Top

Pagar Rumah MB

March 27, 2008 by admin 

Bukan main Harakahdaily.net puji Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang menolak peruntukan kerajaan mermbina pagar rumahnya. Atas nasihat polis, oleh kerana beliau adalah Menteri Besar,maka beliau kena buat pagar rumahnya untuk keselamatan dirinya dan keluarganya.
 
Beliau akur dengan nasihat polis tetapi menolak peruntukan kerajaan kerana katanya itu rumah peribadinya, biarlah dia gunakan duit peribadi untuk bina pagar rumah. Orang Pas bukan main puji Menteri Besar mereka kerana tolak wang rakyat bina pagar rumah.
 
Yang hairannya dan peliknya kenapa orang Pas begitu bodoh. Kenapa Azizan tak duduk di kediaman rasmi di Mentaloon? Tahukah wahai penyokong Pas bahawa jika MB duduk di rumah rasmi, beliau tidak dapat elaun perumahan. Sebaliknya bila beliau duduk di rumah sendiri, beliau akan dapat elaun perumahan bulanan. Tak tahulah berapa jumlahnya. Jadi siapa yang untung di sini? Rakyat atau Azizan? Sudah tentulah Azizan yang untung kerana tiap bulan dia dapat elaun perumahan. Nampak sangat orang PAS kurang cerdik. Tapi nak buat macam mana oleh kerana terlalu fanatik, mereka ingat apa yang Azizan buat itu molek belaka. Rupa-rupanya mereka kena tipu hidup-hidup oleh Azizan.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom