MT matang dan tidak takut
March 28, 2008 by admin
Keputusan mesyuarat majlis tertinggi UMNO pada 27 mac lalu membuktikan bahawa Majlis Tertinggi UMNO tidak takut dengan sebarang pertandingan. Walaupun Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd.
Taib telah membayangkan dua hari sebelum itu majoriti Perhubungan UMNO meminta pemilihan UMNO ditangguhkan kepada tahun 2009, tetapi jelas sekali keputusan itu menunjukkan demokrasi tetap segar dalam UMNO walaupun BN baru menghadapi kekalahan di lima negeri (Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selanmgor).
Mesyuarat itu menetapkan mesyuarat agung cawangan akan diadakan di antara 17 Julai hingga 24 Ogos, manakala mesyuarat Bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November dan Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan dari 16 hingga 20 Disember 2008.
Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau sedia dicabar mematikan kritikan yang mengatakan bahawa Pak Lah takut dengan mana-mana pihak yang mahu mencabarnya. Bukannya senang Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li mahu mendapatkan 60 pencalonan. Beliau dulu pernah dapat 14 pencalonan, tak cukup 1 pencalonan untuk tanding Naib Presiden UMNO pada tahun 2000 dahulu selepas gagal mencabar Pak Lah untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Oleh itu, bukannya senang kerana setiap pencalonan automatik dapat 10 undi bonus. Sebab itulah Pak Lah tak gentar dengan sebarang tentangan dari Ku Li sekali pun.
Sehubungan dengan itu biarlah perwakilan menentukan masa depan Pak Lah. Pak Lah bukannya lama mahu jadi Presiden UMNO. Ini adalah penggal kedua. Jadi banyak lagi perkara yang belum diselesaikannya dalam tempoh menjadi Presiden UMNO selama sepenggal.
Oleh itu keberanian MKT membuka pertandingan di semua peringkat pada tahun ini, cawangan, bahagian dan majlis tertinggi merupakan satu tindakan yang matang.



















Comments
Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.
Anda harus berdaftar untuk memberi komen.
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!
You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!