Top

Pas menang kerana orang UMNO belot- sifat ini hanya sementara

March 28, 2008 by admin 

Benarkah pengundi di Kedah pilih calon, bukan parti? Sebenarnya , bukanlah kerana PAS kuat tetapi kerana orang UMNO sendiri yang mengkhianati perjuangan parti.

Mereka
lebih suka menangkan PAS kerana kecewa dengan pemilihan calon atau
wakil rakyat sedia ada. Contohnya di Parlimen Pendang.Agregat dua DUN,
Tokai dan Sungai Tiang, BN dapat 23,564 undi tetapi calon parlimen BN,
Datuk Paduka Rozai Shafian hanya dapat 23,238 undi sahaja. Ke mana
perginya 326 orang BN? Ini bermakna mereka rela pangkah PAS supaya
calon BN tewas.

Begitu
juga di Sungai Petanai, undi agregate BN bagi tiga DUN, Pantai Merdeka,
Bakar Arang dan Sidam, BN dapat 26,162 undi tetapi calon BN Sungai
Petani, Datuk Seri Zainuddin Maidin hanya mendapat 24,441 undi. Ini
bermakna 1,721 orang telah mengkhianati UMNO. Mereka mengundi BN untuk
kerusi DUN, tetapi undi pembangkang untuk parlimen.

Keadaan
yang sama berlaku di parlimen Jerai. Calon BN, Datuk Paduka Badarudin
Amiruddin dapat 24,211 undi tetapi undi agregat bagi tiga DUN iaitu
Sungai Limau, Guar Chempedak dan Gurunialah 24,503 undi. Ini bermakna
292 orang BN mengundi pembangkang untuk parlimen tetapi mengundi BN
untuk kerusi DUN.

Justru
itu, harus diingat bahawa PAS menang 16 kerusi DUN dan 6 kerusi
parlimen di Kedah bukannya kerana PAS kuat tetapi kerana orang UMNO
sendiri yang menyeleweng. Pada hemat penulis, keadaan ini adalah
bersifat sementara sahaja.Orang UMNO ini akan kembali mengundi BN pada
tahun 2012 nanti bila mereka serik berada di bawah kerajaan PAS.

Lihat
.keputusan BN di Kulim Bandar Baru. Calon BN, Datuk Aziz Sheikh Fadzir
dapat 16,672 undi. Sedangkan udni agregat bagi dua DUN, Kulim dan
Bandar Baharu dapat 17,175 undi. Ini bermakna 503 orang UMNO
menyeleweng.

Kesimpulannya,
PAS Kedah menang bukan kerana mereka kuat tetapi mereka menang kerana
orang UMNo sendiri yang khianat. Akhirnya mereka menyesal satu negeri
jatuh kepada PAS. Insya- Allah, jika mereka kembali kepada BN dalam
pilihan raya umum akan datang, BN Kedah akan menang semula.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom