Surat Pembaca
March 26, 2008 by admin · Leave a Comment
Saudara editor,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meluahkan isi hati dan perasaan saya yang teramat geram dengan pakatan pembangkang yang mahu memecahbelahkan penduduk Indonesia supaya negara Islam terbesar ini musnah dan menjadi kecil bagi memudahkan mereka mengikut telunjuk Yahudi. Surat ini saya hantar bagi renungan bersama…..
PEMILIHAN UMNO WAJAR DITANGGUH
March 26, 2008 by admin · Leave a Comment
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd.Taib telah mengatakan bahawa majoriti Badan Perhubungan UMNO Negeri telah bersetuju supaya pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung November ini ditangguhkan.
Hasan Ali Tidak Layak…..
March 25, 2008 by admin · Leave a Comment
Menteri Besar Selangor dalam satu keyataan beliau kepada pihak media mengumumkan bahawa jawatan timbalan Menteri Besar Selangor tidak akan di isi dahulu buat seketika . Kemungkinan besar MB Selangor yang baru ini sedang meneliti akan kredibiliti pemimpin dari barisan Alternatif yang layak untuk mengisi kekosongan ini.
Hasan Ali Tidak Layak…..
March 25, 2008 by admin · Leave a Comment
Menteri Besar Selangor dalam satu keyataan beliau kepada pihak media mengumumkan bahawa jawatan timbalan Menteri Besar Selangor tidak akan di isi dahulu buat seketika . Kemungkinan besar MB Selangor yang baru ini sedang meneliti akan kredibiliti pemimpin dari barisan Alternatif yang layak untuk mengisi kekosongan ini.Sepatutnya secara ‘off hand’ beliau telah boleh mengumumkan nama Hassan Ali sebagai timbalan menteri besar kerana mengikut track rekod Hassan Ali adalah yang paling hampir layak mengisi tempat tersebut.Datuk Hassan Ali yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pas langsung tidak diberi keutamaan mahupun pertimbangan untuk menjawat jawatan Timbalan Menteri sebaliknya beliau hanya dilantik menjadi Exco kerajaan negeri. Perlantikkannya yang hanya menjadi exco itu mengambarkan seolah-olah beliau tiada kredibiliti untuk menjadi antara pemimpin utama iaitu tidak layak memegang jawatan Timbalan Menteri Selangor dan ini bukan sahaja satu penghinaan kepada Hassan Ali tetapi ianya merupakan satu penghinaan kepada Parti PAS apabila ayam jaguhnya tidak layak menjadi timbalan menteri besar Selangor.Di manakah hilangnya kejantanan Hassan Ali… Selama ini Hassan Ali sering memanaskan semangat penyokong-penyokongnya kononnya Pas boleh membawa perubahan kepada rakyat.Sedangkan dalam pemilihan Timbalan Menteri Besar Selangor pun beliau tak layak, inikan pula hendak memberi perubahan pada Negeri Selangor.Khabar angin mengatakan ada perang dingin di antara Hassan Ali dan Khalid Ibrahim. Khalid dikatakan tidak mahu melepaskan jawatan Timbalan Menteri kepada Hassan Ali jerana takut Hassan Ali akan melebarkan pengaruh mereka dan mereka sering tidak sehaluan dan berbeza pendapat.Hassan Ali yang sentiasa bermimpi untuk menjadi menteri besar Selangor dalam usaha beliau beberapa tahun yang lampau kini bukan sahaja kempunankan kerusi berkenaan tetapi terlepas juga kerusi timbalan Menteri besar.Khalid dan kepimpinan Keadilan seolah-olah tidak mahu membuka ruang kepada parti PAS untuk berkongsi kuasa secara total. Keadaan ini membuktikan PKR sememangnya tamakkan kuasa pemerintahan dan perjuangan mereka bukannya untuk rakyat secara telus tetapi lebih bersifat berkepentingan.
Read more
Emosi De Facto(Faktor Emosi)
March 25, 2008 by admin · Leave a Comment
Pernah dengar perkataan 'amok' tak?
Untuk pengetahuan, perkataan 'amok' telah lama pun digazetkan untuk digunakan seluruh dunia bagi membawa makna mad with rage.
Yang bangganya, mat salleh menggunakan perkataan kita-bahasa melayu untuk digunakan sebagai satu definisi. Yang hinanya ialah dalam banyak-banyak perkataan, definisi yang buruk itulah yang mereka ambil.
Definisi Amok as in wikipedia:
"Running amok, sometimes referred to as simply amok (also spelled amuck or amuk), is derived from the Malay word amuk, meaning "mad with rage" (uncontrollable rage). Although commonly used in a colloquial and less-violent sense, the phrase is particularly associated with a specific sociopathic culture-bound syndrome in Malaysian culture. In a typical case of running amok, a male who has shown no previous sign of anger or any inclination to violence will acquire a weapon and, in a sudden frenzy, will attempt to kill or seriously injure anyone he encounters. Amok episodes of this kind normally end with the attacker being killed by bystanders, or committing suicide."
Kalau kita tengok orang melayu Islam, boleh dikatakan semua faktor-kecil atau besar, boleh menjadikan kita beremosi dan akhirnya kita amok secara penanya atau secara perkataannya.
Contohnya kalau bercakap pasal agama, kita beremosi lebih padahal dari segi cara hidup kita, kita berlebih kurang saja dalam mempraktikkan. Kita kononnya orang yang beriman kalau kita membela agama dari dihina sedangkan kita adalah muslim yang engkar - tidak sembahyang, menfitnah, minum arak dan sebagainya.
Kita pantang orang menghina nabi, menghina azan, menghina agama, padahal kadang-kadang itu adalah taktik kotor picisan yang tidak memberi makna pun kepada kesucian agama islam.
Kita cepat marah apabila kartun menghina nabi muhammad ada di internet, dan mengedarkan secara percuma kepada sahabat Islam kita yang lain kononnya untuk menyemarakkan api keimanan, walhal kita sendiri yang memberikan 'Free advertising' kepada orang yang begitu bodoh kerana melukisnya. Malaymind tahu, kita tidak pun menggunakan akal semasa mengedarkannya di dalam email kerana kalau tidak, tidak ada sesiapa pun yang akan ambil peduli akan kartun sebodoh itu.
Kalau bercakap pasal politik pula, kita begitu suka dan meriah rasanya kalau kita berjaya mengutuk orang lain, separah mungkin. Panggil mereka segala nama, kutuk mereka dengan segala nama binatang yang ada dan kaitkan dengan bapa mereka, ipar duai mereka, menantu mereka, dan kita rasa bahagia.
Itulah kita orang melayu.
Pada waktu yang sama, kita memuji orang Cina kerana 'cool' nya mereka. Betapa koolnya TS Koh Tsu Koon menyerah tugas dan mengaku kekalahan, tanpa mengambil iktibar kenapa mereka sebegitu. Kita tidak sedar betapa mereka berlapang dada sesama cina, mereka tidak berkira sesama cina dan betapa mereka tahu, asalkan cina tidak mengapa.
Tapi kita orang melayu?
Bersorak gembira apabila rakan-rakan jatuh, melaungkan Allahuakbar apabila agama Islam diambil kesempatan dan menfitnah kawan - kawan seagama demi kepuasan diri.
Tidak salahlah agaknya mereka mengambil 'Amok' sebagai satu definisi dari bangsa Melayu, kerana kita, orang melayu hanya kaki amok. Amok sana, amok sini, dan emosi sana emosi sini.
http://malaymind.blogspot.com/2008/03/emosi-de-facto.html
Sudah tiba waktunya UMNO memerlukan sumbangan kita
March 25, 2008 by admin · Leave a Comment
Sudah tiba masanya pemimpin UMNO mengambil tanggungjawab sebagai ahli yang cinta dan sayangkan UMNO dan jangan menyerahkan segala bebanan ini hanya kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri sepatutnya tidak lagi dibebani dengan masalah dalaman UMNO yang seharusnya dipikul oleh Ahli Majlis Tertinggi , ketua-ketua cawangan ,AJK Bahagian , Ketua Bahagian,wakil-wakil rakyat UMNO.
Seharusnya ketika ini Perdana Menteri dan timbalannya diberikan peluang untuk memikirkan dan merancang pentadbiran negara dan membangunkan negara. Sekiranya Perdana Menteri dibebankan dengan masalah dalaman ini , rakyat akan kerugian dan rakyat akan hidup tanpa kemajuan
Inilah masanya kita perlu berkorban dan bertekad untuk membantu UMNO dan melakukan deligasi tugasan secara bijak agar penagihan tanggungjawab ini menjadi menyeluruh. Jika kita sayangkan UMNO dan jika kita sayangkan bangsa , inilah masanya kita seharusnya memberikan sumbangan tanpa memikirkan imbuhan dan pulangan.
Sekiranya setiap ahli UMNO memberikan komitment dan memainkan peranan masing-masing insyaalah kita akan dapat merawat kembali UMNO yang sedang menghadapi masalah ini.Kita jangan jadi seperti bidalan Melayu, Kacang Lupakan Kulit. Waktu UMNO senang , semua mendampingi UMNO dan menikmati kemewahan yang boleh UMNO berikan, bila UMNO bermasalah kita lari meninggalkan UMNO dan mahu memusnahkan lagi parti keramat ini.
Melayu jangan mudah lupa,usah ditanya apakah sumbangan UMNO kepada kita kerana jasa dan sumbangan UMNO terhadap orang Melayu tidak perlu kita pertikaikan lagi .
Jika , nenek moyang kita bergadai bergolok dan bergadai nyawa untuk memperjuangkan hak orang-orang Melayu melalui UMNO hanya kerana mahu melihat warisan dan anak cucu mereka menikmati kemewahan dan keselesaan dalam negara sendiri , mengapa harus kita kuburkan dan isa-siakan titik peluh dan percikan darah nenek moyang kita.dan pengorbanan mereka .
Kini tiba pula giliran kita untuk mempertahankan UMNO ketika UMNO mengalami kemelut dan masalah. Janganlah hanya kita melihat sesuatu yang baru yang belum kita kenal hati budi dan hanya kerana marah kan nyamuk , kelambu kita bakar. Tahukah kita …….. setelah kita bakar kelambu disebab nyamuk seekor, ada banyak lagi nyamuk-nyamuk yang berbisa di luar kelambu itu.
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Mukhriz Terlalu Emosi.
March 25, 2008 by admin · Leave a Comment
Exco Pemuda UMNO dan ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mendesak agar pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini tidak wajar ditundakan. Beliau mahu Presiden parti mengotakan kata-katanya pada tahun lepas iaitu pemilihan UMNO akan diadakan pada tahun ini.
Read more
Ahmad Said akan dipecat sejurus angkat sumpah
March 25, 2008 by admin · Leave a Comment
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, akan dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, surat peringatan berhubung pemecatan itu telah dikeluarkan oleh UMNO Terengganu dan diserahkan kepada Ahmad selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.
“Tindakan pemecatan akan dilaksanakan oleh Badan Disiplin UMNO,” ujarnya selepas menyerahkan surat berkenaan kepada Ahmad dan salinan surat itu serta memorandum menyokong kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang ditandatangani 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) di Istana Tetamu di sini hari ini.
Rombongan Rosol bersama ADUN terlibat yang tiba kira-kira pukul 7.55 pagi tidak dibenarkan masuk ke Istana Tetamu dan hanya menyerahkan surat dan memorandum itu kepada Setiausaha MPPR, Shapie Ali di pintu pagar.
Beliau menyifatkan tindakan Ahmad menerima watikah tersebut daripada Yang Dipertua MPPR, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman sebagai satu perbuatan menderhaka kepada parti.
“Tindakan itu secara langsung melanggar arahan danmengetepikan watikah pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” ujarnya.
Justeru katanya, perisytiharan Ahmad sebagai Menteri Besar tidak sah kerana beliau tidak lagi akan mewakili parti yang menang majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini jika dipecat daripada UMNO.
Beliau melahirkan keyakinan perkara itu tidak akan menimbulkan sebarang percanggahan antara parti dan pihak istana kerana tindakan yang diambil adalah mengikut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan.
Sumber:UTUSAN
TIADA NIAT DERHAKA DENGAN ISTANA
March 25, 2008 by admin · Leave a Comment
22 ADUN Barisan Nasional(BN) Terengganu yang menetapkan pendirian mereka untuk menyokong kepimpinan parti negeri di bawah kelolaan Datuk Idris Jusoh iaitu bekas Menteri Besar Terengganu agar dilantik semula menjadi Menteri Besar negeri tersebut, tidak pernah berniat untuk menderhaka terhadap Raja atau menimbulkan konfrontasi dengan Istana Terengganu.
Pada mulanya penyerahan watikah perlantikan Menteri Besar Terengganu kepada Adun Kijal, Datuk Ahmad Said semalam dikatakan mendapat sokongan semua UMNO bahagian. Namun kekecohan mula timbul apabila secara terang 4 daripada ketua bahagian UMNO negeri terbabit menafikan dakwaan kononnya mereka menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said.
Ini menyebabkan sekarang di peringkat UMNO Bahagian Negeri Terengganu sudah berpecah kepada dua bahagian. Empat Ketua UMNO Bahagian iaitu Besut, Kuala Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus menyokong Idris manakala empat lagi Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu tidak.
Berikutan demikian, para 22 ADUN telah membuat rayuan kepada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja(MPPR) agar memperkenankan perlantikan semula Pengerusi Barisan Nasional(BN) negeri itu sebagai Menteri Besar.
Idris wajar diberi pertimbangan memandangkan beliau sudah menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam soal pemilihan Menteri Besar Terengganu, Pemangku Raja dan Penasihat Pemangku Raja adalah terikat dengan peruntukan Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan sesiapa jua daripada ahli-ahli yang mendapat kepercayaan kebanyakan Anggota Dewan Undangan Negeri(ADUN) Terengganu hendaklah dilantik.
Sudah tiba waktunya UMNO memerlukan sumbangan kita
March 25, 2008 by admin · Leave a Comment
Sudah tiba masanya pemimpin UMNO mengambil tanggungjawab sebagai ahli yang cinta dan sayangkan UMNO dan jangan menyerahkan segala bebanan ini hanya kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri sepatutnya tidak lagi dibebani dengan masalah dalaman UMNO yang seharusnya dipikul oleh Ahli Majlis Tertinggi , ketua-ketua cawangan ,AJK Bahagian , Ketua Bahagian,wakil-wakil rakyat UMNO.


















