Top

Coretan Buku Sejarah

April 5, 2008 by admin 

Assalamualaikum Wrth Kehadapan saudara/saudari islam seperjuangan ku….  Saudara/i UMNO adalah sebuah parti yang telah dibentuk sejak zaman penjajahan lagi dimana datuk-datuk dan nenek kita dahulu telah berjuang demi agama,bangsa dan negara pada masa itu bukan PAS,bukan Parti Keadilan dan bukan DAP tetapi hanya umno UMNO dan kawan-kawannya berdiri dibawah tapak kaki sendiri menghadapi musuh-musuh islam ketika itu british.   Walaupun pada masa itu kita menghadapi pelbagai rintangan namun UMNO tetap berjuang habis-habisan sehingga kita mencapai kemerdekaan. Daripada sebuah negara british telah bertukar kepada sebuah negara islam.   Alhamdulillah bersyukur kita kepada ALLAH tuhan yang maha berkuasa yang mentadbir sekian alam telah memberkati perjuang kita yakni UMNO yang ketika itu sehingga kini untuk menerajui negara yang tercinta ini. Adakah umat islam dinegara ini terlupa jasa-jasa datuk dan nenek kita serta pemimpin-peimpin kita. Bukan mudah onak dan ranjau yang dilalui oleh 4 pejuang-pejuang kita yang terulung dinegara kita bermula dari Abd Rahman, Abd Razak, Hussein On, Tun Dr M.  Saudara-saudari ku yang disayangi janganlah perjuangan-perjuangan mereka ini hanya terdapat dicoretan-coretan buku sejarah atau hanya menjadi kenangan sahaja. Perlu diingat wahai saudara-saudari ku pisang tidak akan berbuah dua kali jangan sampai nasi bertukar menjadi bubur. Bersama-sama kita memperteguhkan lagi ikatan sesama kita supaya bangsa kita tidak terlerai begitu sahaja dimana orang islam telah hilang kuasanya dinegara sendiri. Yang benar,Mohd Ridzuan B Abdul Jalil

ridzhani@hotmail.com

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom