Hassan ali memang tak layak jadi tmb
March 27, 2008 by admin
Saya tertarik dengan tulisan "Hassan Ali Memang Tak Layak Jadi TMB" dalam website ini. Saya sudah lama kenali Datuk Dr. Hassan Ali sejak tahun 1999 lagi. Ketika itu beliau adalah Ahli Parlimen Parit Buntar dan ADUN Sungai Burong, Selangor.
Saya pula ketika itu bekerja dengan sebuah agensi kerajaan negeri di Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK). Apabila PAS menang di Terengganu pada pilihan raya umum 1999, secara automatik pejabat saya menjadi agensi milik parti itu, kerana kerajaan masa itu adalah kerajaan PAS.
Oleh kerana Pas sudah kuasai 2 buah negeri iaitu Terengganu dan Kelantan, maka Dr. Hassan Ali sebagai pakar motivasi terpaksa cari makan di dua buah negeri ini di bawah syarikatnya, Sabha Training Sdn.Bhd.
Selaku Penolong Pengarah YPK, saya dihubungi oleh Pengarah, Ustaz Ismail Dagang yang juga orang kuat Pas. Beliau arahkan saya menerima kertas cadangan Dr. Hassan Ali untuk mengadakan kursus motivasi kepada orang ramai di semua kawasan parlimen di Terengganu.
Terengganu hanya ada lapan parlimen. Setiap kali beliau berceramah, beliau caj RM8,000.00 . Ini bermakna untuk tahun 2000 itu, beliau dapat berceramah di seluruh lapan parlimen dengan RM64,000.00.
Dr. Hassan Ali seorang yang cerdik. Saya berikan tiket kapal terbang kepadanya tetapi dia menolak. Sebaliknya dia datang ke Kuala Terengganu dengan tiket kapal terbang yang dibayarnya sendiri. Sebagai pegawai program dan pegawai pengiring beliau, saya sambutnya di airport Kuala Terengganu dengan kereta rasmi pejabat.
Sebaliknya beliau claim milage dari Parit Buntar ke Kuala Terengganu berceramah anjuran kerajaan negeri dengan parlimen. Cuba bayangkan berapa banyak yang dia dapat dengan mileage kereta Mercedeznya sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar. Beliau claim dengan parlimen. Oleh kerana majlis yang beliau pergi adalah majlis anjuran kerajaan,maka beliau layak claim dengan parlimen.Ini bermakna Dr. Hassan Ali telah menipu sedangkan beliau pergi ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur pergi dan balik dengan kapalterbang. Sebaliknya beliau claim elaun perjalanan keretanya dari Parit Buntar ke Kuala Lumpur pergi dan balik. Nampak sangat Dr. Hassan Ali kuat menipu. Orang seperti ini memang tak layak jadi Timbalan Menteri Besar Selangor.
Entah apa pula yang akan ditipunya nanti bila dia jadi Exco Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu padan muka pengundi Gombak Setia yang memilih penipu seperti Dr. Hassan Ali sebagai wakil rakyat mereka.
Dahlah penipu, kedekut pula. Sepanjang menjadi pegawai pengiringnya, tak pernah saya nampak dia keluarkan duit sendiri untuk bayar makan. Sebaliknya saya yang keluar. memang patut betul pengundi Gombak Setia dapat ADUN yang penipu dan kedekut.



















Comments
Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.
Anda harus berdaftar untuk memberi komen.
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!
You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!