

Hari ini beras naik mendadak dari 10 hingga 20 peratus, Apabila Perdana Menteri melihat kepada Pertanian ramai yang mencemik dan memandang usaha Perdana Menteri ini sebagai remeh dan temeh , ada juga yang seolah-olah memperlekehkan bahawa usaha Perdana Menteri itu adalah usaha yang sia-sia . Berapa sangat wang yang boleh kita perolihi jika kita  mengeksport makanan . Jika dibandingkan sebiji kapal yang membawa makanan dan sebiji kapal yang membawa kereta, yanu mana lebih mendatangkan untung. kata mantan perdana menteri ketika menyindir usaha Perdana Menteri.

Hari ini terbukti, siapa yang susah. Penduduk dunia tak boleh makan kereta. Naik kereta tak makan pun tak boleh. Naik bas tak makan pun tak boleh. tak naik kereta tapi amakan tentu boleh. Malangnya Mantan Perdana Menteri lupa atau buat-buat lupa. Berapa biji kapal yang bawa kereta yang kita eksport setahun? Selangor telah mendahului ke arah pertanian , hadiah pertama untuk penyokong mereka dengan memberikan keutamaan kepada penternakan babi besar-besaran . Tahniah kepada MB baru Selangor yang mengiktirafkan usaha Pak Lah ke arah Pertanian.Sekurang-kurangnya jika tidak ada makanan sangat PAS boleh pinda hukum dengan mencari alasan untuk menghalalkan babi untuk dimakan oleh orang-orang Selangor. orang PKR lah.Ini kerja mudah bagi PAS untuk sesuaikan dengan suasana politik Kami taubat tak makan…….

Krisis makanan ,dunia cemas
NEW YORK 15 April – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam memberi amaran bahawa krisis makanan dunia kini sudah sampai ke tahap kecemasan. Menurut Ki-moon, krisis tersebut mengancam kemajuan yang dicapai sejak tujuh tahun lalu dalam kempen memerangi kemiskinan sejagat.

Beliau menggesa langkah- langkah kecemasan jangka pendek diambil di banyak rantau di dunia bagi memenuhi keperluan makanan yang mendesak dan mengelakkan berlakunya kebuluran. Dalam pada itu, usaha jangka panjang adalah perlu bagi meningkatkan pengeluaran bijirin, tegas beliau.

"Masyarakat antarabangsa juga perlu bertindak segera secara bersepadu untuk mengelakkan implikasi politik dan keselamatan yang lebih besar berpunca daripada krisis ini," kata beliau. Ki-moon berkata demikian kepada pegawai perdagangan dan kewangan antarabangsa pada satu mesyuarat PBB berikutan rundingan mereka di Washington pada hujung minggu lalu.

Beliau menegaskan, PBB perlu mencari jalan untuk mengetuai proses bagi menangani masalah global itu dalam tempoh terdekat dan jangka panjang.

Setiausaha Agung itu mengulangi seruan Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick kepada kerajaan-kerajaan dunia semalam supaya segera menyalurkan bantuan kecemasan AS$500 juta (RM1.6 bilion) kepada Program Makanan Sedunia (WFP) selewat-lewatnya 1 Mei ini.

Zoellick berkata, masyarakat antarabangsa perlu mengotakan janjinya dengan menyumbang bantuan kewangan "untuk menangani masalah harga makanan yang makin meningkat sehingga mengakibatkan kebuluran dan keganasan di beberapa negara."

Sementara itu di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush mengarahkan bantuan kecemasan AS$200 juta (RM640 juta) dikeluarkan bagi membantu negara-negara yang mengalami kenaikan harga makanan sehingga memburukkan lagi masalah kebuluran dan mencetuskan protes ganas. Bush mengarahkan Setiausaha Pertanian, Ed Schafer mengeluarkan kira-kira AS$200 juta (RM640 juta) daripada rizab makanan dikenali sebagai Dana Amanah Kemanusiaan Bill Emerson.

Setiausaha akhbar White House, Dana Perino berkata, langkah itu akan membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi ke atas program bantuan makanan kecemasan AS di samping membantu memenuhi keperluan makanan penduduk di negara-negara Afrika dan rantau lain.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom