Sapa pula yang dicubit kali ini.baca lah….
March 26, 2008 by admin
Aduh….bila lagi mereka ini akan berhenti mencubit, lebam-lebam dah peha kawan, yang tak tahan bila cubit peha kiri terasa pula peha kanan. Kalah dah kalah dah , tak kanlah pula nak kasi hancus terus UMNO. Hancus UMNO hancus lah Melayu.
Hari ini kalau UMNO tidak memikirkan cara untuk bersatu dan tidak memikirkan bagaimana mahu membaiki kelemahan kita sendiri jawabnya pilihanraya akan datang kita akan gigit jari lah.
Bagi blogers-blogers , mereka sekarang mendabik dada , kononnya kerana mereka lah kerajaan kita hampir tumbang….. mereka begitu angkuh sekarang dan seolah-olah kempimpinan di tangan mereka. Mereka boleh menjatuhkan mana-mana saja kerajaan.
Tetapi bloggers bukan lah faktor utama kita menjadi huru-hara sebegini, banyak lagi faktor yang lain. Pertama adalah kelemahan bekas setiausaha agung kita yang lambat dan lembab menurunkan subsidi dan juga bahan-bahan untuk pilihan raya.
Dengar khabar kontrak mencetak poster-poster dan baju diberikan kepada orang yang terdekat. Orang terdekat pula telah mencetak di negeri China. Yang hairannya sebelum pilihanraya , di dada akhbar beliau telah menyatakan bahawa semuanya telah siap dan kami sudah bersedia.
Nasib baik , kempen 13 hari , kalau tidak tergadai terus semuanya…… akibatnya kini beliau pula tergadai. Itulah asyik sibuk nak bergaduh dan di Perlis, nak lawan Shahidan Kasim , panglima perang yang kini telah hilang taringnya yang di patahkan oleh Tok Isa.
Malu juga bila kita fikirkan, tak kan lah beliau sebagai setiausaha agung UMNO tak tahu bila tarikh pilihanraya.
Pembangkang pula mandi dalam tepung pada pilihanraya ini. Anwar telah bawa balik ke Malaysia jumlah kewangan yang melebihi 800 milion. Saorang calon Keadilan dapat 88 ribu satu kawasan Parlimen. Calon Pas dan DAP pula mendapat peruntukkan yang lumayan tahun ini.Mereka pula seolah-olah parti kerajaan dan kita pula sebagai parti pembangkang.
Patutlah apa yang Pak Lah lakukan itu, mengugurkan semua yang agak menyusahkan sahaja. Bila perkara jadi memeningkan , Pak Lah juga yang akan mendapat templak. Mula lah ada yang nak rampas kuasa.
Ingat kalau Ku Li jadi Perdana Menteri keputusan pilihanraya boleh berubah ke…Anwar boleh tutup mulut dan duduk diam ke, masalah kita bukan Pak Lah, masalah kita Anwar.Kalau Ku Li jadi Perdana Menteri dengan usia dan habitat semula jadi dia suka minum air dalam botol dan lepas tuh pening-pening lalat (tak yah cerita air apa) huh lagi senanglah Anwar nak jahanamkan UMNO.
Mukhriz pula, jangan lah ghairah sangat, baru saja menukar profession, baru aja berjinak dengan Politik, tak kan lah nak guna lesen ayah dan terus nak jadi pemimpin tertinggi. Jangan kata paku dulang paku serepih , kata orang dia yang lebih…sendiri mahu ingat lah……….



















Comments
Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.
Anda harus berdaftar untuk memberi komen.
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!
You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!