Top

Ku Li penyelamat kuasa Melayu ?

March 31, 2008 by admin 

kuli.jpgUMNO perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu sebenarnya sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan bantuan dari Sabah serta Sarawak untuk terus kekal memimpin negara. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat khususnya di Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya..

Beliau berkata, UMNO kini hanya mengharapkan sokongan daripada kedua-dua negeri tersebut dan sewajarnya tuntutan mereka didengar serta dilayan. “Kalau kita tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak, UMNO tidak ada kuasa langsung di Parlimen kerana suara kita yang ada tidak sampai separuh.“Apakah kita masih berangan-angan lagi dan tidak mahu bertindak memperbaiki kedudukan, satu perkara serius kuasa Melayu sudah hilang di negara ini.

“Kita pun tidak melayan tuntutan mereka (Sabah dan Sarawak) sebagaimana sepatutnya kerana mereka mendapat sokongan besar daripada rakyat untuk mendukung UMNO di Semenanjung yang benar-benar gagal untuk mempertahankan kedudukannya,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra di sini malam tadi.

Syabas kepada Ku Li yang sebenarnya menyadari hakikat yang sebenarnya bahawa Melayu sudah hilang kuasa. Apakah yang dapat di lakukan oleh Ku Li untuk membangunkan dan memartabatkan kembali kuasa Melayu yang hilang. Apakah Ku Li hanya mempunyai satu formula sahaja. Tukarkan Pak lah dan gantikan dengan beliau, maka Melayu akan kembali berkuasa. Ini bererti Ku Li berkata , berikan saya peluang menjadi Perdana Menteri maka Melayu akan berkuasa kembali. Adakan mesyuarat tergempar segera dan gantikan Pak Lah dengan saya……..

Apakah ini saja formula yang ada pada Ku Li.Mengapa tidak di tukarkan Najib atau Mahayuddin Yassin,apakah jika menukarkan kepada kedua-dua nama ini , Melayu tidak akan dapat dikembalikan kuasa. Apakah hanya dengan menukar Perdana Menteri sahaja maka kuasa Melayu dapat dikembalikan. Rasanya …niat ini sebenarnya bukan mahu mengembalikan kuasa Melayu yang kita sendiri tahu bahawa Melayu sememangnya tiada kuasa lagi. Semua orang tahu dan sedar akan perkara ini.

Statement yang dibuat oleh Ku Li ini banyak berbaur kepada kepentingan peribadi. Ku Li bukan mahu kuasa Melayu dikembalikan . Ku Li mahukan kuasa Perdana menteri untuk dirinya sendiri.

Apakah kuasa Ku Li kepada Melayu selama ini? BMF ….. BBMB sebuah bank Melayu ketika zaman Ku Li dahulu. Apa yang telah terjadi dengan BBMB, sebuah bank kebanggaan Melayu sebelum ini? Berkubur setelah banyak wang bank ini, yang telah dilenyapkan dan di rompak oleh orang-orang Melayu ketika zaman Ku Li menjadi menteri Kewangan.

Kenapa Ku Li tidak memikirkan sesuatau untuk menyelamatkan Melayu dengan menyatukan orang-orang Melayu dan berharap agar mereka bersabar dan tenang menghadapi kesilapan yang telah dilakukan dengan mengundi pembangkang.? Tidakkah Ku Li ada formula lain daripada asyik mengimpikan kerusi Perdana Menteri?

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom