Ku Li penyelamat kuasa Melayu ?
March 31, 2008 by admin · Leave a Comment
UMNO perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu sebenarnya sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan bantuan dari Sabah serta Sarawak untuk terus kekal memimpin negara. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat khususnya di Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya..
MT matang dan tidak takut
March 28, 2008 by admin · Leave a Comment
Keputusan mesyuarat majlis tertinggi UMNO pada 27 mac lalu membuktikan bahawa Majlis Tertinggi UMNO tidak takut dengan sebarang pertandingan. Walaupun Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd.
Pas menang kerana orang UMNO belot- sifat ini hanya sementara
March 28, 2008 by admin · Leave a Comment
Benarkah pengundi di Kedah pilih calon, bukan parti? Sebenarnya , bukanlah kerana PAS kuat tetapi kerana orang UMNO sendiri yang mengkhianati perjuangan parti.
Anwar pujuk Pas gugurkan negara Islam
March 28, 2008 by admin · Leave a Comment
Ramai yang tidak menyedari dengan memberikan undi kepada parti pembangkang dalam PRU12 sebenarnya kita telah mengadai hak keistimewaan orang-orang Melayu.
Malangnya kerja pengadaian ini telah dilakukan oleh bangsa kita sendiri dan lebih malang lagi ianya datang dari sebuah Parti Islam malaysia Pas. erpaksa gugurkan menefesto perjuangan mereka terhadap Islam. Melupakan laungan dan janji-
Beginilah hina dan daifnya cara mereka yang hanya memimpikan kemenangan dan sanggup melakukan apa saja demi mereka memenangi pihanraya.
Mereka sanggup gadaikan maruah bangsa. Sebenarnya rakyat dikelirukan dan amat malang sekali perjuangan terhadap agama dipersendakan oleh pemimpin mereka.
Dua parti yang nyata berlainan haluan DAP dan PAS pasti tidak akan dapat bekerjasama dalam menubuhkan sebuah kerajaan.
Dalam satu temubual Anwar dan Nadeswaran dari akhbar the sun keluaran 27 March , ms 16 , beginalah petikan dari akhbar berkenaan untuk renungan pembaca.
Nades : How did you drop the Islamic State agenda which bhwey had been so voiciferous on the previous elections?
Anwar: I ve convinced them and they also know mu position. If you want me to be involved, this is mu position. Keadilab and DAP. They must be seen to be mukriracial and. Not questioning the position of Bahasa or the Malay position.You can adjust but the paramount interest of justice, catering to those who are poor and marginalised.
Bagi penyokong Pas yang membaca tulisan ini, saya dengan ikhlas mahu bertanya, apakah Pas sebenarnya tidak boleh berjuang sendirian demi memperjuangkan agama Islam.apakah Pas perlu bekerjasama untuk menumbangkan parti yang bertunjangkan Melayu dan Islam adalah tunjang kepimpinan kita? Pas perlu menjadi hipokrit dan bersekutu dgn bangsa asing untuk jatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO.
dipetik dari www.tepakbersulam.com
Nik Aziz Merayu BN Bantu Rakyat Kelantan
March 27, 2008 by admin · Leave a Comment
Oleh: ANAKomak
Pilihanraya Umum 12 telah berlalu dan negeri Kelantan masih menjadi milik kerajaan PAS. Bolehlah dikatakan suatu pencapaian politik yang bagus di dalam era pembangunan serba canggih ini namun, kekukuhan PAS tidaklah membanggakan rakyat Kelantan.
Ini di akui sendiri oleh Menteri Besar, Dato’ Nik Aziz Nik Mat apabila tanpa segan silu tebal muka, apabila beliau memohon agar kerajaan pusat membantu negeri Kelantan.
Baru-baru ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merayu agar kerajaan BN membantu Kelantan dan berharap mendapat kerjasama daripada pelbagai peringkat terutama kerajaan pusat kerana memberi manfaat kepada semua pihak.
"Sudah lama kita berperang sama-sama rebah dan bangun, insaflah. Kerajaan Pusat kena bantu kerajaan negeri, mana boleh tak bantu, kerana ia memberi keuntungan kepada negeri dan pusat", katanya.
Nik Aziz juga terpaksa menolak segala cemuhan ke atasnya demi mendapat pertolongan dari kerajaan pusat.Menurutnya, Kerajaan Kelantan memerlukan kerjasama kerajaan pusat bagi menjayakan projek mega di negeri ini terutama cadangan projek pembangunan bersepadu industri marin, minyak, gas, pusat komersial dan kediaman di Tumpat.
Apakah Nik Aziz sudah lupa? Sudah semestinya kerajaan pusat akan membantu rakyat Kelantan walau tidak diminta kerana manifesto Barisan Nasional adalah telus dan ianya untuk kepentingan rakyat waima rakyat PAS, PKR atau DAP.
Inilah yang telah diterapkan dalam jiwa pemimpin BN yang sentiasa memahami dan memenuhi kehendak rakyat yang inginkan kemajuan.Justeru, sagala projek yang telah di rancang pasti berjalan dengan lancer asalkan PAS mahu menerima pembangunan dan kemajuan.
RPK hilang kekebalan
March 27, 2008 by admin · Leave a Comment
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke bumi. Sombong dan angkuh seorang manusia yang bijak dalam putar belit akhirnya terpaksa membayar RM 7 juta kepada Canselor Uniiversiti Utara Malaysia (UUM) Tan Sri Dr.Nordin Kardim. Keputusan itu dibuat oleh mahkamah di Alor Star berhubung penyiaran artikel. Berunsur fitnah pada Dec 2006.
Pagar Rumah MB
March 27, 2008 by admin · Leave a Comment
Bukan main Harakahdaily.net puji Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang menolak peruntukan kerajaan mermbina pagar rumahnya. Atas nasihat polis, oleh kerana beliau adalah Menteri Besar,maka beliau kena buat pagar rumahnya untuk keselamatan dirinya dan keluarganya.
Beliau akur dengan nasihat polis tetapi menolak peruntukan kerajaan kerana katanya itu rumah peribadinya, biarlah dia gunakan duit peribadi untuk bina pagar rumah. Orang Pas bukan main puji Menteri Besar mereka kerana tolak wang rakyat bina pagar rumah.
Yang hairannya dan peliknya kenapa orang Pas begitu bodoh. Kenapa Azizan tak duduk di kediaman rasmi di Mentaloon? Tahukah wahai penyokong Pas bahawa jika MB duduk di rumah rasmi, beliau tidak dapat elaun perumahan. Sebaliknya bila beliau duduk di rumah sendiri, beliau akan dapat elaun perumahan bulanan. Tak tahulah berapa jumlahnya. Jadi siapa yang untung di sini? Rakyat atau Azizan? Sudah tentulah Azizan yang untung kerana tiap bulan dia dapat elaun perumahan. Nampak sangat orang PAS kurang cerdik. Tapi nak buat macam mana oleh kerana terlalu fanatik, mereka ingat apa yang Azizan buat itu molek belaka. Rupa-rupanya mereka kena tipu hidup-hidup oleh Azizan.
Hassan ali memang tak layak jadi tmb
March 27, 2008 by admin · Leave a Comment
Saya tertarik dengan tulisan "Hassan Ali Memang Tak Layak Jadi TMB" dalam website ini. Saya sudah lama kenali Datuk Dr. Hassan Ali sejak tahun 1999 lagi. Ketika itu beliau adalah Ahli Parlimen Parit Buntar dan ADUN Sungai Burong, Selangor.
Saya pula ketika itu bekerja dengan sebuah agensi kerajaan negeri di Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK). Apabila PAS menang di Terengganu pada pilihan raya umum 1999, secara automatik pejabat saya menjadi agensi milik parti itu, kerana kerajaan masa itu adalah kerajaan PAS.
Oleh kerana Pas sudah kuasai 2 buah negeri iaitu Terengganu dan Kelantan, maka Dr. Hassan Ali sebagai pakar motivasi terpaksa cari makan di dua buah negeri ini di bawah syarikatnya, Sabha Training Sdn.Bhd.
Selaku Penolong Pengarah YPK, saya dihubungi oleh Pengarah, Ustaz Ismail Dagang yang juga orang kuat Pas. Beliau arahkan saya menerima kertas cadangan Dr. Hassan Ali untuk mengadakan kursus motivasi kepada orang ramai di semua kawasan parlimen di Terengganu.
Terengganu hanya ada lapan parlimen. Setiap kali beliau berceramah, beliau caj RM8,000.00 . Ini bermakna untuk tahun 2000 itu, beliau dapat berceramah di seluruh lapan parlimen dengan RM64,000.00.
Dr. Hassan Ali seorang yang cerdik. Saya berikan tiket kapal terbang kepadanya tetapi dia menolak. Sebaliknya dia datang ke Kuala Terengganu dengan tiket kapal terbang yang dibayarnya sendiri. Sebagai pegawai program dan pegawai pengiring beliau, saya sambutnya di airport Kuala Terengganu dengan kereta rasmi pejabat.
Sebaliknya beliau claim milage dari Parit Buntar ke Kuala Terengganu berceramah anjuran kerajaan negeri dengan parlimen. Cuba bayangkan berapa banyak yang dia dapat dengan mileage kereta Mercedeznya sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar. Beliau claim dengan parlimen. Oleh kerana majlis yang beliau pergi adalah majlis anjuran kerajaan,maka beliau layak claim dengan parlimen.Ini bermakna Dr. Hassan Ali telah menipu sedangkan beliau pergi ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur pergi dan balik dengan kapalterbang. Sebaliknya beliau claim elaun perjalanan keretanya dari Parit Buntar ke Kuala Lumpur pergi dan balik. Nampak sangat Dr. Hassan Ali kuat menipu. Orang seperti ini memang tak layak jadi Timbalan Menteri Besar Selangor.
Entah apa pula yang akan ditipunya nanti bila dia jadi Exco Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu padan muka pengundi Gombak Setia yang memilih penipu seperti Dr. Hassan Ali sebagai wakil rakyat mereka.
Dahlah penipu, kedekut pula. Sepanjang menjadi pegawai pengiringnya, tak pernah saya nampak dia keluarkan duit sendiri untuk bayar makan. Sebaliknya saya yang keluar. memang patut betul pengundi Gombak Setia dapat ADUN yang penipu dan kedekut.
Sapa pula yang dicubit kali ini.baca lah….
March 26, 2008 by admin · Leave a Comment
Aduh….bila lagi mereka ini akan berhenti mencubit, lebam-lebam dah peha kawan, yang tak tahan bila cubit peha kiri terasa pula peha kanan. Kalah dah kalah dah , tak kanlah pula nak kasi hancus terus UMNO. Hancus UMNO hancus lah Melayu.
Hari ini kalau UMNO tidak memikirkan cara untuk bersatu dan tidak memikirkan bagaimana mahu membaiki kelemahan kita sendiri jawabnya pilihanraya akan datang kita akan gigit jari lah.
Bagi blogers-blogers , mereka sekarang mendabik dada , kononnya kerana mereka lah kerajaan kita hampir tumbang….. mereka begitu angkuh sekarang dan seolah-olah kempimpinan di tangan mereka. Mereka boleh menjatuhkan mana-mana saja kerajaan.
Tetapi bloggers bukan lah faktor utama kita menjadi huru-hara sebegini, banyak lagi faktor yang lain. Pertama adalah kelemahan bekas setiausaha agung kita yang lambat dan lembab menurunkan subsidi dan juga bahan-bahan untuk pilihan raya.
Dengar khabar kontrak mencetak poster-poster dan baju diberikan kepada orang yang terdekat. Orang terdekat pula telah mencetak di negeri China. Yang hairannya sebelum pilihanraya , di dada akhbar beliau telah menyatakan bahawa semuanya telah siap dan kami sudah bersedia.
Nasib baik , kempen 13 hari , kalau tidak tergadai terus semuanya…… akibatnya kini beliau pula tergadai. Itulah asyik sibuk nak bergaduh dan di Perlis, nak lawan Shahidan Kasim , panglima perang yang kini telah hilang taringnya yang di patahkan oleh Tok Isa.
Malu juga bila kita fikirkan, tak kan lah beliau sebagai setiausaha agung UMNO tak tahu bila tarikh pilihanraya.
Pembangkang pula mandi dalam tepung pada pilihanraya ini. Anwar telah bawa balik ke Malaysia jumlah kewangan yang melebihi 800 milion. Saorang calon Keadilan dapat 88 ribu satu kawasan Parlimen. Calon Pas dan DAP pula mendapat peruntukkan yang lumayan tahun ini.Mereka pula seolah-olah parti kerajaan dan kita pula sebagai parti pembangkang.
Patutlah apa yang Pak Lah lakukan itu, mengugurkan semua yang agak menyusahkan sahaja. Bila perkara jadi memeningkan , Pak Lah juga yang akan mendapat templak. Mula lah ada yang nak rampas kuasa.
Ingat kalau Ku Li jadi Perdana Menteri keputusan pilihanraya boleh berubah ke…Anwar boleh tutup mulut dan duduk diam ke, masalah kita bukan Pak Lah, masalah kita Anwar.Kalau Ku Li jadi Perdana Menteri dengan usia dan habitat semula jadi dia suka minum air dalam botol dan lepas tuh pening-pening lalat (tak yah cerita air apa) huh lagi senanglah Anwar nak jahanamkan UMNO.
Mukhriz pula, jangan lah ghairah sangat, baru saja menukar profession, baru aja berjinak dengan Politik, tak kan lah nak guna lesen ayah dan terus nak jadi pemimpin tertinggi. Jangan kata paku dulang paku serepih , kata orang dia yang lebih…sendiri mahu ingat lah……….
JAWATAN PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO TIDAK PERLU DIPERTANDINGKAN
March 26, 2008 by admin · Leave a Comment
Memanglah seronok membaca kenyataan UMNO Bahagian Cheras yang menyarankan semua jawatan tertinggi parti itu disemua peringkat, termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan.
Cadangan itu adalah satu daripada 12 resolusi yang dilulus oleh UMNO Bahagian Cheras pada Mesyuarat Khas Empat Peringkat di sini, Selasa malam.













